Hari ini, industri buku berteraskan Islam di negara ini bukan lagi bertaraf dunia ketiga. Malah produk hasilan industri tersebut tidak lagi dipandang sebelah mata sahaja.
Buku-buku genre keagamaan kini bukan hanya dicari dan dibaca oleh golongan berpendidikan agama tetapi juga kalangan masyarakat umum, sama ada yang ingin memahami atau mendalami ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai Islam yang sebenarnya.
Potensi besar itu turut menarik minat berterusan syarikat penerbit atau penjual buku berskala besar untuk meletakkan buku-buku sebegini di rak-rak jualan utama mereka.
Begitu pun, kejayaan itu bukan datang bergolek. Senario berbeza ini jelas ketara sedekad yang lalu, di mana buku-buku berbaur Islamik atau menepati nilai-nilai Islam dianggap bertaraf ‘Dunia Ketiga’ atau kelas kedua.
“Kalau kita lihat daripada segi industri penerbitan buku Islam sebelum 2005, perkembangannya agak perlahan dan suram sekali,” kata Pengarah Urusan Sinergi Ilmu Resources, Jaini Mohd. ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau yang berpuluh tahun terlibat dalam industri buku tempatan menambah bahawa konsep buku agama ketika itu lebih ilmiah, selain kandungannya agak berat dan persembahannya pula agak pudar.
Tidak hairanlah, tambah Jaini, majoriti pembelinya adalah daripada kalangan golongan akademik atau ahli agama walaupun ilmu Islam berkonsepkan universal.
“Nasib malang itu memberi kesan negatif kepada aktiviti jualan buku agama atau patuh kepada amalan syariah. Majoriti masyarakat umum, khususnya golongan bukan berpendidikan agama tidak berminat membelinya,” katanya.
Selain itu, Jaini turut tidak menolak ketiadaan platform media yang sesuai untuk menguar-uarkan buku-buku Islam secara berterusan, bahkan ketiadaan inisiatif penerbit untuk mempromosikannya dalam skala yang besar, turut meminggirkan buku itu daripada arus perdana.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/buku-genre-agama-semakin-menyinar-1.24147#sthash.mBV1ByQG.dpuf

0 Komentar untuk " Buku genre agama semakin menyinar "