Najib Tun Razak berucap merasmikan bangunan baharu Pusat Serantau Timbang Tara Kuala Lumpur (KLRCA) di Bangunan Sulaiman, Jalan Sultan Hishamuddin di Kuala Lumpur, kelmarin. – bernama
BEGITU menarik sekali apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia berada pada kedudukan yang amat baik untuk menjadi pusat timbang tara bagi rantau Asia kerana kenyataan tersebut menggambarkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ketelusan dan keadilan proses perundangan di Malaysia. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pembukaan Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) di Bangunan Sulaiman kelmarin.
Secara mudah timbang tara adalah satu proses mencari penyelesaian pertikaian antara dua pihak dengan menggunakan pihak ketiga sebagai orang tengah. Pelantikan pihak ketiga mesti dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang bertelagah. Jika KLRCA ingin dijadikan sebagai pusat premier timbang tara rantau Asia, secara langsung Kuala Lumpur sebagai tuan rumah KLRCA perlu mempunyai tanggungjawab sebagai pihak ketiga yang adil dan boleh dipercayai.
Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat mempunyai dasar luar yang pragmatik yang memegang pada prinsip penyelesaian pertikaian mesti berlandaskan prinsip keadilan kepada semua pihak dan berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada. Malaysia juga memperjuangkan pendekatan kesederhanaan dalam menghadapi isu antarabangsa demi mencari penyelesaian. Begitu juga sebagai negara kuasa perantara, Malaysia tidak berpihak kepada mana-mana kuasa besar dunia sama ada Amerika Syarikat (AS) atau China dalam pertembungan geopolitik Asia.
Apabila Perdana Menteri mentafsirkan KLRCA sebagai pemangkin keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap prinsip keadilan Malaysia, persepsi tersebut telah disahkan dengan beberapa pendekatan Kuala Lumpur menyelesaikan masalah antarabangsa.
Paling terkini ialah pertikaian cukai pembangunan terhadap beberapa bidang tanah milik KTM Berhad di Singapura iaitu di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands di antara Kuala Lumpur dan Singapura dipersetujui kedua-dua pihak dibawa ke Mahkamah Tetap Timbang Tara, di The Hague, Belanda. Persetujuan kedua-dua pihak mahu menyelesaikan pertikaian melalui proses timbang tara menggambarkan kemahuan penyelesaian masalah demi keadilan kesemua pihak. Hal ini kerana selagi penyelesaian tidak dicapai maka usahasama kemajuan pembangunan kedua-dua negara di Marina South dan Ophir-Rochor akan sedikit sebanyak terpengaruh.
Walaupun pertikaian cukai pembangunan tanah KTM dianggap sebagai masalah komersial semata-mata tetapi perlu di beri penghargaan bahawa hubungan baik kedua-dua pemimpin tertinggi adalah antara pemangkin mengapa proses timbang tara dipilih.
Sebab itu juga antara agenda perbincangan utama di antara Perdana Menteri dan Presiden Indonesia Joko Widodo selepas majlis angkat sumpah Presiden Indonesia dua minggu lepas ialah mengenai kemelut pertindihan sempadan maritim yang telah berlarutan buat sekian lama tanpa penyelesaian.
Perdana Menteri telah mengesyorkan menaik taraf fasa perundingan dengan melantik ketua perunding yang mempunyai mandat lebih kuat berbanding dengan format jawatankuasa teknikal sebelum ini yang telah bertemu sebanyak 26 kali bermula tahun 2005 tanpa rumusan yang konkrit. Cadangan tersebut sebenarnya adalah iltizam Kuala Lumpur mahu merungkai masalah melalui proses perbincangan demi keadilan semua pihak.
Proses rundingan mengenai pertikaian sempadan di antara Kuala Lumpur dan Bandar Seri Begawan adalah contoh klasik di mana Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih besar tidak pernah mengambil kesempatan untuk meraih manfaat berlebihan daripada Brunei. Beberapa hari lepas Perdana Menteri dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berhasrat supaya pasukan teknikal bersama menyegerakan proses kajian dan persempadanan darat antara dua negara.
Lebih menarik lagi antara hasil Perundingan Tahunan ke-18 Pemimpin Malaysia dan Brunei adalah persetujuan penggunaan prosedur operasi standard (SOP) untuk kerja ukur hidrografi bagi menentukan sempadan dari Sungai Pandaruan dan Sungai Menunggol ke Sarawak.
Tidak syak lagi pendekatan diplomasi Kuala Lumpur dengan negara jiran terutama sekali isu sensitif seperti penentuan garis sempadan adalah manifestasi strategi keadilan untuk semua pihak walaupun kepentingan Malaysia terbabit secara langsung.
Jika dinilai strategi Kuala Lumpur berhadapan dengan isu pesawat MH17 ditembak jatuh maka sudah tidak syak lagi Malaysia boleh menjadi negara timbang tara yang adil dan saksama di peringkat antarabangsa. Negara yang terbabit secara langsung seperti Ukraine, Belanda dan Australia dari awal telah menuduh pemberontak yang bertanggungjawab melepaskan peluru berpandu.
Malaysia tidak pernah sehingga kini menuding jari dan menuduh mana-mana pihak kerana bukan sahaja bukti sedia ada tidak mencukupi untuk mensabitkan kesalahan, tetapi apa yang lebih penting adalah kerjasama semua pihak terutama sekali Ukraine dan pemberontak adalah diperlukan dalam proses pengumpulan bukti.
Harapannya adalah KLRCA boleh menjadi pemangkin untuk Malaysia menjadi negara timbang tara yang adil bukan hanya demi prestij negara semata-mata tetapi juga untuk kepentingan kestabilan rantau Asia.
PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/malaysia-negara-timbang-tara-1.21252#sthash.r6ldQ8sJ.dpuf

0 Komentar untuk " Malaysia negara timbang tara "