Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim (tengah) gagal mendapatkan kerusi Timbalan Speaker tetapi akui pencalonannya tanda protes senyap terhadap PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider.
Tindakan DAP yang sengaja mencalonkan wakil rakyatnya sebagai Timbalan Speaker Selangor walaupun sedia maklum kerusi itu sejak awal diperuntukkan untuk PAS merupakan protes senyap kepada parti Islam itu dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebelakangan ini dilihat membuat tindakan tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat (PR), kata Ng Suee Lim.
Timbalan Setiausaha DAP Selangor itu mengakui, pencalonanya diputuskan dalam mesyuarat DAP Selangor sejak sebulan lalu dan tidak menolak kemungkinan salah satu sebab DAP mengemukakan calon kerana kecewa dengan sikap PAS terutamanya menangani isu krisis menteri besar sejak lima bulan lalu.
"Ini tanda protes senyap kepada PAS terhadap peranannya dan protes terhadap isu Hadi yang sering tidak hadir mesyuarat," katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa awal pentadbirannya berjanji untuk memberikan kerusi Timbalan Speaker Selangor kepada Adun PAS, sebagai ganti kerusi exco PAS yang kurang menjadi tiga berbanding empat semasa pentadbiran di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terdahulu.
Namun, DAP pagi tadi mencalonkan nama Ng manakala PAS mencalonkan Adun Bangi Shafie Ngah.
Shafie akhirnya memperoleh 28 undi mengalahkan Ng yang mendapat 14 undi.
Kerusi itu kosong berikutan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkannya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan itu yakin 14 undi yang diperolehinya datang daripada sokongan padu semua Adun DAP.
"Parti saya membuat keputusan untuk mencadangkan saya bertanding bagi mewujudkan budaya baru dalam PR yang kita juga boleh bersaing antara satu sama lain, bukan hanya satu calon sahaja," katanya.
Sementara itu, Setiausaha DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang mencadangkan nama Ng dalam DUN ketika diminta mengulas lanjut mengakui ia adalah arahan DAP Pusat.
"Saya tak terlibat (keputusan) tapi arahan daripada parti kita buat macam ini dalam Dewan. Saya hanya ikut," katanya.
Katanya, perkara itu amalan biasa dalam proses demokrasi dan dibenarkan mengikut peraturan Dewan Negeri Selangor.
Ditanya sama ada DAP maklum kerusi itu adalah milik PAS seperti dijanjikan Azmin, Ean berkata "itu kena tanya MB".
Pergesaran antara DAP-PAS ketara semasa krisi peralihan kuasa menteri besar Selangor apabila Hadi dan Dewan Ulama PAS bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal.
Malah, pentadbiran Khalid sebagai Menteri Besar Selangor Bebas bersama empat exco PAS juga mengundang kemarahan DAP apabila tidak menunjukkan solidariti terhadap enam exco PKR dan DAP yang dipecat Khalid.
Terbaru, DAP mempertikaikan rekod kedatangan Hadi dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, namun Hadi memberi alasan mengalami masalah kesihatan. – 24 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pencalonan-dap-untuk-timbalan-speaker-selangor-protes-senyap-untuk-ajar-pas#sthash.PRIiNBfL.dpuf

0 Komentar untuk " Pencalonan DAP untuk Timbalan Speaker Selangor protes senyap untuk ‘ajar’ PAS "