Jadi pemain utama industri halal negara - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jadi pemain utama industri halal negara

POTENSI industri halal yang bu­kannya terhad kepada pro­duk berasaskan makanan dan mi­numan sahaja tetapi turut me­libatkan sektor lain seperti pengurusan, farmaseutikal, kosme­tik, penjagaan kesihatan, kewangan, perkilangan, pelancongan terlalu be­sar - amat sayang jika tidak diman­faatkan semaksimum mungkin oleh pemain-pemain industri di negara ini.

Nilai perdagangan halal di pasaran global melebihi RM7 trilion setahun dan jumlah penduduk Islam pula dianggarkan melebihi 2 bilion, malah menurut statistik ia meningkat saban tahun yang bermakna kelebihan itu menjadi pemangkin kepada perkembangan industri halal dunia.

Pasarannya telah terhidang luas, hanya menunggu peluang diterokai. Selain itu, pasaran halal tidak juga terhad kepada negara-negara Islam tetapi pada masa ini potensinya turut berkembang di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China.

Negara sebenarnya amat beruntung kerana logo halal Malaysia disokong sepenuhnya oleh kerajaan berbanding negara-negara jiran yang kebanyakannya dibangunkan oleh pihak universiti atau pertubuhan bukan kerajaan. Kelebihan itu menyebabkan logo halal negara paling dipercayai, buktinya banyak negara luar membina kilang di negara ini untuk mendapat sijil pengesahan halal Malaysia sebelum dieksport ke negara-negara lain.

Menyedari kelebihan itu, Kolej UNITI, milik penuh bumiputera menyasarkan untuk muncul sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) utama di negara ini yang menjadi pemangkin kepada perkembangan pesat industri halal yang mempunyai potensi amat luas itu.

Kolej yang mempunyai kompleks pengajiannya di Pasir Panjang, Tanjung Agas dan Palm Springs, di bandar peranginan tersohor negara Port Dickson itu merupakan IPTS pertama yang menawarkan Diploma Pengurusan Industri Halal dan pada masa ini dalam peringkat akhir bagi menambah pengajian peringkat sama seperti Pengilangan Produk Halal, Halal Farmaseutikal, Halal Logistik dan Halal Pelancongan.

Ketua Eksekutifnya, Amir Hamzah Md. Isa memaklumkan bahawa setiap program berkenaan turut dimantapkan dengan program kemahiran halal kepada graduannya bagi memenuhi keperluan 30,000 tenaga kerja industri halal negara menjelang 2020.

“Sebagai pelengkap kepada program-program yang ditawarkan, kami turut menubuhkan pusat kecemerlangan industri halal iaitu Institut Pengurusan dan Latihan Halal UNITI (Iflah) yang antara lain berfungsi untuk menawarkan program kesedaran halal, latihan dan perundingan persijilan kepada industri di Malaysia dan serantau.

“Iflah ditubuhkan secara rasmi pada 2 Januari 2013 yang juga mampu menjadi jambatan penghubung antara kolej dan institusi lain serta masyarakat di luar kolej, sekali gus merealisasikan hasrat menjadikan negara sebagai hub halal terbesar di dunia menjelang 2020,” katanya.

Kolej ini yang ditubuhkan pada 15 Mac 1997 pada masa ini mempunyai hampir 3,000 pelajar yang mengikuti 17 program akademik dalam pelbagai disiplin peringkat diploma dalam tiga fakulti iaitu Pengajian dan Pengurusan Islam, Pendidikan dan Pembangunan Manusia serta Teknologi dan Kejuruteraan.

Ia memfokuskan kepada tiga bidang strategik utama iaitu penglibatan dalam industri halal; pendidikan awal kanak-kanak dengan menambah program diploma seperti Psikologi Kaunseling dan Pendidikan Islam. Kolej ini juga terlibat secara langsung dengan industri apabila menubuhkan UNITI Ameen iaitu kerjasama dengan Al-Ameen Serve Holding yang menawarkan modul pengajaran di tadika, latihan keusahawanan tadika dan rangkaian tadika Cerdas Minda.

Bidang terakhir ialah keusahawanan dengan sasaran melahirkan graduan memiliki karakter usahawan dan mempunyai kemahiran serta kepakaran memulakan usaha niaga sejurus selepas menamatkan pengajian.

“Kami menubuhkan pusat keusahawanan bagi melaksanakan hasrat ini dengan melibatkan usahawan-usahawan dan syarikat yang telah berjaya sebagai mentor dan pembimbing, antaranya seperti bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Eh Eh Bazaar bagi pembangunan usahawan dalam talian.

“Kolej juga menubuhkan Syariah Management Advisory Research & Training Institute (SMART-i) yang akan memberi perkhidmatan dalam kewangan Islam. Institut-institut ini akan menjalankan penyelidikan, perundingan, kerjasama strategik dan program outreach yang semestinya bakal memberikan kekuatan kepada setiap program yang dijalankan di sini. Ini akan menjadikan diploma Kolej UNITI lebih relevan dan memenuhi keperluan industri,” kata Amir Hamzah.

Selain itu, setiap program diploma yang ditawarkan bersifat dinamik dan progresif iaitu diberikan nilai tambah melalui penawaran sijil-sijil pendek seperti pengurusan masjid, pendidikan Islam, pengurusan halal dan penulisan skrip, sekali gus menjadikan graduannya lebih berketrampilan dalam setiap bidang yang diceburi.

Ditanya mengapa para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memilih Kolej UNITI, sedangkan pada masa sama terdapat beratus-ratus IPTS di seluruh negara, Amir Hamzah memperincikan kenapa kolej berkenaan perlu dijadikan pilihan utama:

Antaranya:

*Mendapat perakuan rating 5 bintang daripada Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2012-2013 bagi kategori Kolej Keseluruhan, Bidang Pendidikan, Pengurusan Perniagaan, Sains Sosial, Sains Matematik dan Komputer serta Kesediaan Menerima Pelajar Antarabangsa. Malah turut mendapat Rating 6 bintang MyQuest bagi kategori Kejuruteraan.

*Memiliki kemudahan kampus yang lengkap, selamat dan luas serta penginapan sepanjang tempoh pengajian, sekali gus para ibu bapa tidak perlu bimbang dan bersusah payah mencari kediaman untuk anak-anak mereka.

*Penawaran program diploma menepati standard kualiti dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam dan memenuhi keperluan jaringan industri atau market driven. Graduannya terbukti tidak menghadapi masalah untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah di mana-mana IPT dalam dan luar negara.

*Penawaran pakej tajaan penuh yuran pengajian dan penginapan dengan kadar berpatutan. Pelajar cuma perlu membayar sekali sahaja semasa mendaftar dan bakinya dibiayai oleh Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau Majlis Amanah Rakyat.

Lepasan SPM, STPM termasuk ibu bapa dipelawa untuk melayari laman web www.uniti.edu.my, 06-6619022, atau 06-6468444 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/jadi-pemain-utama-industri-halal-negara-1.21634#sthash.NctQ5ZGS.dpuf
0 Komentar untuk " Jadi pemain utama industri halal negara "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ