Bumiputera disaran guna peluang program usahawan dan perniagaan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Bumiputera disaran guna peluang program usahawan dan perniagaan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed inginkan golongan Bumiputera belia meningkatkan lagi prestasi usahawan muda dalam bidang perniagaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014.

Golongan Bumiputera, khususnya belia, disaran agar menggunakan sebaik mungkin segala peluang disediakan kerajaan melalui pelbagai insentif program keusahawanan dan perniagaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata prestasi usahawan muda dalam bidang tersebut masih belum berada di tahap memuaskan.

"Kita belum berpuas hati, kejayaanitu lebih rendah, tidak setimpal lah, bermakna input yang kita belanja itu belum mampu mengeluarkan bilangan usahawan yang mencukupi.

"Itu sebabnya kita cuba pelbagai kaedah untuk tambah golongan usahawan, khususnya di kalangan belia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) Peringkat Zon Utara semalam.

Berhubung program Tube pula, beliau berkata program itu merupakan salah satu inisiatif baru yang menyasarkan golongan belia Bumiputera yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, khususnya mereka yang mempunyai sijil kemahiran daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.

Jelas Mustapa, program yang julung kali diadakan ini juga direka khas bagi mempersiapkan para belia yang baru memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain bakal didedahkan dengan landskap dan cabaran dunia perniagaan sebenar.

"Pada hari ini, lima majlis pelancaran dibuat secara serentak di seluruh negara meliputi kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Saya dimaklumkan seramai 707 peserta layak dan terpilih untuk megikuti Program Tube pada tahun ini. Bagi kem PLKN Bidor pula, seramai 116 peserta iaitu lelaki (73), perempuan (44), melaporkan diri untuk mengikuti program ini," katanya.

"Di akhir program ini nanti, hanya 500 peserta yang berjaya akan menerima bantuan berbentuk geran berjumlah RM15,000.

"Walaupun jumlah ini kelihatan tidak besar, apa yang lebih penting ialah proses bimbingan selama setahun yang bakal diberikan, supaya perniagaan yang dimulakan nanti akan menjadi langkah pertama ke arah kejayaan yang berterusan.

"Bayangkan, sekiranya 500 peserta Tube yang menerima bantuan hari ini boleh menggajikan 5 orang pekerja dalam tempoh setahun atau dua, seramai 2,500 peluang pekerjaan baru berjaya diwujudkan," katanya. – Bernama, 25 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bumiputera-disaran-guna-peluang-program-usahawan-dan-perniagaan#sthash.VXCJCMq4.dpuf
0 Komentar untuk " Bumiputera disaran guna peluang program usahawan dan perniagaan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ