DALAM wawancara dengan BBC pada 2007, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau membawa bersamanya, antara lain, ubat-ubatan dan ‘toiletries’ ke mahkamah kerana menyangka akan dipenjarakan atas tuduhan meliwat. Beliau sangat terkejut apabila dibebaskan mahkamah. Cerita itu beliau ulang semasa ditemu ramah CNN pada tahun sama. Mungkin untuk mendapat simpati.
Begitu juga retorik beliau mengenai pemerintahan di Malaysia yang kononnya autokratik, sistem kehakiman dan perundangan yang tidak adil, tiada kebebasan media, tiada hak asasi dan demokrasi, institusi kerajaan yang lemah dan korup, pucuk pemimpin yang angkuh dan lemah – inilah yang diulang beliau di mana saja beliau berceramah atau ditemu ramah media asing, termasuk Al-Jazeera pada 2006-07.
Setelah bertahun-tahun dijaja, retorik ini semakin basi. Media Barat sudah tidak ‘membeli’nya lagi. Dalam editorial terbaru The Economist (1 Nov 2014) bertajuk A Lousy Sequel, Anwar dianggap pemimpin yang tidak lagi begitu penting kepada pakatan pembangkang seperti sebelumnya. Andainya beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan dan dipenjarakan, kehilangan beliau tidak dirasai dan ada pemimpin lain yang boleh mengetuai pembangkang.
Majalah ini melihat Azmin Ali sebagai paling berpotensi kerana Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mendapat mandat Pakatan Rakyat, Nurul Izzah kurang berpengalaman dan Rafizi Ramli tidak lagi diyakini, malah reputasinya ‘terlalu rosak’ ekoran krisis kepimpinan Selangor yang dianggap childish infighting oleh ahli akademik Bridget Welsh.
Menurut The Economist, imej Pakatan Rakyat terjejas teruk akibat perpecahan dan pergaduhan dalaman. Weakest link adalah Pas yang nampaknya tidak lagi menerima dasar liberal DAP-PKR, dan mahu kembali mendukung perjuangan asal, yakni Negara Islam, perundangan syariah dan hukum hudud.
Ketika ditanya pengendali rancangan BBC Hardtalk Stephen Sackur dalam wawancara pada 10 Mei 2005, Anwar menegaskan beliau bukan Islamis tapi boleh bekerjasama dengan parti Islam seperti Pas. Bila ditanya sama ada menyokong pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia, Anwar tersepit. “Mungkin kita boleh laksana aspek-aspek tertentu jika itu yang rakyat mahu,” jawabnya. Apa maksud ‘aspek-aspek tertentu’ dan ‘jika rakyat mahu’? Stephen Sackur kelihatan keliru dengan jawapan kabur ini; saya rasa ulama Pas lagi kebingungan.
Anwar juga diasak mengenai amalan nepotisme dan kronisme dalam PKR, hubungannya dengan perniagaan besar semasa menjadi timbalan perdana menteri serta pengaruhnya terhadap media kerajaan sewaktu berkuasa dalam parti dan kerajaan. Anwar ditempelak apabila cuba mempertahan usahanya mereformasikan kerajaan, memperbetulkan banyak kepincangan dan melawan Tun Dr Mahathir Mohamad: “Anda kata tidak setuju dengan Dr Mahathir dan memprotes. Anda juga mendakwa orang lain rasuah. Tapi sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerajaan, anda kerap naik pangkat. Kenapa anda tidak letak jawatan jika tak setuju dengan Dr Mahathir seperti yang pernah dilakukan timbalan perdana menteri lain? Anda ingin saya percaya bahawa selama tempoh itu, tangan anda tidak kotor?”
Dalam wawancara itu, Anwar tidak menafikan cita-citanya mahu menjadi perdana menteri. Tapi Anwar diingatkan oleh Stephen Sackur bahawa beliau gagal memenangi beberapa pilihan raya umum, sokongan terhadapnya semakin menurun dan beliau adalah punca rakyat Malaysia pecah-belah. “You are the most polarising political figure in Malaysia. Why are you continuing to make this mischief?” Hos France24 TV juga membuat kesimpulan yang sama dalam wawancara dengan Anwar pada 2010.
Dalam wawancara BBC pada 2007, Anwar mencadangkan undang-undang yang lapuk dan mendiskriminasi dihapus, serta hak golongan homoseksual dipertahan. “Undang-undang ini tidak relevan lagi, dan kita tidak perlu apologetik.” Namun, apabila didesak oleh penemu ramah dalam wawancara Radio BFM 89.9 sama ada beliau seorang homoseksual, Anwar terkial-kial dan memberi jawapan yang tidak relevan sehingga perlu ditanya berkali-kali. Soalan: Anda seorang homoseksual atau biseksual? Anwar: Mereka cuba mendakwa saya. Tidak ada bukti untuk menyokong. Soalan ini tidak relevan. Soalan: Ya atau tidak? Anwar: Soalan ini sepatutnya tidak ditanya. Ini propaganda Umno. Tidak adil. Apa asasnya? Soalan: Jadi anda bukan seorang biseksual? Anwar: Saya mangsa serangan yang hebat. Sama ada seseorang itu biseksual atau tidak, itu soal peribadi. Untuk mendakwa seseorang perlu mendapatkan bukti. Dalam kes saya, ia pembohongan.
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan ke atas kes liwat Anwar minggu ini. Sama ada ia pembohongan atau tidak, rakyat boleh menilai sendiri.

0 Komentar untuk " Media Barat sangsi Anwar "