Kutipan zakat 2013 cecah RM2.2 bilion - Jamil Khir - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kutipan zakat 2013 cecah RM2.2 bilion - Jamil Khir

MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah JAWHAR, Datuk Anan C. Mohd (empat dari kiri) bersama penerima-penerima Anugerah Zakat Kebangsaan pada majlis sambutan Bulan Zakat Kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar: UTUSAN/Halim Khalid

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Kutipan keseluruhan zakat bagi 2013 mencecah RM2.2 bilion, meningkat daripada tahun sebelumnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Bagaimanapun, katanya, jumlah itu masih sedikit berbanding nisbah pembayar yang layak dan ia tidak mencukupi bagi menampung jumlah penerima zakat yang juga meningkat.

"Walaupun jumlahnya nampak agak besar, jumlah penerima lagi besar daripada peruntukan sedia ada.

"Lebih-lebih lagi jumlah penerima asnaf di bawah kategori fakir dan miskin, belum dicampur lagi kategori fisabilillah (termasuk mereka yang mengajar agama seperti imam) dan mualaf," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan data yang dijumlahkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) pada 2012, kutipan zakat kesemua 14 negeri ialah sebanyak RM1.9 bilion. - BERNAMA


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/kutipan-zakat-2013-cecah-rm2-2-bilion-jamil-khir-1.25811#sthash.YuLFM66c.dpuf
0 Komentar untuk " Kutipan zakat 2013 cecah RM2.2 bilion - Jamil Khir "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ