Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pemimpin Pasma dibenarkan bergiat aktif kerana mereka masih ahli PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 24 November, 2014.
PAS hari ini mengingatkan pemimpin Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) meraka tetap merupakan ahli parti Islam itu walaupun NGO berkenaan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul isu pemimpin Pasma mahukan ruang untuk bergiat aktif dalam parti berkenaan kerana mereka sememangnya merupakan ahli dalam parti itu.
“Memang mereka ahli PAS pun. Mereka masih ahli PAS dan mereka adalah pimpinan PAS. Tidak timbul isu itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama pemimpin Pasma di Kuala Lumpur hari ini.
PAS diwakili Salahuddin dan Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad manakala empat ahli jawatankuasa Pasma hadir dalam pertemuan selama dua jam itu termasuk presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi. – 24 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-mahu-jadi-pro-pakatan-walaupun-pas-akui-sebagai-ahli#sthash.NipMfPRW.dpuf

0 Komentar untuk " Pasma mahu jadi pro Pakatan walaupun PAS akui sebagai ahli "