KETUA Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff mendedahkan bahawa terdapat 5,138 kematian di jalan raya bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 5,357 dalam tempoh sama tahun lepas, yang menunjukkan penurunan sebanyak 219 kematian atau 4.1%.
Jumlah kemalangan yang dilaporkan dalam tempoh sembilan bulan pertama pada tahun ini adalah 357,292 kes berbanding 360,311 kes pada tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 3,019 kes atau 0.8 peratus.
Walaupun terdapat sedikit penurunan dalam jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, fakta menunjukkan bahawa purata seramai 19 orang maut setiap hari dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Sememangnya ia suatu perkara yang amat membimbangkan dan tidak mencerminkan rekod keselamatan jalan yang baik untuk kita banggakan.
Justeru pelbagai usaha perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya setiap tahun dan mengukur tahap pencapaian kita terhadap negara-negara maju lain yang mempunyai rekod keselamatan yang lebih baik.
Apa jua usaha yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini tidak akan berhasil, melainkan mereka disokong dengan perubahan pengguna jalan raya yang bersikap angkuh, melulu dan tidak bertanggungjawab di atas jalan raya.
Ia menjadi perkara yang amat membimbangkan apabila hormat kepada undang-undang jalan raya semakin berkurang apabila ramai pengguna jalan raya memandu melebihi had laju dan secara melulu, serta tidak mematuhi isyarat lalu lintas.
Ia masih menjadi perkara biasa melihat kenderaan berada di petak kuning ketika menunggu di persimpangan lampu isyarat.
Sudah tiba masanya disiplin di jalan raya ditingkatkan melalui penguatkuasaan undang-undang lebih ketat oleh pihak penguat kuasa yang komited terhadap integriti dan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Lebih banyak usaha perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk memulihkan amalan menghormati undang-undang dan peraturan-peraturan di jalan raya.
Walaupun pelbagai kempen keselamatan jalan raya dan program-program publisiti telah dilaksanakan, tragedi jalan raya masih terus berlaku, yang melibatkan kanak-kanak dan mereka yang masih muda seolah-olah dibunuh beramai-ramai.
Apa yang lebih tragis ialah apabila seluruh keluarga lenyap dalam kemalangan maut tersebut. Kesakitan, penderitaan dan kepayahan yang ditanggung adalah amat sukar untuk diterima di mana-mana tragedi, terutama oleh orang yang tersayang.
Hakikatnya ramai pengguna jalan raya masih tidak belajar daripada gambar-gambar yang mengerikan akibat kemalangan seperti kenderaan menjadi remuk, mayat bergelimpangan, mangsa yang mengerang kesakitan dan keluarga mereka yang berduka.
Kempen keselamatan jalan raya yang selalu dilaksanakan, walaupun ia masih perlu, tidak akan berhasil kecuali pengguna jalan raya belajar mematuhi peraturan asas terhadap keselamatan dan kesopanan.
Pihak yang berwajib pula perlu menangani masalah keadaan jalan raya yang kurang baik, penyelenggaraan yang teruk dan kurang kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan jalan raya yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
Kemalangan maut di Malaysia menimbulkan ancaman yang serius kepada pembangunan sumber manusia jangka panjang akibat kerugian modal insan dan sumber-sumber lain.
Kemalangan maut jalan raya yang melibatkan pengguna muda dijangka meningkat, seiring dengan peningkatan mendadak bilangan kenderaan dan populasi penduduk. Jika intervensi dan strategi yang berkesan tidak termampu dilaksanakan oleh kerajaan, sektor korporat dan pertubuhan bukan kerajaan diseru untuk menangani isu-isu ini.
Menurut Laporan Keselamatan Jalan Raya Global 2013, yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan kira-kira 1.24 juta kematian jalan raya berlaku setiap tahun di jalan-jalan di seluruh dunia, menjadikan kemalangan jalan raya adalah penyebab utama kematian bagi golongan muda yang berumur di antara 15 hingga 29 tahun.
Kemalangan maut jalan raya boleh dikurangkan melalui pelaksanaan intervensi yang kolektif dan menyeluruh dengan pengagihan dan perkongsian sumber di antara sektor swasta dan korporat.
Sokongan dan penglibatan masyarakat khususnya ibu bapa dan pemimpin masyarakat di pelbagai peringkat akan banyak membantu dalam meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya secara berterusan. Cabaran terhadap keselamatan jalan raya harus ditangani secara bersama oleh semua pihak dan tidak diserahkan kepada kerajaan sahaja kerana keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab semua.
TAN SRI LEE LAM THYE ialah Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/tingkatkan-disiplin-di-jalan-raya-1.21254#sthash.d0s54ma1.dpuf

0 Komentar untuk " Tingkatkan disiplin di jalan raya "