Semua undang-undang digubal adalah bagi menegakkan sistem moral yang jitu
KERATAN akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 November lalu rentetan daripada keputusan luar biasa Mahkamah Rayuan Putrajaya, baru-baru ini.
ISU undang-undang moral terkait apabila baru-baru ini Mahkamah Rayuan Putrajaya mengisytiharkan seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tidak berperlembagaan dan tidak sah. Seksyen 66 tersebut melarang lelaki Islam berlagak atau berpakaian seperti wanita. Isu ini berpaksikan kepada moral atau akhlak orang Islam. Amat jelas ajaran Islam melarang orang lelaki Islam memakai pakaian wanita.
Ditimbulkan pula persoalan, sama ada undang-undang boleh digubal bagi mengawal moral atau akhlak seseorang.
Persoalan ini dicetuskan kerana melihat undang-undang semata-mata daripada lensa Barat dan tidak diadunkan dengan budaya masyarakat tempatan yang disulami dengan jahitan agama. Ada golongan menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Mereka mengatakan undang-undang tidak boleh mengawal salahlaku moral, jika seseorang itu berdosa hanya Tuhan sahaja yang layak menghukum mereka.
Menyelusuri undang-undang Islam, pandangan ini jelas tidak mengambil kira perspektif Islam dan meletakkan hak asasi manusia di atas agama itu sendiri.
Sebenarnya budi pekerti dan moral yang mulia adalah asas yang paling kuat untuk melahirkan masyarakat yang ikhlas dan amanah. Orang yang tidak bermoral akan mudah terjerumus ke kancah jenayah.
Apa yang dimaksudkan dengan moral tersebut juga adalah tidak jelas. Apakah ia moral secara keseluruhannya ataupun sekadar merujuk kepada akhlak Islam? Jika ia merujuk kepada moral secara keseluruhannya, maka ia adalah amat merbahaya kerana semua undang-undang digubal bagi menegakkan sistem moral yang jitu.
Pembunuhan secara tidak sah, umpamanya adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Oleh itu, ada undang-undang menangani kesalahan ini. Adakah kesalahan jenis ini juga hendak ditiadakan di dalam perundangan kita?
Sekiranya yang dimaksudkan itu hanya merujuk kepada kesalahan akhlak dan ibadat sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam, maka ia amatlah mendukacitakan kerana memprejudis hikmah agama Islam itu sendiri serta agama-agama lain.
Tiada agama yang berkompromi tentang isu-isu moral seperti ini. Sebagai contohnya sami-sami Buddha di Thailand pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak secara berleluasa dalam masyarakat mereka sehingga menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda. Undang-Undang sebenarnya adalah bersandarkan kepada moral dan moral adalah bersandarkan kepada agama.
Rukun Negara
Walaupun salah satu Rukun Negara adalah kesopanan dan kesusilaan, namun permasalahan moral ini sering kali diketepikan dalam konteks Rukun Negara ini juga. Keruntuhan akhlak inilah yang kita hadapi pada hari ini.
Sepatutnya di dalam membuat sesuatu keputusan kita merujuk kembali kepada Islam. Sebagaimana yang pernah diriwayatkan ketika ditanya kepada Saidatina Aishah: “Apakah akhlak Rasullulah” Aishah menjawab: “Akhlak Rasulullah ialah al-Quran.”
Oleh itu, apabila terdapat di dalam al-Quran melarang orang Islam meminum arak, adakah salah kerajaan membuat perundangan bagi mengharamkan orang Islam minum arak? Apabila terdapat di dalam al-Quran larangan berzina, adakah silap kerajaan membuat perundangan mengharamkan perzinaan dan pelacuran?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.” Pada masa sekarang kita tidak dapat lari daripada mengkodifikasikan ajaran Islam kerana masyarakat Islam itu sendiri telah renggang daripada Islam.
Kalau dulu apabila ayat al-Quran tentang pengharaman arak diturunkan, maka para sahabat berduyun-duyun membuang arak tanpa mempersoalkannya. Tetapi sekarang setelah 1400 tahun berlalu penghayatan terhadap al-Quran adalah amat rendah. Oleh itu, hukuman berbentuk keduniaan ini perlu bagi berperanan sebagai penghalang kepada budaya meminum arak ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/moral-paksi-undang-undang-1.24150#sthash.A107vX10.dpuf

0 Komentar untuk " Moral paksi undang-undang "