ARCA Helang Merah setinggi 12 meter di Dataran Lang, pekan Kuah dilihat sebagai mercu tanda ikonik pulau peranginan Langkawi.
Lang merah sememangnya menjadi kebanggaan pulau ini yang tersohor dengan legenda Mahsuri serta warisan semulajadi lain termasuk pantai yang pasirnya memutih dengan panorama landskap yang indah.
Bagaimanapun, bukan sahaja helang yang menghuni pulau indah ini.
Sebenarnya, burung helang adalah antara 221 spesies burung yang menghuni pulau legenda ini.
Kawasan pesisiran pantai yang terdiri daripada bentuk mukabumi lereng batu kapur selain dilitupi hutan dan pelbagai tumbuh-tumbuhan di bahagian dalam menjadikan ia habitat paling sesuai untuk pelbagai spesies burung membiak.
Namun demikian, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa pulau Langkawi kaya dengan begitu banyak spesies burung dan menjadi tumpuan peminat burung.
Burung adalah tarikan penting pulau Langkawi. Pemandangan burung helang mencari makan di perairan Taman Hutan Geo Langkawi Kilim menawarkan satu pemandangan menakjubkan akan keistimewaan alam semulajadi.
Selain helang, terdapat banyak lagi burung kecil termasuk burung raja udang. Kesemua lapan spesies burung itu menyerikan lagi keindahan pulau legenda ini.
BURUNG-BURUNG HEBAT
Tahukah anda bahawa Langkawi juga dikenali sebagai Pulau Kenyalang Dunia.
Mungkin ramai yang terkejut dengan fakta ini kerana beranggapan Sarawaklah tempat di mana burung ini banyak diperkatakan.
Burung kenyalang boleh dilihat berterbangan atau bertenggek di dahan pokok.
Memang banyak burung untuk dilihat dan peminat burung serta orang ramai tidak harus melepaskan peluang menyaksikan acara Pesta Burung Asia (ABF) kelima di pulau ini dari 29 hingga 30 November.
Tema pesta tahun ini adalah 'Terbang Tinggi Gaya Pulau' dan ia akan memaparkan keunikan pelbagai spesies burung serta ekologi menerusi pelbagai kegiatan serta ceramah.
Penolong Pengurus Kanan, Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Putra Hilmy Elias memberitahu Bernama baru-baru ini, pesta burung itu penting untuk memaparkan kekayaan warisan burung di pulau ini.
Ia juga sebagai meningkatkan usaha memulihara burung serta habitat mereka.
GILIRAN BURUNG KENYALANG
Burung yang akan menjadi tumpuan di pesta ini sudah tentunya Kenyalang termasuk 'the great hornbill' yang panjangnya boleh menjangkau 1.3 meter.
Langkawi menjadi kediaman tiga daripada 10 spesies Kenyalang yang terdapat di Malaysia.
Peminat burung yang berkunjung ke pesta ini akan juga didedahkan dengan pelbagai karektor unik Kenyalang, seperti bagaimana burung ini menjaga anak dan cara hidup berkumpulan.
"Kenyalang terbang bersama sebagai sebuah keluarga dan mereka membenarkan sarang mereka untuk digunakan kenyalang lain," kata Putra dalam menceritakan cara Kenyalang membesarkan anak dan hidup berkumpulan.
Pesta burung ini juga penting untuk menarik pelancong dalam dan luar negara khasnya daripada kumpulan pencinta burung dan alam semulajadi.
Pesta itu dianjurkan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan LADA bersama sokongan Pelancongan Malaysia.
ABF adalah acara tahunan dan diasaskan enam organisasi dari Taiwan, Filipina, Thailand dan Malaysia dengan tujuan memaparkan pelbagai pesta burung di seluruh Asia.
Keenam-enam organisasi pengasas ini secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah ABF. Mereka adalah Wild Bird Club, Filipina (Davao, 2010), Chinese Wild Bird Federation (Tainan, 2011), Bird Conservation Society of Thailand (Bangpoo, 2012) dan The Wild Bird Society, Taipei (Taipei, 2013). - Bernama

0 Komentar untuk " Meninjau warisan kaya mergastua Langkawi "