MEMBACA kenyataan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman tentang penempatan Yahudi di Baitul Maqdis membuatkan hati sesiapa yang mengikuti penderitaan rakyat Palestin, bagai dirobek-robek.
Dengan angkuh dia mengatakan yang Israel tidak akan berhenti daripada membina penempatan untuk Yahudi di timur Baitul Maqdis, biarpun mendapat kritikan antarabangsa.
“Sesiapa yang merasakan kerajaan Israel akan mengehadkan pembinaan penempatan Yahudi hanya bermimpi,” katanya seperti dilaporkan The Jerusalem Post.
Bulan lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan pembinaan 1,060 unit lagi rumah penduduk Yahudi di timur Baitul Maqdis.
Sejak menduduki kawasan itu selepas perang 1967, Israel mengisytiharkan bandar bersejarah yang menempatkan Masjid Al-Aqsa itu sebagai ibu negeri - tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Undang-undang antarabangsa mengkategorikan Tebing Barat dan timur Baitul Maqdis sebagai wilayah yang diduduki, sekali gus menjadikan pembinaan penempatan Yahudi di atas tanah penduduk Palestin itu sebagai tindakan haram.
Namun hakikatnya sejak dari detik itu, penduduk Palestin menjadi gelandangan di negara mereka sendiri. Perkampungan mereka dikepung oleh tembok tinggi yang dibina Israel. Rumah mereka dibedil dan sekolah mereka dibom.
Lebih tidak boleh diterima, namun itulah yang berlaku, ribuan nyawa penduduk Palestin melayang dalam perang yang dicipta oleh Israel atas alasan ‘menjaga penempatan mereka’ - penempatan yang disahkan haram oleh undang-undang antarabangsa.
Gara-gara keganasan Israel, ribuan penduduk Palestin dengan berat hati terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan terpaksa menumpang nikmat di negara lain.
Hujan emas di negara orang, hujan bom dan peluru di negara sendiri. Nampaknya bagi penduduk Palestin, mereka tetap rindukan tanah tumpah darah sendiri.
Kita yang hidup di negara aman dan makmur seperti Malaysia, mungkin tidak dapat memahami perasaan penduduk Palestin ini. Kita bersimpati namun tidak mampu menyelami detak hati mereka yang mengharapkan dapat kembali hidup di negara sendiri.
Menerusi seorang permaisuri berjiwa rakyat, penulis berpeluang berkenalan dengan seorang wanita Palestin yang terpaksa meninggalkan kampung halamannya dan tinggal di negara lain tanpa rela.
Di sini, penulis mahu berkongsi apa yang ditulis oleh anak perempuan sahabat penulis itu. Coretan mengenai apa yang berlaku di bumi Gaza ini adalah dari sudut pandangan kanak-kanak ini. Mungkin daripadanya kita akan lebih menyelami perasaan penduduk Palestin dan lebih bersimpati dengan perjuangan mereka untuk mendapatkan kembali tanah air yang dirampas oleh Israel.
Berikut terjemahan daripada coretan tersebut yang dihantar kepada penulis oleh ibunya:
SEBAGAI budak perempuan Palestin yang telah melalui konflik berpanjangan dan mempunyai pengalaman menghadapi beberapa kejadian yang berlaku di Palestin, saya boleh katakan yang anda tidak mungkin dapat membiasakan diri dengan kejadian-kejadian tersebut.
Anda tidak dapat membiasakan diri mendengar tentang kematian baru, anda tidak dapat membiasakan diri mendengar tentang keluarga yang diusir keluar dari rumah mereka sendiri, anda tidak dapat membiasakan diri terhadap realiti yang tanah anda dirampas.
Saya baru hidup selama 14 tahun daripada 66 tahun pendudukan Israel dan sepanjang tempoh 14 tahun itu saya telah menyaksikan kemusnahan, kekejaman dan ketidakadilan dan ia cukup menakutkan untuk memikirkan bahawa semua itu berlaku dalam tempoh 14 tahun, tanpa mengambil kira baki 52 tahun lagi.
Ramadan tahun ini bagi saya dan keluarga mungkin paling mencabar kerana perlu melalui perang di Gaza, satu daripada peperangan yang dicetuskan oleh Israel sebagai alasan untuk membunuh orang awam Palestin. Ramadan adalah bulan untuk beribadat, bersedekah, bersyukur dan lebih penting adalah bulan keamanan, namun satu pun tidak dicapai di sebalik doa berpanjangan daripada pihak-pihak yang prihatin dan mengetahui apa yang berlaku di Palestin.
Saya fikir walau apa pun, kita masih terkejut dengan apa yang berlaku dan secara peribadi, apa yang benar-benar menyentak saya daripada perang di Gaza pada musim panas lalu adalah kehilangan nyawa banyak kanak-kanak yang tidak berdosa dan kematian ibu bapa mereka yang kini menjadi yatim piatu.
Bukan salah mereka dilahirkan sebagai anak Palestin dan bukan juga salah mereka apabila para pemimpin dunia masih gagal memahami betapa pentingnya segala kekabutan ini dihentikan.
Seperti remaja, kanak-kanak dan dewasa Palestin lain, saya cuba sedaya-upaya untuk membantu negara saya. Saya pernah menulis surat kepada David Cameron bagi memaklumkan bagaimana konflik ini semakin buruk dan tentang nasib tahanan Palestin dan mogok lapar, jawapan yang saya terima mengatakan ‘mereka berusaha melakukan sehabis baik untuk membantu’.
Amat mengerikan apabila mengetahui yang anda tidak selamat tinggal di negara sendiri, diancam kematian setiap hari di mana-mana, cuma ikatan yang kuat di samping cinta terhadap tanah tumpah darah yang membuatkan kami bertahan.
Semua orang muda Palestin bercita-cita mencapai kejayaan dalam hidup untuk membantu negara kami. Kami sanggup melakukan apa sahaja.
Kami tahu semua ini akan berakhir. Apa yang kami amat impikan ketika ini adalah untuk hidup dalam aman seperti kanak-kanak dan orang dewasa lain di seluruh dunia, bukannya bersedih dan berkabung atas kematian rakan dan ahli keluarga.
Kami hanya mahu hidup aman, gembira dan bebas.
Nour Mamoun Abuarqub
14 tahun
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/8216-kami-hanya-8232-mahu-hidup-8217-1.26024#sthash.wrIXtNzQ.dpuf

0 Komentar untuk " ‘Kami hanya mahu hidup’ "