SEJAK mula belajar menggunakan kemudahan WhatsApp hampir setahun lalu, saya bukan sahaja tiba-tiba menjadi lebih sibuk, bahkan kadang-kadang jadi penyibuk.
Setiap kali dapat mesej dan gambar daripada saudara-mara atau kawan-kawan melalui tiga empat grup yang menerima saya, ada sahaja kecenderungan untuk masuk campur.
Ada rakan-rakan tidak suka guna kemudahan itu sebab, kata mereka, itu kerja lagho (sia-sia), buang masa dan berkongsi dosa dengan memanjangkan mesej serta klip video berunsur fitnah dan lucah.
Ada yang cuba-cuba berjinak tetapi atas alasan tidak mahu bersubahat atau malas layan kerenah, mereka sisihkan kemudahan itu selepas beberapa hari menggunanya.
Ada kebenarannya juga, tetapi bukankah semuanya terpulang kepada kita sendiri untuk menentukan apakah kita mahu menggunakan kemudahan itu untuk kebaikan atau keburukan.
Macam pisau juga, anda boleh guna untuk potong buah dan sebagainya dan boleh juga guna untuk cederakan orang.
Sebenarnya kalau kita lihat dari sudut positif, kita menyedari betapa hebatnya ALLAH. DIA kurniakan kebijaksanaan kepada makhlukNYA untuk mencipta pelbagai ‘keajaiban’, termasuklah sistem perhubungan canggih yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita pada suatu masa dahulu.
Bayangkan kemudahan yang memberi kita peluang untuk menghubungi, berurusan, bertanya khabar, bertukar fikiran, menyampaikan maklumat, bahkan berdakwah dengan adik-beradik, sanak-saudara, rakan taulan dan kenalan, walaupun mereka berada di hujung dunia.
Di zaman serba canggih ini, banyak pergerakan berteknologi ada di hujung jari dan boleh dijayakan serta-merta. Jadi, mahu guna atau tidak, tepuk dada tanya iman, ambil yang baik, buang sampah-sarap.
Menyebut mengenai sampah-sarap, teringat pula tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, yang baru-baru ini mempamerkan nombor telefonnya dalam media untuk dihubungi sesiapa sahaja yang berhasrat buat aduan melalui SMS mengenai pembuangan sampah sewenang-wenangnya di Selangor.
Melalui Twitternya, beliau menyebut: “Kalau anda nampak ada sampah belum kutip, anda ‘text’ saya. Ini nombor saya: 0122052020. Saya mahu Selangor bersih!”.
Beliau telah berikan semua 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor hingga 31 Disember depan untuk selesaikan masalah pembuangan sampah.
Ada yang sifatkan tindakan Azmin itu langkah ‘fikir di luar kotak, bijak, bertanggungjawab dan berani’, walaupun kepada sesetengah pihak, ia mungkin dilihat sebagai tindakan ‘menyerah tengkuk’ atau memberi ‘bola tanggung’. Wallahualam!
Mengikut laporan Sinar Harian 8 November lalu, tidak sampai seminggu nombor telefon bimbit itu didedahkan, lebih 1,000 SMS diterima.
Saya cuba bayangkan bagaimana beliau sedang tangani ragam orang ramai berkaitan isu kontroversi seperti itu, kerana saya pasti aduan yang diterima bukan setakat mengenai sampah, tetapi macam-macam jenis lagi, seperti masalah kediaman, keperluan projek, prestasi wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.
Mesej yang boleh dikategorikan sebagai sampah-sarap pun mungkin banyak juga.
Tentunya bukan beliau sendiri yang menyengkang mata pagi, petang, siang dan malam menelaah semua mesej yang dihantar ke nombor telefon bimbit itu. Tidak bijaklah kalau beliau mahu uruskan semua itu sendiri. Sebagai MB, banyak perkara penting dan mendesak yang wajib ditangani.
Dalam kehidupan ini, orang suka mentafsir sesuatu mengikut interpretasi sendiri. Ingat kisah Luqman al-Hakim, yang menerima reaksi berbeza daripada penduduk ketika membawa anaknya dan keldai melalui beberapa kampung?
Barangkali ada yang mahu anggap menangani masalah melalui SMS sebagai gimik untuk mendapatkan publisiti sahaja.
Tunggu dan lihat kesannya nanti?
Atau tidak sabar ingin melihat menteri, menteri besar, ketua menteri, timbalan menteri dan pegawai tinggi kerajaan turut mempamerkan nombor telefon bimbit masing-masing kepada umum dalam usaha menangani masalah rakyat?
Berbaik sangka dan terimalah hakikat bahawa lain padang, lain belalang; lain orang lain ragam. Masing-masing ada pendekatan.
Saya percaya rakyat kita terima apa sahaja pendekatan yang positif. Yang penting, amanah mesti sentiasa ditunaikan!

0 Komentar untuk " Pemimpin dedah nombor telefon "