BEBERAPA pemimpin pernah membuat pengakuan, mereka bukan daripada jenis orang yang mudah senyum, tetapi kerana kedudukan mereka itu, mereka berusaha belajar mengukir senyuman apabila bertemu rakyat.
Tidak kira sama ada mereka belajar depan cermin, dengan bimbingan isteri atau sebelum keluar daripada kenderaan. Yang penting ialah ketika berhadapan dengan rakyat, mereka mampu senyum.
Masalah mereka untuk menguntum senyuman, kata mereka, bukan sesuatu yang mereka sendiri mahukan. ALLAH yang cipta bentuk kontur wajah mereka sedemikian rupa, hingga menimbulkan persepsi.
Sebab itu, ada yang, walaupun dalam keadaan mesra, kelihatan seperti tidak mesra, sementara ada yang sebenarnya marah, tetapi nampak seperti mereka tidak marah. Wallahualam!
Apa pun saya hargai kesediaan mereka untuk memperjelaskan keadaan sebenar supaya tidak disalah anggap dan berusaha memperbaikinya.
Setidak-tidaknya, mereka sedar tidak boleh kelihatan sombong tidak tentu pasal. Ada masa dan tempat kita perlu mesra dan tersenyum dan ada ketika dan tempat pula kita mesti garang dan tegas.
Yang orang tidak suka ialah yang waktu memancing sokongan, senyum tak putus macam kerang, tetapi setelah diberi mandat, batang hidung pun tidak nampak.
Kita selalu dengar dalam bahasa mudah: ‘Cakap tidak serupa bikin’.
Sikap berterus-terang kepada rakyat adalah sesuatu yang dihargai, bukan tabiat bersembunyi dan bersikap hipokrit.
Hari ini sistem pemantauan dan penyebaran maklumat sudah canggih dan merebak secepat kilat. Pemimpin yang komited dan berjiwa rakyat dihargai ramai, sementara mereka yang suka kongkalikong memang akan dibenci dan dicemuh.
Kembali kepada topik senyum. Disebabkan senyum itu perlu pada masa dan tempatnya, maka saya setuju sangatlah apabila beberapa pemimpin menjelaskan mereka sedar mereka perlu kelihatan tersenyum di masa dan tempat yang menuntut mereka tersenyum, tetapi
tegas dan menyeringai di masa dan tempat yang mereka patut bersikap demikian. Yang penting kerja dan amanah perlu ditunaikan dengan sebaik mungkin.
Saya sendiri, kerana berkongsi bentuk kontur wajah dalam kategori awal tadi; selalu kena tegur. Dalam keadaan biasa pun disangka sombong, apatah lagi apabila hati betul-betul tengah panas.
Alah bisa tegal biasa. Saya selalu siap dengan jawapannya. Nak senyum atau ketawa biar kena pada masa dan tempatnya. Senyum dan ketawa tidak pasal-pasal di tengah bandar, kira nasib baiklah kalau tidak diusung ke pusat sakit jiwa.
Sebab itu saya terima apabila melihat muka-muka selamba di depan kita dari mula naik sampai turun bas atau komuter.
Beruntunglah mereka yang naik pengangkutan awam bersama rakan-rakan; boleh juga sekurang-kurangnya berborak.
Jika tiada kawan, apa yang mampu anda lakukan, kecuali anda memang ulat buku.
Saya selalu guna komuter apabila ada urusan di pusat bandar, sebab pandu kereta sendiri mengharungi kesesakan lalu lintas menyakitkan hati dan membanyakkan dosa.
Tiap-tiap dua minit ada sahaja tabiat pemandu yang membuat hati anda menggelegak; jadi tindakan pantulannya, kita melepaskan tekanan perasaan dengan mengeluarkan kata-kata #@*&*#@!; tidak kiralah sama ada didengar atau secara 'read my lips' atau hanya sekadar terbuku di hati.
Masalahnya, dalam komuter pun anda tidak mampu lari daripada bertembung dengan perangai yang buat hati anda mendidih.
Saya boleh faham kalau ramai, untuk mengelak daripada disangka tidak waras, kita tidak mahu senyum sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita.
Tetapi di mana letaknya sikap timbang rasa apabila kita seolah-olah sibuk dengan telefon pintar kita, atau mencucuk fon ke telinga sambil langut atau memejamkan mata, sementara ibu mengandung, orang tua dan OKU terhuyung-hayang bergayut di tiang dan tali di hadapan kita.
Harapnya kita bukan daripada kalangan mereka yang bersikap demikian kerana itu adalah ciri-ciri orang tidak berhati perut.
Apa salahnya kita bangun, senyum (kan senyum itu sedekah!) tawarkan tempat duduk kepada yang memerlukan. Tiada siapa yang akan tuduh kita hipokrit.
Enam tahun lagi kita sudah pun masuk ke zon Wawasan 2020 dan kita akan menjadi rakyat di sebuah negara yang maju lagi lebih berjaya. In sya ALLAH.
Tentunya kita tidak mahu maju dari aspek material sahaja. Kita mahu jadi insan dan masyarakat yang bertimbang rasa dan menyebarkan kasih sayang juga.

0 Komentar untuk " Bukan senyum untuk pancing undi "