CABARAN kredibiliti yang dihadapi BN dan Umno serta para pemimpin nampaknya masih getir. Daripada beberapa perbincangan saya dengan tokoh intelek dan penganalisis politik, pengarang dan penulis, ada konsensus yakni banyak perkara yang perlu diperbaiki segera untuk menarik sokongan rakyat, khususnya pengundi kerana masa tidak banyak. Sebahagian perkara yang disentuh adalah berkaitan perjalanan parti manakala sebahagian lagi berpunca daripada keputusan yang dibuat kerajaan. Ini ditambah pula dengan kerenah penjawat awam, seperti kes rasuah, pecah amanah, penyelewengan kuasa dan kegagalan bertindak walaupun jenayah berlaku di depan mata.
Satu perkara yang turut dipersetujui juga ialah kerajaan dan parti bernasib baik kerana pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, kelam kabut dan bertelagah. PR gagal mempamerkan dirinya sebagai alternatif yang baik atau pilihan yang boleh diharap. Tapi BN-Umno tidak boleh hidup atas kegagalan pembangkang. Ia mesti mampu meneruskan perjuangan dan pencapaian misinya atas kekuatan sendiri. BN-Umno harus mampu melawan gerakan dan serangan pembangkang yang berterusan untuk menumbangkan parti dan kerajaan.
BN-Umno juga mesti berjaya dalam usaha menyekat pembangkang meracuni fikiran sebahagian rakyat sehingga tiada lagi penilaian rasional, menjadi tidak objektif dan begitu mudah mempercayai propaganda.
Saya ingat kepada pemerhatian yang pernah dibuat oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Katanya: “BN-Umno sering dipersalahkan, dilabel sebagai punca kepada apa juga kepincangan dan kekecohan, serta sebagai pencetus perbuatan rasuah, salah laku dan salah moral, meskipun berlaku dalam kalangan anggota parti pembangkang. Begitu mudah hidup jadi anggota pembangkang, bagaikan mempunyai lesen besar; bebas melakukan apa saja perbuatan, bebas menggunakan lidah secara celupar, kerana setiap yang buruk dilonggok kesalahan ke atas Umno.
“Saya tidak mengatakan semua ahli Umno sejernih air di kolam syurga atau sebersih kain putih dan tiada kelemahan. Namun ahli Umno juga bukan tong sampah untuk dilemparkan segala fitnah yang berpunca daripada perbuatan tidak betul dan salah laku orang lain. Tidak munasabah bahawa ahli dan penyokong Pas, PKR dan DAP terdiri daripada orang yang bersih daripada dosa, bebas daripada kesilapan, tidak mungkin kesemua mereka berjiwa wali bersifat malaikat.”
Benar sekali kata-kata mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno itu. Walaupun semua pemimpin dan ahli BN-Umno sedar tentang perkara ini, namun strategi serang balas pembangkang serta kesan program transformasi parti belum meluas dan memuaskan sehingga mendorong Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin mengumumkan insentif khas baru-baru ini kepada sesiapa yang memberi cadangan terbaik untuk mengembalikan faktor wow untuk parti.
Sebagai parti yang praktikal, Umno perlu dan boleh berubah mengikut tuntutan masa dan keadaan. Perjuangannya mesti sentiasa sesuai dengan aliran zaman. Tapi ini lebih mudah cakap daripada buat.
Masalah kredibiliti dan hakisan kepercayaan terhadap BN-Umno memerlukan introspeksi jujur terhadap faktor dalaman dan keikhlasan untuk berubah. Misalnya, ada pemimpin, setelah sekian lama ditampuk kuasa, kurang akrab lagi dengan rakyat. Masyarakat luar bandar merasa mereka perlu diberi tumpuan lebih manakala golongan muda juga berasa begitu. Apabila Umno gagal mengurus kejayaan sendiri atau leka, maka timbul persepsi bahawa pemimpinnya sudah lupa diri dengan kekayaan atau tidak mampu menangani aspirasi rakyat.
Perbalahan sesama pemimpin berebut jawatan meruntuhkan semangat kekeluargaan. Sikap tamak segelintir pemimpin menimbulkan persepsi Umno parti korup. Ini ibarat bola tanggung untuk dilibas pembangkang.
Semua persepsi negatif ini dan tanggapan buruk mesti ditangani dengan berkesan. Begitu juga pelbagai dakyah dan fitnah rekaan musuh yang sering menjadikan BN-Umno sebagai kambing hitam. Kita mesti memenangi perang maklumat, persepsi dan psikologi dengan meyakinkan. Elok mula dengan keluarga sendiri.
Tidak seperti dulu, anak orang Umno hari ini tidak semestinya menyokong Umno, mereka ada fikiran dan pendirian sendiri. Sumber maklumat majoriti golongan anak muda hari ini bukan lagi media tradisional atau parti yang diwakili ibu bapa mereka, tetapi pelbagai platform media sosial. Ini realiti yang mesti kita hadapi dan terima. Ada orang berkata ini sebahagian daripada proses kematangan bernegara, namun hakikatnya BN-Umno harus pandai membaca landskap politik yang semakin berubah serta menjadi pemain yang lebih hebat dan berjaya daripada lawannya.

0 Komentar untuk " Jangan beri bola tanggung "