PETALING JAYA - Malaysia disarankan mengamalkan pendekatan sistematik terhadap pembangunan, pentadbiran dan sosial masyarakat demi mencapai tahap negara maju dan berdemokrasi.
Pengerusi Yayasan Demokrasi dan Modenisasi The Habibie Centre, Dr. Ahmad Watik Pratiknya berkata, untuk membentuk negara maju, Malaysia harus memastikan prosedur evolusi pembangunan dan pentadbiran berjalan dengan lancar.
"Di Indonesia, kami menggalakkan golongan muda menyertai politik, kami membenarkan demonstrasi jalanan untuk rakyat kerana mereka berhak menyuarakan pandangan dan idea masing-masing.
“Kami juga membenarkan pertumbuhan parti baharu yang mengiktiraf dan menghormati konstitusi negara.
"Kami elakkan dari membuat sebarang perubahan besar revolusi kepada rakyat dan negara bagi mengelakkan kesan yang tidak dijangkakan. Kami lebih suka merancang prosedur evolusi terancang dan laksanakannya berdasarkan peraturan dan syarat yang telah ditetapkan," ujarnya ketika menyampaikan ucapan di Forum Demokrasi Dunia Muslim, di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, peranan media kepada masyarakat amat disokong oleh kerajaan Indonesia dan kerajaan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada media dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Jelas beliau lagi, hubungan politik dan ketenteraan yang lemah antara cabaran kepada pihak kerajaan dalam membawakan reformasi kepada rakyat.
Namun katanya, cabaran itu akhirnya dapat diatasi dengan strategi yang diatur secara berterusan.
"Keperluan membawa reformasi kepada rakyat Indonesia merupakan sesuatu yang perlu kami lakukan.
"Kami juga harus memastikan rakyat Indonesia tidak terpedaya dengan muslihat pihak yang cuba memecahkan sentimen fahaman kami," katanya lagi.

0 Komentar untuk " Amal kaedah sistematik demi demokrasi "