Zakat beri peluang Jainuri Ahmad bina kembali kehidupan
PERJALANAN awal November di sepanjang jalan di Tanjung Karang membawa ke Sekinchan hingga ke Sungai Besar, menyegarkan mata. Sawah padi yang subur menghijau, menghamparkan saujana mata yang memandang tanpa puasnya.
Di beberapa bahagian, padi sudah mulai menguning dan di bahagian yang lain jentera penuai sudah mulai menjalankan kerjanya. Angin sawah berpuput lembut membelai wajah. Cukup indah pesona alam ciptaan Allah SWT.
Penulis dan Mohd. Nazri Badri, pegawai pembangunan usahawan asnaf di Kuala Selangor merentasi kawasan bertali air dan sawah yang terhampar itu. Tetapi, destinasi kami bukanlah menemui para pesawah, sebaliknya kami ada janji temu dengan seorang anak muda yang kini tekun meladeni sebuah projek pertanian. Jarang ada anak muda yang gigih mengusahakan projek pertanian seperti itu, maka pertemuan penulis bersamanya amat mengujakan.
“Maaflah kita duduk di luar sahaja. Isteri saya ke sekolah mengambil anak.” Usai bersalam dan bersapa-sapaan, Jainuri Ahmad, 41 mempelawa kami duduk di kerusi dan pangkin di luar rumahnya. Angin mati seketika, terasa sedikit bahang kepanasan di tengah hari. Mujurlah pohon-pohon redup di pinggir rumahnya menaungi dan memayungi kami, nyaman juga rasanya.
“Tidak mengapalah, kami hendak lihat kebun sayur. Di mana?” Penulis langsung menyampaikan maksud.
Lalu Jainuri pun membawa kami ke sebidang tanah yang terletak tidak begitu jauh dari rumahnya. Sampai sahaja di situ, mata penulis teruja sekali menyaksikan pokok-pokok sayur yang menghijau dan berbuah lebat. Buah labu air bergayut-gayutan di atas pepara, manakala kacang panjang berjuraian di jalaran batangnya. Sungguh aman di situ, terasa bagaikan di syurga.
“Sebenarnya ada sebidang tanah lagi, kira-kira satu kilometer dari sini yang berkeluasan empat ekar. Di sanalah saya menanam sayur dengan lebih banyak. Kiranya kebun ini hanyalah tempat saya menguji sesuatu sayur-sayuran itu sebelum ditanam secara besar-besaran di ladang. Jika ia elok tumbuh subur di sini, baru saya tanam di sana. Tanah ini pun milik orang tua saya,” ujar Jainuri.
Lelaki yang berasal dari Tanjung Karang telah mendirikan rumah tangga dengan Heryanti Musa, 38 dan kini mereka dikurniakan lima orang anak, berusia di antara dua hingga 13 tahun.
“Sebelum membuka ladang sayur ini, saya sudah melalui pelbagai jenis pekerjaan. Bertahun-tahun saya bekerja dengan orang, memang letih dibuatnya. Saya pernah menjadi pencuci kereta, bekerja di kilang dan mengambil upah meracun bendang.
“Pada 2003, saya ditawarkan Skim Persaraan Awal (VSS) dan mendapat pampasan sebanyak RM19,000. Dengan wang itulah saya membina rumah ini, walaupun tidak begitu sempurna, namun dapatlah kami berteduh. Selepas berhenti itulah saya mengambil upah meracun,” cerita Jainuri satu persatu tentang sejarah silamnya.
Upah meracun
Pengalaman menjadi peracun di bendang adalah paling menjerakan bagi Jainuri. Dia mulai merasa tidak enak badan, terasa perit di tekak dan sesak dadanya. Maklumlah, hampir setiap hari dia akan bermain dengan racun. Racun bukanlah sesuatu yang baik bagi kesihatan diri, apatah lagi dia juga mempunyai tanggungan yang ramai. Maka, dia nekad dan harus mencari alternatif.
“Lagi pun upah meracun tidak sebesar mana berbanding risiko kesihatan. Setiap musim, dapatlah paling tinggi upah bersih RM4,000 dan setahun dapatlah dalam RM8,000,” katanya lagi.
Setelah itu Jainuri cuba beralih arah. Dia mulai mendekati kebun sayur miliki orang Cina dan bekerja dengan mereka. Di situ dia cuba mempelajari selok-belok ilmu pertanian secara praktikal.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dua tahun dia mengabdikan diri di kebun sayur milik orang Cina itu, sebelum dia berani membuka langkah sendiri.
“Saya terfikir untuk mencuba sendiri. Jika orang lain boleh, kenapa saya tidak,” terangnya lanjut.
Lalu, sehingga kini kira-kira satu tahun tiga bulan dia sudah mengusahakan sendiri kebun sayur, bukan lagi makan gaji. Memang penat, tetapi berbaloi.
“Daripada sudut jualan kasar, memang nampak besar keuntungannya. Namun, hakikatnya saya ini masih merangkak-rangkak. Lagi pun, bukan mudah mahu menjalankan projek ini. Oleh kerana ketiadaan modal, saya telah membuat pinjaman modal daripada peraih sayur yang terdiri daripada orang Cina juga,” akui Jainuri.
Antara keistimewaan yang diperolehnya dengan hutang itu, pertamanya hutangnya tidak berganda. Jainuri juga tidak perlu khuatir tentang pasaran, kerana peraih yang akan mengambil hasil sayurnya. Cuma seperkara yang kurang enak iaitu terpaksa akur dengan harga yang ditetapkan.
“Modal yang diberikan oleh peraih itu, saya gunakan untuk membeli peralatan pertanian. Misalnya saya beli benih, baja, plastik penutup bumi dan sebagainya lagi. Awal-awal dulu, saya berhutang sebanyak RM40,000. Kini, hutang saya hanya tinggal RM14,000,” tambah Jainuri.
“Sebenarnya, saya sudah menjadi asnaf zakat sejak sekitar 2006. Ketika itu kehidupan saya memang teruk sangat. Pendapatan memang tidak menentu, malah tidak cukup pun untuk menyangga keperluan kami sekeluarga. Saya juga terpaksa menanggung hutang. Malah yuran persekolahan anak-anak, bil elektrik sering tertangguh. Malah, saya tidak malu mengaku yang saya pernah mencari katak untuk dijual, asalkan anak saya boleh makan,” kenang Jainuri.
“Saya ada membuat pinjaman daripada satu pihak ketika itu dan saban minggu saya mesti melunasinya. Memang perit. Tetapi, ada satu kejadian yang memang tidak akan saya lupa sampai bila-bila. Ia meninggalkan parut yang begitu mendalam di jiwa saya,” tokoknya.
Lalu Jainuri memutar kembali arloji masa dan dia teringat sekitar 2005 itulah dia telah melalui saat kegetiran yang begitu perit untuk dilalui walau sekali lagi.
“Saya telah diminta oleh seseorang untuk membina sebuah bangunan dengan kos paling minimum. Setelah dihitung-hitung, tolak kos barang-barang dan upah pekerja, keuntungan bersih yang bakal saya dapat adalah dalam sekitar RM1,600.
“Sebenarnya Hari Raya Aidilfitri sudah sangat dekat. Mengenangkan duit RM1,600 yang bakal saya peroleh, hati saya berbunga-bunga. Masakan tidak, hanya itulah duit yang menjadi harapan saya dan keluarga untuk berhari raya.
“Saya berpesan kepada isteri, nanti apabila pulang dari rumah orang berkenaan maka kami akan ke pekan Tanjung Karang untuk membeli baju raya anak-anak.
“Tiba-tiba, apabila kami sampai di rumah orang itu, rupa-rupanya, dia juga tidak mempunyai wang. Dia hanya memberikan saya RM15. Menitis air mata saya dibuatnya. Musnah semua harapan dan pada tahun itu jugalah buat pertama kalinya saya tidak mampu membayar zakat fitrah,” cerita Jainuri bernada sayu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/berkebun-pengubat-lelah-1.24186#sthash.cOWj4fRr.dpuf

0 Komentar untuk " Zakat: Berkebun pengubat lelah "