“JANGAN main-main dengan saya”. Itulah yang saya faham apabila orang memberi amaran “don’t mess with me”.
Itu jugalah yang saya percaya maksud Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, apabila beliau meluahkan kemarahannya terhadap kegiatan rasuah ketika berucap di hadapan menteri-menteri negeri, taikun balak, pegawai awam dan penguat kuasa kanan perhutanan di Kuching, kelmarin.
Sudah ramai, termasuk beberapa pemimpin, bercakap tentang gejala rasuah, tetapi seingat saya, amaran Adenan ini antara yang paling tegas pernah saya baca dalam tempoh terdekat ini.
Sebab itulah saya pilih untuk berkongsi dengan pembaca budiman dalam cetusan saya kali ini.
Menurut Adenan, seperti yang dilaporkan dalam The Star semalam, beliau mahu menanam rasa takut kepada Tuhan dalam hati mereka yang tidak jujur.
Katanya, beliau akan menjejaki mereka ‘yang ada mata tapi buta, ada telinga tapi pekak dan ada mulut tapi bisu’.
Adenan, yang mengambil alih jawatan ketua menteri itu lapan bulan lalu daripada Tun Abdul Taib Mahmud, menyifatkan gejala rasuah dalam industri balak sebagai ‘sangat buruk’ dan ini menggambarkan apa yang pihak penguat kuasa tidak lakukan.
Setengahnya, menurut beliau, pura-pura tidak tahu. Sebabnya mudah; sama ada mereka ‘bodoh, penakut atau korup’. Beberapa orang, katanya, mendakwa mereka takut gengster, takut terima peluru melalui sampul surat.
“Bagi tahu mereka, Adenan arah kamu menguatkuasakan undang-undang. Tiada lagi alasan tidak melakukan apa-apa,” kata Adenan.
Daripada gaya bahasa yang digunakan dalam mengeluarkan amaran, jelas Adenan sudah berfikir sedalam-dalamnya sebelum meluahkan perasaannya itu.
Beliau juga nampak sudah nekad untuk menempuh segala halangan yang membentengi usahanya untuk memerangi rasuah di negerinya secara berkesan.
Berjaya atau tidak Adenan dalam peperangannya itu, masa dan keadaan akan menentukannya. Tetapi yang pasti, cakap-cakap beliau bukan ibarat memukul tong kosong. Ia penuh dengan keazaman.
Memang tepat sekali, seperti apa yang dikatakan dan diusahakan oleh Adenan kita perlu ambil tindakan berkesan untuk hentikan kegiatan rasuah segera kerana bukan sahaja kerajaan hilang berjuta-juta ringgit akibat kecurian balak dan rasuah, bahkan negara mencipta reputasi buruk di mata dunia.
Syabas Adenan, saya tabik!
Mungkin perlu kita diingatkan, Malaysia menduduki tempat ke-53 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013, dan tempat ke-54 pada tahun sebelumnya.
Kedudukan ini, ditambah dengan apa sedang berlaku di negara kita hari ini, tidak memberikan kepada kita ruang untuk merasa boleh berada dalam zon selesa, apatah lagi untuk merasa megah.
Di samping rasuah dan ketirisan yang didedahkan melalui laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, kita juga berhadapan dengan isu desakan supaya penjualan arak di dalam pesawat MAS yang membawa imej negara dihentikan segera.
Sudah berkali-kali desakan itu dibuat oleh agamawan, orang politik, badan bukan kerajaan, dan individu supaya sajian arak dalam pesawat MAS dihentikan.
Dalam keadaan desakan itu masih belum mendapat jawapan syarikat penerbangan itu, kini timbul pula isu baru, yang juga berkaitan dengan arak dan MAS.
Kali ini ia mengenai pendedahan harga setiap tiket yang dibeli penumpang MAS didakwa termasuk kos hidangan dalam pesawat, yang termasuk arak.
Mahukah MAS menjawab isu ini dan bila? Entahlah! Apa pun, kalaulah dakwaan ini betul, ia satu lagi masalah jauh lebih serius kerana ia melibatkan semua penumpang, bukan yang meminum arak atas pesawat sahaja.
Seperti yang disebut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid kelmarin, pendedahan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dalam Dewan Rakyat minggu lalu menjelaskan lagi bahawa dasar MAS perlu disusun semula supaya ia selaras dengan syariah.
Katanya, bagi orang Islam, membeli tiket yang termasuk kos hidangan arak adalah sesuatu yang sangat berat implikasinya.
“Sudah tentu sekarang penumpang Islam akan merasa sangat tidak selesa bila mengetahui mereka mensubsidi arak untuk penumpang lain. Harus diingat ada ramai orang bukan Islam yang tidak suka arak tetapi terpaksa juga bayarnya dalam tiket penerbangan MAS,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.
MAS perlu jawab soalan-soalan berkaitan kedua isu ini untuk membersihkan namanya.
Harap kerajaan juga dapat buat keputusan.

0 Komentar untuk " Perihal rasuah, balak dan arak "