KAEDAH dakwah merupakan satu wadah penyampaian yang dilihat cukup berkesan untuk membina sahsiah mukmin, sekali gus melahirkan daie dalam kalangan Saudara Muslim.
Oleh itu, bagi meningkatkan kefahaman ilmu agama dan mempraktikkan ajaran Islam kepada masyarakat berketurunan Thailand, di samping mengeratkan silaturahim, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Program Komuniti Masyarakat Thai bertempat di Hotel Putra Palace, Kangar Perlis, baru-baru ini.
Program dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs), Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Perkim Bahagian Negeri Perlis itu disertai seramai 70 orang Saudara Muslim berketurunan Thailand dari sekitar Kangar, Arau, Padang Besar telah menyertainya.
Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah berkata, masyarakat Thai yang beragama Islam majoritinya berasal dari selatan Thailand iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla berhijrah ke Malaysia untuk melakukan urusan ekonomi seperti perniagaan makanan, pakaian dan barangan.
Program itu juga merupakan satu medan utama yang mengumpulkan Saudara Muslim daripada pelbagai daerah dengan objektif mewujudkan silaturahim dan juga perkongsian ilmu dalam kalangan mereka.
Ia bertujuan untuk membimbing dan mendidik Saudara Muslim Thai mendekati serta mendalami ilmu Islam, hal ini berikutan Perlis merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai bilangan populasi Saudara Muslim Thai yang ramai di Malaysia, kebanyakan daripada mereka telah menetap di Malaysia dan mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan.
“Selain memupuk semangat kekeluargaan di antara saudara-saudara Muslim keturunan itu, Perkim juga menyediakan ruang untuk peserta mendalami Islam secara lebih berkesan melalui pendekatan dan penggunaan bahasa ibunda (Bahasa Thai) bagi melancarkan komunikasi dan kefahaman sepanjang program itu berlangsung,” kata Muhammad Farhan.
Jelasnya lagi, program itu membina satu generasi Islam dengan menghayati dan melaksanakan segala perintah agama dalam kehidupan serta menyebarluaskan syiar Islam. Malah penganjuran ini adalah kali keempat di mana terdahulunya telah diadakan di Sintok, Kedah, Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu.
Program telah dirasmikan pembukaannya oleh Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul Karim.
Slot latihan dalam kumpulan (LDK) bertajuk Asas Fardu Ain: Kalimah Syahadah dan Pengertiannya memberikan kefahaman akan peri pentingnya kalimah syahadah yang juga disimbolkan sebagai anak kunci syurga.
Sementara itu, Asas Fardu Ain : Rukun Islam dan Rukun Iman merupakan tajuk yang menyentuh perkara asas agar mereka memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan dalam diri melalui rukun tersebut.
Tajuk Asas Fardu Ain : Bersuci (Taharah) dan Solat memberi kefahaman dan praktikal mengenai perkara asas bersuci, jenis air, wuduk, istinjak, mandi hadas, tayamum, solat fardu, solat sunat, bacaan dalam solat dan pergerakan solat yang betul.
Slot tersebut memberi penekanan secara teori dan amali 13 rukun solat agar mereka menikmati kemanisan, meningkatkan taqarrub dan kekhusyukan dalam menunaikan solat kerana ia merupakan perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT di alam barzakh.
Pada program itu juga turut diadakan kuliah selepas solat bertajuk Apa Itu Islam?, Gejala Murtad dan Kesannya, Kepentingan Tauhid Mengenal Allah, Ilmu dan Amal.
Siapakah Aku Sebenarnya pula menjadi tajuk forum mini yang dipengerusikan oleh Pegawai Dakwah Perkim Bahagian Negeri Kelantan, Nordin Abdullah manakala ahli panelnya terdiri daripada Pensyarah Universiti Prince of Songkla, Osman Rajniyom dan Maulana Ismail Abdullah, mahasiswa Universiti of Yala.
Bagi mencungkil bakat, kefahaman dan kebolehan peserta, turut diadakan kuiz Islam dan tilawah al-Quran.
Majlis itu disempurnakan penutupannya oleh Naib Yang DiPertua Perkim 1, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.
Pada program itu, Siti Rasikam Abdullah merangkul hadiah peserta terbaik program.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) daripada Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah, mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. (az-Zumar: 22)
Apa kata peserta
“RASA syukur dan sangat gembira kerana program seperti ini amat berfaedah untuk meningkatkan ilmu dalam kalangan peserta dengan modul dan penerangan terperinci serta tenaga pengajar yang disenangi,” jelasnya.
– SITI AISYAH ABDULLAH, 38.
“WALAUPUN baru empat tahun memeluk Islam, saya mengharapkan Perkim mengadakan program seperti ini dengan lebih kerap untuk memberi peluang kepada yang lain serta menambahkan pengisian modul berbentuk multimedia, dakwah lapangan dan praktikal supaya lebih berkesan,” ujarnya.
– SITI RASIKAM ABDULLAH, 34.
“PERKIM perlu menambah slot pengalaman Saudara Muslim memeluk Islam dan mengadakan program ziarah dan usrah, ijtimak atau metodologi dakwah kepada Saudara Muslim Thailand agar memberi impak yang positif terhadap masyarakat Thai,” terangnya.
– MUHAMAD SHAHABUDIN ABDULLAH, 49.
“DIHARAP Perkim dapat menganjurkan lebih kerap lagi program sebegini, di samping diadakan pertandingan kebudayaan masyarakat Islam Thai atau pertandingan puisi dan sajak Islam dalam Bahasa Thailand,” sarannya.
– SOPIAH ABDULLAH, 48.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/bimbing-mualaf-thai-1.21073#sthash.66OtN6jf.dpuf

0 Komentar untuk " Bimbing mualaf Thai "