KOK Lanas, Sabtu 29 November: Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah bermadah, berikrar, keputusan telah dibuat, matlamat perjuangan tidak berubah juga iltizam untuk terus memerintah.
Semua ini terjamin hanya jika ahli Umno sekata dan sehati atau dalam parlance Najib, solidariti, solidariti, solidariti mesti wujud, kukuh sepanjang pra PRU14 apalagi semasa PRU14. Umno masih gagah tetapi kepimpinan mesti akui, suka-duka, tidak raksasa lagi seperti sebelum 2008.
Lanskap politik kita telah berubah tetapi the vital ground rulesnya tidak. Apa yang perlu hanya sedikit penyesuaian atau kata Speaking, “a bit of tinkering”. Itu pun kalau tidak ada pilihan. Tiga empat tahun satu masa panjang dalam politik.
Angkatan Gen Y, diversiti penduduk, wasatiyyah/kesederhanaan juga pergolakan dan dinamik bisa bertukar kerana pergolakan geopolitik di luar dugaan dan kuasa kita. Umno sepanjang usianya adalah sebuah parti middle - of - the - road atau sentris; terpenting, pragmatik, fleksibel tanpa pula berkompromi pada matlamat asasnya.
Pemimpin Umno bersama pemimpin bukan Melayu yang patriotik telah melahirkan Malaysia, menghidupkan demokrasi berparlimen, mengembangkan ekonomi, memakmurkan rakyat dan menjaminkan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat hingga kini.
Apa yang berlaku pada Umno Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, satu ketika di Perak, Kedah dan Terengganu hendaklah jangan berulang di negeri yang masih dalam tangan Umno dan di Sarawak dalam tangan parti sekutu Umno iaitu Parti Pesaka Bumiputra Bersatu.
Saya tidak fikir Umno Kelantan akan berjaya merampas kembali kerajaan selepas Tok Guru Nik Aziz meninggal pun. Saya juga tidak fikir Umno Selangor akan kembali memerintah negeri itu buat masa yang terdekat.
Kalau tidak kena hisab/kira, Selangor akan jadi Kelantan Kedua! Apa yang terjadi pada Umno Selangor amat tragik. Pakatan Rakyat tidak perlu bekerja kuat untuk terus berkuasa sebab imej Umno Selangor, seperti ditegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, amat buruk dan sukar untuk dibetulkan, lain hallah Umno Selangor ditadbir terus dari Menara Dato Onn dan rombakan yang ruthless dari bawah ke atas berlaku.
Ada orang: Melayu dan bukan Melayu khasnya sangat ingin melihat Umno hancur seperti berlaku pada Umno Selangor berturut-turut dalam dua pilihan raya umum lepas.
Pagi Khamis 27 November, saya bersarapan di Majestic Hotel yang bersejarah itu dengan seorang penganalisis politik bukan Melayu. Saya memberitahunya, Umno akan menang dalam PRU14 jika parti itu dan sekutunya dalam BN melihat ke depan, takut hilang kuasa dan musibahnya; segera melahirkan pelapis, kader berilmu, pragmatik dan menerima kehadiran Gen Y dengan jujur dan menggunakan bakat dan teknologi IT mereka.
Seperti saya tegaskan dalam ucapan saya di Singapura sebelum PRU13, Umno akan terus memerintah kerana belum wujud lagi pada masa itu sebuah parti pembangkang alternatif pada Umno yang dipercayai oleh Peribumi dan Melayu Islam.
Kini pun demikian juga. Demikianlah juga pendapat saya pada PRU14. Besar kecil majoriti itu, pada saya, tidak penting asalkan majoriti itu selesa, cukuplah. Kita belum tahu lagi berapa besar jumlah kawasan pilihan raya baru dan di mana. Jika Umno kalah tatkala pisau dalam tangannya, then I say it deserves to lose!
Pada saya, Umno tidak menghadapi seperti dakwa seorang penganalisis politik bukan Melayu lain that “Umno faces an uncertain political future” atau kononnya masa depan Umno tidak menentu. Jika Umno kotakan ikrar Najib secepat boleh, perkara itu tidak akan berlaku.
Betapa indah pun bahasa digunakan dan betapa petah dan menarik pidato itu, kedua-duanya tidak sama seperti tindakan. Dalam perkataan lain, action speaks louder than words, iaitu dalil atau bukti lebih berkesan dari retorik yang hanya sedap didengar.
Umno tetap berjaya, Insya-ALLAH, jika parti itu meletak calon yang boleh menang - winnable candidates - terdiri daripada muda-mudi, lelaki dan perempuan yang berilmu, praktikal dan dari segala lapisan masyarakat dan latar belakang pendidikan serta kemahiran; mendahulukan isu ekonomi, kesederhanaan dan kesejahteraan hidup semua bangsa.
Juga ekualiti dan menurun kadar kemiskinan dalam bandar dan luar bandar. Memberi mesej dalam bahasa mudah difahami, disampaikan dengan segera dan paling penting mesej itu dipercayai dan ada kredibiliti.
Jika Umno, Melayu Islam dan Peribumi serta bukan Melayu yang moderat inginkan keamanan terus kekal dan berkembang, suka-duka, mereka mesti menyokong kepimpinan wasatiyyah Umno warisan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak dan Dr Mahathir.
Tun Razak dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno pada 24 Jun 1972 - ucapannya didrafkan oleh saya dan apabila diluluskan, ia dicetak di Kum Printers di Jalan Sungai Besi berhampiran Jalan Chan Sow Lin - memberi amanat seperti berikut: “Dasar Umno ialah pragmatis, Umno adalah sebuah parti yang praktikal, perjuangannya sentiasa sesuai dengan aliran zaman.
Selagi kita tunduk pada prinsip ini dan berubah mengikut tuntutan zaman, maka selama itulah Umno akan terus disokong bukan saja oleh Bumiputera, tetapi rakyat Malaysia yang ingin melihat negara ini terus maju dan rakyatnya hidup dalam suasana muhibah serta aman damai."
Selagi Umno, kerajaan, Najib dan rakan seperjuangannya dalam parti dan kerajaan menghayati amanat Tun Razak, Insya-ALLAH Umno akan terus berjaya dan terus memerintah negara ini.

0 Komentar untuk " Perbuatan dalil terbesar "