MENURUT Teori Sepi Tinggi, ketenteraman sejati tidak akan menjelma. Jika manusia berfikir sehala, sesebuah negara tidak akan menyerang negara lain, jadi tiada manusia yang mati dalam peperangan.
Golongan kapitalis tidak ingin memiliki wang berbilion-bilion, lalu disedekahkan kepada orang miskin sehingga manusia memiliki harta yang sama banyak. Keadaan tiada peperangan dan tiada kesengsaraan ialah keadaan ideal.
Penyair Suhaimi Haji Muhammad ada menghasilkan sajak Bumi Hijau bagi melukiskan suasana idea itu.
Jika semuanya baik, wujudlah keadaan damai sedamai-damainya. Keadaan damai itu akan menghasilkan masalah kesepian. Apabila tiba waktu makan, manusia makan, apabila tiba waktu tidur, manusia tidur.
Pekerjaan dilakukan sedikit-sedikit saja, lagi pun para jutawan telah pun bersedekah dengan banyaknya, menjadikan semuanya sama rata. Jutawan bersedekah besar-besaran kerana insaf tentang daki dunia.
Bumi hijau ialah citra simbolik bagi menyatakan tercapainya idealisme. Bayangkan daun-daun tiada yang kering, semuanya hijau. Manusia juga tidak mempunyai kesukaan yang berbeza-beza, semuanya berpakaian hijau.
Tiada tajuk yang menarik untuk diperbualkan kerana semua orang baik-baik belaka. Orang tidak akan memilih pemimpin, kerana kesemuanya sama. Apabila tiada pemimpin, tiada jugalah ketua pembangkang.
Jumlah manusia menjadi kian besar, kerana ketiadaan minat yang lain, kecuali minat kelamin. Oleh itu, kesepian menjadi-jadi. Sanggupkah kita hidup dalam kesepian demikian? Manusia tidak tahan menghadapi kesepian.
Saya mengemukakan gambaran ideal di atas secara agak panjang lebar kerana mahu mengatakan bahawa konflik dalam masyarakat, bahkan konflik sedunia ialah penentuan Ilahi sejak awal. Syaitan dan iblis diwujudkan ALLAH adalah beralasan.
Kalbu dan nafsu juga wujud dalam diri manusia atas maksud menghindari kesepian. Perasaan pun bermacam-macam: kasih, rindu, benci, marah, cemburu, dengki, iri hati, haloba dan beberapa lagi.
Jika ada dua perasaan saja, iaitu kasih dan rindu, maka tiadalah perkelahian. Jika ada perasaan marah dan haloba saja, akibatnya hanya seorang tinggal di dunia, kerana yang lain mati dibunuh.
Teori Sepi Tinggi berada dalam Teori Anjakan Makna, kerana segala-galanya dapat dibawa ke arah kecenderungan peribadi. Menurut Teori Sepi Tinggi, keadaan yang berlaku di dunia, dan contohnya di Malaysia, ialah pengubat kesepian.
Pada masa lepas, kebanyakan kita mendengar berita ada perarakan menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI). Baru-baru ini saya mendengar khabar beberapa buah bas bergerak dari Permatang Pauh ke Putrajaya.
Mengapakah Perdana Menteri mengemukakan satu-satu dasar, dan mengapakah dasar itu ditentang? Dasar yang dikemukakan itu baik, dan penentangannya juga baik, mengikut hukum anjakan makna.
Fikirkanlah, bertahun-tahun ahli bahasa berusaha dan melaung-laung, menentang pelaksanaan PPSMI. Kemudian dasar itu ditarik balik, maka muncul kembali kesepian dalam hal itu.
Bas-bas yang bergerak ke Putrajaya bukanlah dari Permatang Pauh saja, tetapi dari beberapa tempat lain di seluruh negara. Dalam hal ini, kesepian diubati oleh penawar yang bernama protes dan kemarahan.
Di manakah rasa kasih sayang? Seperti yang telah saya sebutkan tadi, ALLAH mewujudkan perasaan yang pelbagai.
Apabila sekumpulan manusia menyayangi si A, maka rasa marah dan protes akan ditujukan kepada musuh si A. Kata-kata si A akan dihormati dan dipercayai, kata-kata musuh si A akan dianggap fitnah.
Tidak mengapa munculnya pertentangan, tetapi pertentangan janganlah keterlaluan. Pengalaman hidup kita mengajarkan, bahawa apa-apa pun mesti ada hadnya.
Kini kita melihat pertentangan, dan keadaan akan elok semula untuk menanti pertentangan yang lain. Bagi seseorang yang menghendaki kesederhanaan, pertentangan dilayani berasaskan kebijaksanaan.
Di Malaysia, ketua pembangkang bukannya orang lain, asalnya orang kuat Umno. Beralih-alih tempat dalam politik ialah hal biasa.
Anak Tun Ghafar Baba jua beralih-alih tempat. Penggunaan aneka cara bagi menentang musuh politik juga adalah hal biasa, sejak zaman dahulu lagi.
Jadi, kita fikirlah sendiri, setakat mana bumi hendak kita hijaukan, dan sejauh pula hendak kita keringkan.
*Datuk Rahman Shaari ialah penerima Sea Write Award daripada Kerajaan Thailand (2007), dan penerima Anugerah Penyair Gapena (2013). Beliau ialah mantan profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiri Malaya.

0 Komentar untuk " Teori Sepi dan Bumi Hijau "