ANTARA pesan Datuk Onn Jaafar kepada Umno ialah memperluaskan skop dan pandangan dunia (worldview) agar sentiasa menjadi parti yang relevan dan pragmatik.
“Umno perlu memandang kepada pandangan yang luas dan jangan semata-mata menghadapkan pandangan itu kepada pandangan yang sempit, yakni hidup hanyalah di bawah tempurung sendiri dengan tidak menghiraukan iaitu ada lain-lain tempurung yang terletak di sebelahnya.” (26 Ogos 1951)
Walaupun pesanan ini dibuat oleh pengasas Umno 63 tahun lalu, ia masih relevan dan perlu dijadikan panduan kepada pemimpin dan ahli Umno hari ini dalam usaha memacu parti menghadapi saingan dan melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat.
Ada pandangan bahawa sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Umno masih belum betul-betul pulih dari segi kekuatan dan semangat.
Ada yang berpendapat hinaan pelbagai pihak terhadap masyarakat Melayu, agama Islam serta serangan terhadap institusi mahkamah syariah dan Raja-Raja Melayu adalah cabaran langsung terhadap kewibawaan pemimpin Umno dan kuasa parti dalam kerajaan.
Ada pula yang melahirkan kebimbangan bahawa Umno mungkin menghadapi cabaran lebih besar untuk memenangi PRU14 walaupun prestasi pada PRU tahun lalu dengan 89 kerusi masih memberangsangkan.
Dalam pada itu, timbul juga isu ketua-ketua bahagian dan kepimpinan akar umbi yang seolah-olah masih hidup dalam dunia tersendiri, dan belum bersedia terbabit dalam usaha transformasi parti. Kata Datuk Onn: “Melawan Malayan Union itu perkara kecil.
Yang berat ialah melawan Melayu sendiri (iaitu) melawan perangai, tabiat, kelakuan (serta) mengubah pembawaan Melayu sendiri. Sepuluh Malayan Union boleh lepas, tabiat Melayu yang sebegitu dijauhkanlah hendaknya.” (24 April 1948)
Hari ini, masih ada desas-desus golongan profesional dan cerdik-pandai yang dihalang daripada menjadi ahli, cerita cah keting dan politik wang. Ini semua cerita lama. Tapi jika benar dan gagal dibendung, keadaan ini pasti menjejaskan usaha Umno untuk memperbaiki prestasi serta membantu BN mencapai kemenangan lebih selesa dalam PRU akan datang.
Kita tahu pihak pembangkang sedang berusaha memperbaiki pakatan mereka yang sedang berkecamuk dan kucar-kacir. Semua parti komponen Pakatan Rakyat menghadapi masalah serius, hanya setahun setengah selepas PRU lalu. DAP ditentang ahli sendiri yang tidak puas hati dengan pucuk pimpinan, PKR baru melalui krisis paling getir manakala Pas sudah berpecah kepada fraksi.
Kemungkinan besar pemimpin tertinggi DAP, PKR dan Pas tidak akan menjadi faktor lagi dalam PRU 2018. Kini berusia 70an dan 80an, mereka mungkin sudah bersara ketika itu atau tidak berpengaruh lagi. Kepimpinan DAP, PKR dan Pas bakal diambil alih oleh pemimpin pelapis.
Umno dan BN perlu bersedia dengan prospek ini. Dalam keadaan Pakatan Rakyat menonjolkan kepimpinan dan calon-calon yang lebih muda, Umno-BN juga perlu membariskan tokoh-tokoh muda yang berpengalaman, hebat dan mampu berartikulasi pelbagai isu yang berbangkit nanti.
Keupayaan berdebat dan memenangi pemikiran rakyat dengan hujah berfakta dan meyakinkan adalah kemahiran yang perlu ada pada pemimpin muda Umno-BN. Kita perlu lahirkan lebih ramai pemimpin muda yang mantap berfikir dan menganalisis serta berhujah di hadapan khalayak ramai. Tidak keterlaluan jika perkara ini turut dijadikan syarat untuk memilih calon pilihan raya.
Dalam konteks ini, saya mengalu-alukan Program Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) yang diperkenalkan tiga tahun lalu bertujuan melahirkan barisan graduan yang dinamik dan berfikiran kritis.
Dikendalikan Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional, seramai 103 mahasiswa diberi peluang berasa tugas sebenar ahli Parlimen. Mereka juga berpeluang mempamerkan kebolehan berucap dan berdebat di khalayak ramai.
Selain mahasiswa daripada universiti-universiti tempatan, saya ingin menyarankan agar program ini dapat mempertimbangkan juga ahli Kelab Umno, yang berada di seluruh dunia.
Ahli Kelab Umno terdiri daripada orang muda dan penuntut universiti dalam pelbagai disiplin, justeru merupakan sumber penting yang boleh digarap bakat mereka oleh Umno-BN.
Seharusnya aktiviti Kelab Umno tidak lagi tertumpu hanya kepada penganjuran program kebudayaan, sukan dan memperkenal masakan Malaysia, tetapi juga melahirkan pemimpin muda yang berpotensi untuk memain peranan lebih besar dan memikul tanggungjawab parti bila pulang ke Malaysia, hatta menjadi calon pilihan raya.

0 Komentar untuk " Mempersiap barisan Umno PRU14 "