KELMARIN penulis menerima satu mesej peribadi melalui Facebook daripada seorang pemuda yang masih berumur belia sekitar 20-an. Nada pesanannya penuh semangat seiring dengan umur mudanya yang sarat dengan idealisme dan keghairahan.
Mungkin ada manfaatnya penulis titipkan sebahagian pesanan tersebut sekadar perkongsian dalam ruangan minggu ini.
“Tuan Dr yang dihormati, mengapakah masih banyak berlaku penyelewengan dan ketirisan dalam kerajaan hari ini? Apakah benar Perdana Menteri ikhlas mahukan perubahan dan transformasi? Atau istilah transformasi sekadar retorik untuk memancing undi bagi mengekalkan kuasa?
Sudah-sudahlah Dr bersekongkol dengan parti yang banyak melakukan kerosakan dan penyelewengan kepada negara.”
Sebenarnya ini bukan kali pertama penulis menerima mesej seperti ini. Namun kita tidak boleh menidakkan apatah lagi tidak mempedulikan rintihan dan persoalan sebegini.
Anak-anak muda harus disantuni dengan bijaksana dengan ilmu yang berfakta agar generasi pewaris negara tidak terbangun di atas sentimen amarah dan kebencian secara semberono.
Hakikat yang kita tidak boleh nafikan pelbagai program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah manifestasi komitmen beliau dan kerajaan hari ini yang ingin melakukan perubahan secara holistik dalam pelbagai bidang dan lapangan demi melonjakkan negara lebih tinggi ke hadapan.
Adalah tidak adil untuk menafikan segala sumbangan kerajaan diterajui Barisan Nasional yang telah banyak membangunkan negara sepanjang lebih 57 tahun kita merdeka.
Perubahan dari segi fizikal seperti ekonomi, infrastruktur dan prasarana seiring dengan pembangunan modal insan hingga hampir tiada yang buta huruf mahupun berada pada tahap kemiskinan tegar hingga tidak boleh makan adalah sebahagian kecil bukti sumbangan besar kerajaan selama ini.
Namun itu tidak bermakna negara ini sudah sempurna sifatnya kerana sudah tentulah banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki dan diperelok jika ingin terus menjadikan negara ini bergerak maju ke hadapan.
Teringat juga penulis dialog masyhur di antara Khalifah Umar Abdul Aziz dengan puteranya Abdul Malik ketika di kemuncak pemerintahannya. Sebagaimana yang dimaklumi, Umar Abdul Aziz amat terkenal dalam sejarah, seorang khalifah yang adil sehingga diiktiraf para ulama kemudiannya sebagai khalifah kelima daripada kalangan Khulafaur Rasyidin.
Walau bagaimanapun, puteranya Abdul Malik seorang belia yang penuh ghairah, termasuk daripada golongan orang yang penuh semangat dan takwa cuba menyanggah ayahandanya yang dirasakan tidak cepat melakukan perubahan dan menghilangkan saki-baki penyelewengan, kezaliman dan ketirisan.
Pada satu hari Abdul Malik berkata kepada ayahandanya: “Bagaimanakah halmu, wahai ayahanda, mengapa engkau tidak melaksanakan segala urusan itu? Demi ALLAH, aku tidak peduli sekiranya qadar menimpaku dan engkau di dalam menegakkan kebenaran.”
Lantas jawab Khalifah Umar yang bijaksana lagi warak: “Janganlah engkau terburu-buru, wahai anakku, kerana ALLAH mencerca khamar (arak) dalam al-Quran dua kali dan mengharamkannya pada kali ketiga.
Aku khuatir apabila membawa manusia kepada kebenaran sekali gus, lalu mereka meninggalkannya juga secara total, maka siapakah yang harus dipersalahkan?” (Kitab Al-Muwaafaqat: 2/49)
Ternyata kata-kata Khalifah Umar walaupun ringkas tapi sarat dengan makna yang mendalam. Hakikatnya perubahan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa apatah lagi semberono tanpa mengira waktu dan tempoh matangnya.
Ini juga seiring dengan kaedah fekah yang masyhur: “Barang siapa yang tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu sebelum tempoh matangnya, nescaya dia tidak akan memperoleh apa-apa hasil daripadanya”.
ALLAH turut memberikan isyarat jelas akan hakikat penetapan sesuatu berasaskan tempoh waktu yang ditentukan termasuklah soal azab sebagaimana firmanNya: “Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab.
Kalau tidaklah waktu yang telah ditetapkan, pasti telah datang azab kepada mereka, dan azab itu pasti datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.” (Al-Ankabut: 53)
Justeru mengambil iktibar daripada tabii perubahan yang memerlukan tempoh masa, usahlah bersifat menghukum secara wewenang terhadap segala niat dan usaha murni yang dicetuskan oleh Perdana Menteri untuk melakukan pelbagai bentuk agenda transformasi.
Sesungguhnya setiap warga harus berperanan dalam memastikan agenda transformasi yang antara lainnya berhasrat menangani segala bentuk penyimpangan, penyelewengan, ketirisan dan keborosan mampu direalisasikan.
Teringat pesanan bonda penulis yang boleh dijadikan pegangan: “Janganlah mengharapkan kesempurnaan melainkan kita berusaha untuk menyempurnakan”.
* Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Usah gopoh membuat perubahan "