SATU bilion nilainya amat banyak, iaitu menyamai 1,000 juta. Jika RM9.32 bilion bermakna 9,000 juta lebih.
Itulah jumlah anggaran yang dipohon oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi mengatasi masalah banjir kilat perbandaran. Bajet itu bakal dimanfaatkan untuk tujuan pembinaan infrastruktur sistem saliran bandar, penyelesaian segera jangka pendek dan penyelesaian jangka masa panjang Pelan Induk Saliran Bandar Secara Mesra Alam di bandar-bandar terpilih.
Anggaran perbelanjaan itu terkandung dalam kertas pertimbangan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara Kesembilan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri oleh menteri berkenaan, Datuk Seri G. Palanivel, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri baru-baru ini.
Kajian mendapati terdapat sebanyak 102 lokasi dalam kawasan perbandaran yang mengalami masalah banjir kilat kritikal di seluruh negara yang antara lain berpunca daripada hujan lebat setempat dengan taburan tinggi dalam tempoh singkat dan ketidakupayaan sistem saliran sedia ada untuk menampung pertambahan air larian permukaan.
Ayat mudah ialah sistem parit, sungai dan cabang sungai yang mengalir melalui kawasan bandar tersumbat dengan sampah-sarap hingga menyebabkan berlakunya limpahan air, seterusnya menjadi banjir kilat.
Bukan hendak mempertikaikan peruntukan itu kerana diyakini segala perkiraan telah diperhalusi dengan penuh bijaksana termasuk mengambil kira pandangan daripada pakar-pakar berkaitan. Bagaimanapun, penulis agak tertarik dengan ingatan orang tua-tua bahawa sakit itu berpunca, mati itu bersebab yang membawa maksud tersirat segala permasalahan yang berlaku pasti ada penyebabnya.
Memang bagus kerajaan amat prihatin dengan masalah rakyat tetapi dibimbangi segala usaha yang bukan sedikit jumlahnya itu bakal menjadi sia-sia selagi perangai rakyat yang bermentaliti negara mundur tetap tidak berubah.
Perangai buruk ‘jalan pintas’ membuang sampah merata-rata termasuk ke dalam parit dan sungai hingga menyesakkan laluan semula jadi air dan mentaliti terlalu mengharapkan agensi kerajaan untuk bertungkus-lumus mengorek longkang tersumbat di hadapan dan belakang rumah sendiri, perlu dibuang sejauh mungkin.
Kepada kontraktor yang mendapat projek pula diingatkan jangan terlalu rakus melaksanakan kerja-kerja yang disandarkan kepada alasan pembangunan hingga mengabaikan ‘akhlak pembinaan’ yang sepatutnya. Yang bertanggungjawab meluluskannya iaitu pihak berkuasa tempatan, jangan pula ‘bersila panggung’ dan selesa berehat atas kerusi empuk. Turun padang, tinjau dan dengarlah rintihan penduduk terutama di kawasan-kawasan pemaju bermaharajalela.
Kuat kuasa segala jenis peruntukan undang-undang berkaitan yang telah sedia wujud termasuk menambah baik apa-apa yang telah lapuk, jangan hanya gah dalam bentuk teori dan dokumen semata-mata. Penguatkuasaan, pelaksanaan dan pemantauan perlu seiring dan sejajar dengan dasar kerajaan.
Langkah pencegahan daripada peringkat awal merupakan jalan terbaik kerana dalam menyelesaikan segala permasalahan berbangkit sebenarnya tidak wujud istilah jalan pintas. Amat mudah memohon peruntukan tetapi selagi masalah akar umbinya tidak ditangani maka selama itulah malapetaka seperti banjir kilat, tanah runtuh, banjir lumpur, tanah mendap tidak akan menemui penamatnya.
‘Pi mai pi mai tang tu’, habis bajet minta lagi dan tambah lagi, akhirnya peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada keperluan lain yang mendesak akan terus terbantut. Selain itu, agenda untuk mendidik dan mentarbiahkan rakyat bermentaliti rendah ini perlu terus diperkasakan oleh kerajaan dan jangan sesekali mengambil jalan mudah bahawa mereka secara semula jadi atau lama-kelamaan akan menjadi lebih cerdik serta matang.
Kepada agensi kerajaan terbabit yang dipertanggungjawabkan untuk menunaikan amanah itu, laksanakanlah dengan penuh kejujuran elakkan daripada berlakunya tragedi ketirisan yang diulang tayang berkali-kali dalam laporan Ketua Audit Negara. Perlu diingatkan bahawa duit peruntukan itu bukannya keluar daripada poket menteri atau pemimpin tertentu sebaliknya hasil penat lelah rakyat yang membayar cukai.
Kepada rakyat pula, sanggupkah duit anda itu disia-siakan oleh segelintir berperangai buruk yang mementingkan diri sendiri sahaja. Ubahlah sikap, jadilah warganegara yang prihatin dan penuh integriti.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/jangan-sia-siakan-8232-duit-sendiri-1.21250#sthash.EUEGGdoz.dpuf

0 Komentar untuk " Jangan sia-siakan duit sendiri "