DAP gesa Putrajaya ambil tindakan jika ditipu dalam pelaburan 1MDB - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

DAP gesa Putrajaya ambil tindakan jika ditipu dalam pelaburan 1MDB

DAP gesa Putrajaya ambil tindakan terhadap Goldman Sachs International jika wujud penipuan dalam terbitan bon 1MDB, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.

DAP menggesa Putrajaya mengambil tindakan ke atas syarikat pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs International jika terdapat unsur penipuan dalam terbitan bon bernilai US$3 bilion oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata tindakan perlu diambil selepas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan kewujudan surat jaminan dan mengatakan kerajaan hanya akan menanggung hutang sebanyak RM5.8 bilion.

"Saya memiliki salinan 'Surat Pekeliling' dikeluarkan Goldman Sachs International kepada pelabur untuk tujuan menerbitkan US$3 bilion (RM9.6 bilion) 4.4% untuk 1MDB Global Investments Limite, subsidiari penuh 1MDB," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Surat sama didedahkan dalam edisi mingguan akhbar perniagaan, The Edge baru-baru ini.
Putrajaya menafikan surat tersebut, namun Pua menggesa supaya tindakan tegas diambil Putrajaya.

"Kami gesa kerajaan Malaysia untuk segera melaporkan kepada polis dan Interpol terhadap penipuan tersebut; dan peguam negara mesti segera memulakan siasatan untuk mendakwa pihak yang menerbitkannya, Goldman Sachs International kerana mengedarkan 'surat sokongan' palsu oleh kerajaan Malaysia," kata Pua.

Ahmad baru-baru ini berkata jaminan yang dikeluarkan kerajaan untuk 1MDB hanyalah RM5.8 bilion dan tidak lebih daripada jumlah itu.

Beliau berkata, sehingga kini memang tiada sebarang surat membawa maksud kepada nilai jaminan yang lebih daripada jumlah itu.

"Kerajaan tidak ada lagi mengeluarkan sebarang jaminan selain RM5.8 bilion untuk 1MDB atau anak syarikat milik penuhnya, termasuklah untuk bon AS$3 bilion," katanya.

Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang kerajaan persekutuan menjamin hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion. – 10 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-gesa-putrajaya-ambil-tindakan-jika-ditipu-dalam-pelaburan-1mdb#sthash.tdtDnajM.dpuf
0 Komentar untuk " DAP gesa Putrajaya ambil tindakan jika ditipu dalam pelaburan 1MDB "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ