GEORGETOWN - Ilmuwan Universiti Sains Malaysia (USM) diminta berusaha gigih untuk menerajui bidang kepakaran masing-masing dan seterusnya menjadi rujukan bagi pelbagai tujuan.
Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang juga Raja Perlis bertitah setiap warga USM perlu saling bersinergi dan bersama-sama membangunkan kekuatan untuk memastikan universiti itu sentiasa berada di landasan betul.
"Usaha ini mestilah bersifat inklusif dengan setiap anggota bergerak bersama-sama dan berpegang kepada tadbir urus yang baik dengan akauntabiliti tinggi.
"Ambil semangat 'Kami Memimpin' yang menjadi moto USM untuk menjadi pemimpin yang disegani," titah baginda pada majlis anugerah Sanggar Sanjung 2013 USM di sini, hari ini.
Turut hadir Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Menteri Pendidikan Brunei, Pehin Awang Abu Bakar Apong; Pro-Canselor USM, Tan Sri Mustafa Mansur dan Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Dr Zulkefli A Hassan.
Sementara itu, Naib Canselor USM, Datuk Dr Omar Osman berkata, universiti itu sedang memperkasa jaringan kerjasama terutama di peringkat antarabangsa untuk memastikan USM terus relevan dalam kalangan rakan strategik dari pelbagai institusi.
"Kami ingin menjadikan usaha penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi dan menghasilkan ahli akademik terkenal di pentas dunia serta berdaya saing untuk menghadapi cabaran masa depan," katanya.
Pada majlis itu, seramai 115 kakitangan akademik dan penuntut USM menerima anugerah atas pencapaian cemerlang masing-masing termasuk pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Prof Dr Abdul Latif Ahmad yang dinamakan dalam senarai Minda Saintifik Paling Berpengaruh Dunia 2014 baru-baru ini. - Bernama

0 Komentar untuk " Ilmuan USM perlu gigih terajui kepakaran "