PETANG Khamis lalu (30 Oktober), ‘terkhabar’ atau tersiar khabar mengatakan berlaku adegan tembak-menembak di depan sebuah pasar raya di Penampang Baru, Penampang. Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.15 petang.
Jalan masuk ke tempat kejadian ditutup oleh pihak polis. Peliknya dalam kes ini, pengamal media dihalang membuat liputan, kamera ‘dirampas’ oleh anggota polis dan gambar tentang kejadian ‘dibuang’ daripada kad memori. Peliknya juga, orang ramai yang berada berhampiran, bebas mengambil gambar dan menyebarkannya menerusi laman media sosial. Walhal, kamera milik pengamal media, gambarnya belum pun ‘dihantar’ untuk pengetahuan pengarang dan dicetak. Tetapi di media sosial, telah timbul pelbagai andaian dan dakwaan tentang kejadian termasuk gambar-gambar penjenayah yang ditembak mati.
Gagal mendapatkan sebarang pengesahan dan ‘jalan cerita’ tentang apa yang berlaku, grup (kumpulan) Whatsapp Sabah Polis Commissioner yang ‘dianggotai’ beberapa pengamal media termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ‘dihujani’ pelbagai persoalan, dengan harapan mendapat sedikit penjelasan atau pengesahan berhubung kejadian.
Sedikit kecewa kerana Jalaluddin hanya membalas : “Esok (31 Oktober) saya buat PC (sidang akhbar) jam (pukul) 11.30 pagi di IPK (ibu pejabat polis kontinjen).”
Sedangkan, ‘wartawan-wartawan siber’ sudah mula bermain kata-kata dan memaklumkan, itu angkara kumpulan pengganas A, kumpulan pengganas B. Sememangnya ‘dakwaan’ sedemikian amat berat yang memerlukan pengesahan segera pihak berkuasa agar ‘permainan’ siber tidak berlarutan.
Walau bagaimanapun, riak relaks atau ketenangan Jalaluddin melayan setiap persoalan menerusi grup Whatsapp itu membuatkan ada yang mendakwa kejadian yang berlaku cuma latihan polis.
Sementelah, dalam sidang akhbarnya iaitu beberapa jam sebelum kejadian berlaku, Jalaluddin ada memaklumkan polis kini sedang melakukan latihan mengekang penceroboh, penyeludupan dan penculikan menerusi Op Gempar.
Ditanya kebenaran tentang apakah insiden di Penampang merupakan sebahagian daripada latihan, Jalaluddin sekali lagi membalas : “Exercise (latihan) ada juga, di samping operasi memburu penjenayah.”
Kenyataan itu kemudiannya diambil dan dipetik oleh sebuah portal berita yang mengatakan kejadian berkenaan tidak perlu dibimbangi oleh penduduk kerana itu cuma latihan.
Namun tatkala hari melewati senja, maklumat risikan atau menurut sumber keselamatan (ayat popular dalam kalangan media berhubung sesuatu kejadian) memaklumkan : “Petang tadi dua orang kuat royal Sulu force (pengganas Sulu) ditembak polis. Kedua-duanya dikatakan pemimpin bertaraf (pangkat) panglima.”
Sehingga ke malam, tiada pengesahan diperolehi membuatkan berita yang disiarkan keesokan harinya bercampur aduk, antara satu bentuk latihan polis dan cubaan jenayah membabitkan kumpulan pengganas berkaitan.
Tidak kira sama ada itu sebagai latihan atau sebaliknya, polis seharusnya menyalurkan maklumat segera kerana pembacaan orang ramai terhadap portal berita yang menyiarkan kejadian sebagai latihan membuatkan ada yang mengambil mudah soal keselamatan dengan `bersiar-siar’ berhampiran lokasi tembak-menembak berlaku.
Benar seperti diperkatakan Jalaluddin dalam sidang akhbar keesokan harinya, polis masih siasat latar belakang penjenayah dengan kumpulan pengganas, itu cerita polis, itu semua faham tugas polis. Tetapi, seharusnya perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan, mungkin sekadar kenyataan ringkas pada hari kejadian.
Seperti yang diharapkan semua, termasuk memetik kenyataan Pemangku Presiden Pertubuhan Wartawan Sabah (SJA), Francis Fahir, kerjasama antara polis dan media amat penting bagi memastikan hanya maklumat yang sahih khususnya berkaitan keselamatan dapat dimaklumkan kepada orang ramai.
Apa pun, tahniah juga kepada polis kerana berjaya mengekang aktiviti penjenayah dalam episod tembak-menembak di Penampang itu.
Suaminya, Chan Sai Chiun, 32, ‘dilarikan’ kumpulan penculik beberapa bulan lalu di Kampung Sapang Air, Kunak. Menjadi kerisauan bagi Chin Pek Nyen, 42, ialah kumpulan penculik memberinya tempoh sehingga bulan ini (November) supaya membayar wang tebusan jika tidak mahu suaminya itu dipenggal kepala.
“Mereka menuntut RM3 juta. Saya tidak boleh tunggu lagi, masa sudah tidak cukup. Kalau tidak, kepalanya (suami) akan dipenggal,” katanya ketika ditemui pemberita di Kota Kinabalu, Jumaat lalu. Atas dasar itu, Pek Nyen merayu pihak berkuasa supaya mengusahakan segera pembebasan suaminya.
Demikian rayuan si isteri yang tidak keruan dengan ancaman sang pengganas terhadap suaminya itu. Seorang anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep, 27, juga diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resorts di Pulau Mabul, Julai lalu. Isterinya, Sharifah Erna Berson, 22, juga merayu perkara sama supaya Zakia dapat dibebaskan dengan selamat. Kumpulan penculik juga dengarnya meminta jutaan ringgit sebagai tebusan.
Dalam lawatannya ke pusat-pusat kawalan di beberapa buah pulau di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bulan lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ditanya tentang perkara itu. Katanya, polis ada cara untuk membebaskan mangsa yang kini dalam genggaman penculik.
Harapnya, cara yang dimaksudkan oleh beliau itu membuahkan hasil agar Zakia dan Sai Chiun dapat kembali ke tanah air dengan selamat. Didoakan polis dan pihak berkuasa dapat menjalankan tugas mencabar ini dengan sebaiknya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/tembak-atau-main-main-dan-ancaman-penggal-kepala-1.21630#sthash.FkNtNQns.dpuf

0 Komentar untuk " Tembak atau main-main dan ancaman penggal kepala "