Penjawat awam melafazkan ikrar integriti Perkhidmatan Awam Malaysia selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti dan Pelancaran Kempen Tanpa Hadiah di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
PELBAGAI kesalahan rasuah dilaporkan oleh media arus perdana sejak kebelakangan ini. Dalam pada itu pihak berwajib terus berusaha membanteras amalan berkenaan dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang dilipatgandakan.
Tidak dinafikan melalui penguatkuasaan yang serius dan bersungguh-sungguh ia akan meningkatkan kesedaran mengenai amalan buruk itu dalam kalangan penjawat awam. Namun aspek pencegahan sepatutnya memainkan peranan utama dalam mencetus keprihatinan mereka.
ISO Syariah atau MS 1900:2005 adalah satu sistem pengurusan kualiti yang berteraskan syariah yang mana standardnya dibangunkan oleh pihak SIRIM Malaysia. ISO Syariah menekankan aspek pencegahan. Ini selari dengan konsep pencegahan yang dikemukakan di dalam al-Quran.
Al-Quran menggunakan gaya bahasa “jangan kamu menghampiri” sepertimana firman Allah dalam surah al Isra’:34 yang bermaksud “Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik” begitu juga di dalam surah al Isra’:32 Allah SWT berfirman yang bermaksud “ Dan janganlah kamu menghampiri zina”. Dari perspektif Usul Fiqh ia diistilahkan sebagai Sad al Zara’i yang diterima pakai oleh ahli fiqh dalam menentukan sesuatu hukum.
ISO Syariah juga pada asasnya merentas ISO 9001:2008 yang biasa dipraktikkan oleh beberapa institusi awam. Sistem pengurusan kualiti berteraskan syariah telah menzahirkan syariat Islam yang bersifat universal lagi komprehensif.
Sistem pengurusan kualiti MS1900 adalah sistem pengurusan yang berpandukan al-Quran dan hadis yang menekankan konteks al-Maqasid al-Syariah di mana syariat Islam bermatlamat untuk memelihara agama, harta, keturunan, jiwa, akal dan akhlak justeru, sistem pengurusan berteraskan syariah sarat dengan nilai nilai murni yang mesti diterapkan di dalam sesebuah organisasi.
Apa yang membezakan ISO Syariah(MS 1900) dengan ISO 9001 ialah nilai teras dan isu syariah yang kritikal. Setiap institusi yang mempraktikkan ISO Syariah hendaklah mengemukakan nilai-nilai murni yang menjadi amalan di institusi tersebut.
Sebagai contoh Kolej Komuniti Gerik yang telah empat tahun mempraktikkan ISO Syariah mengemukakan enam nilai teras iaitu bijaksana, efisen, prihatin, kebertanggungjawaban, hormat dan empati.
Nilai teras hendaklah dipraktikkan bahkan diukur mengikut instrumen-instrumen tertentu dan akan diaudit dalam beberapa siri audit sama ada oleh audit dalaman atau audit daripada pihak SIRIM.
ISO Syariah juga mewajibkan kewujudan sekurang-kurangnya seorang pegawai syariah yang diposisikan terus di bawah pengurusan tertinggi sesebuah institusi itu. Terdapat juga institusi yang menubuhkan unit syariah yang diketuai oleh seorang pegawai syariah bagi memastikan sistem pengurusan yang mematuhi syariah. Unit syariah akan memainkan peranan penting dalam memastikan setiap gerak kerja adalah mematuhi syariah.
Unit Syariah pula akan dipantau dan diaudit oleh pihak SIRIM QAS dalam beberapa siri pengauditan. Sebelum diaudit oleh pihak SIRIM QAS, unit syariah diwajibkan menjalankan audit dalaman sekurang-kurangnya sekali setahun. Di dalam audit dalaman tersebut unit syariah akan mengaudit setiap aktiviti, operasi dan gerak kerja organisasi bagi memastikan setiap aktiviti dan operasi patuh syariah.
Jika terdapat sebarang aktiviti dan operasi yang tidak mematuhi syariah atau secara lebih khusus terdapat unsur-unsur syubhah (meragukan) dan rasuah maka Unit Syariah atau pegawai syariah akan mengeluarkan pemerhatian atau ketidakpatuhan (ncr).
Unit Syariah atau pegawai syariah tidak hanya bertanggungjawab kepada pihak pengurusan tertinggi bahkan bertanggungjawab kepada pihak SIRIM QAS. Laporan Unit Syariah pasti akan diberi keutamaan oleh pihak SIRIM QAS di dalam audit mereka ke atas organisasi tersebut.
Pihak kerajaan atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah pasti dapat melihat dan mengukur tahap integriti di mana-mana jabatan kerajaan berpandukan penemuan di dalam audit dalaman unit syariah atau audit pihak SIRIM QAS.
Di dalam amalan ISO Syariah atau MS1900, Kuliah MS1900 adalah satu kelaziman. Kuliah MS 1900 mengukuhkan lagi konteks pencegahan. Unit Syariah akan memainkan peranannya dalam memberi peringatan dan nasihat kepada seluruh warga organisasi khususnya berkenaan isu-isu patuh syariah termasuklah perkara-perkara yang berunsurkan syubhah atau rasuah.
Pemantapan daripada sudut pencegahan dan penguatkuasaan akan membantu pihak kerajaan memerangi bukan sahaja rasuah bahkan syubhah iaitu aktiviti atau operasi yang meragukan. ISO Syariah atau MS1900 adalah pilihan terbaik yang dicadangkan kepada pihak kerajaan untuk dipraktikkan di seluruh jabatan kerajaan.
PENULIS ialah Pensyarah Kolej Komuniti Gerik, Perak
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/iso-syariah-dalam-mencegah-rasuah-1.22962#sthash.qTVnOcSu.dpuf

0 Komentar untuk " ISO Syariah dalam mencegah rasuah "