Sesekali, akan terdengarlah suara-suara yang tidak semena-mena mempersoalkan peranan PEMANDU, malah menimbulkan keraguan terhadap kewajaran PEMANDU. Mereka ini bercakap hanya ikut sedap mulut. Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, suara-suara berkenaan muncul kembali. Bebelan mereka ini dapat saya himpun dalam tiga kelompok:
1. Apa sebenarnya peranan PEMANDU?
2. Apakah PEMANDU membuat kerja yang serupa dengan penjawat awam?
3. Jika projek yang diwujudkan sudah pun terlaksana, apa perlunya lagi PEMANDU?
Ketika Perdana Menteri mengambil alih pucuk pimpinan negara pada tahun 2009, beliau menggesa semua pihak agar benar-benar menzahirkan kebertanggungjawaban supaya kerajaan dipimpinnya menyempurnakan tugasan digalas.
Ketika membentangkan aspirasi beliau iaitu Program Transformasi Negara (GTP), Perdana Menteri amat spesifik dan teliti dalam memperincikan setiap matlamatnya:
* Mentransformasikan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
* Mengenal pasti justeru menangani beban sosioekonomi untuk membela kepentingan rakyat
* Mewujudkan persekitaran pasaran yang kondusif yang tidak menghalang daya saing sektor swasta
Proses penubuhan PEMANDU bukan calang-calang kerja. Pihak Kabinet terpaksa mengadakan sehingga lima bengkel sebelum hala tuju GTP dapat dipersetujui semua. Sesudah persetujuan dicapai, cabaran yang paling sukar pula harus didepani, iaitu menterjemahkan Model Ekonomi Baru kepada pelan pelaksanaan 'tiga kaki' bagi membolehkan menteri terbabit menerajui pelaksanaan setiap tugasan mereka.
Takkanlah wawasan dan pelan pelaksanaan yang dirangka dengan begitu terperinci dibuat perhiasan semata-mata?
Sandaran utama bagi sesebuah organisasi yang mengharungi perubahan besar dan pantas ialah metodologi yang tepat. Sejak awal PEMANDU diberi mandat, saya memperkenalkan 'Proses Transformasi 8 Langkah' agar kami tidak tersasar daripada matlamat mencapai Wawasan 2020. Kami menggunakan metodologi ini bagi membentuk pemerincian serta pelaksanaan GTP dan ETP - yakni suatu pendekatan unik yang telah digarap PEMANDU untuk dimanfaatkan bagi agenda transformasi.
Pantau perkembangan projek
Tidak perlulah saya huraikan kelapan-lapan langkah itu dalam ruangan ini, cuma saya ingin mengetengahkan beberapa langkah yang saya rasa perlu bagi menunjukkan bagaimana kaedah kami berjaya mencapai transformasi:
A. Makmal. Suatu proses perundingan terancang yang berupaya mencetuskan fikiran dan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta. Menerusi sesi makmal berstruktur yang mengaplikasikan kaedah fasilitasi, setiap pihak terlibat wajib membentangkan pelan pelaksanaan yang terperinci berserta tarikh siap setiap tindakan.
B. KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dan Sasaran. Pelaksanaan digalas oleh pihak Kementerian terbabit. Setiap pelaporan dan bidang ekonomi utama, termasuklah inisiatif dari segi dasar dipegang oleh seorang Menteri dan Ketua Setiausaha khas yang akan menerajui aktiviti dan sasaran ditetapkan.
KPI yang disasarkan adalah tinggi, namun bukan di luar kemampuan kementerian terbabit. PEMANDU memantau perkembangan projek yang dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Pejabat Pengurusan Penyampaian di setiap kementerian berkenaan pada setiap minggu bagi mengatasi sebarang permasalahan.
C. Pengesahan Pencapaian oleh Pakar Luar. Kami tidak teragak-agak menjemput pakar luar untuk melontarkan perspektif mereka bahkan mencabar prestasi kami. Individu yang mewakili institusi awam dan swasta yang paling dihormati dan disegani di seluruh dunia ini bebas menyemak pencapaian kami. Kami turut melantik seorang juruaudit luar untuk menentusahkan perangkaan kuantitatif yang kami peroleh bagi membuktikan keputusan kami telah menjalani semakan pada tahap tertinggi.
D. Laporan Tahunan. Bagi saya, laporan ini adalah dokumen yang mendedahkan segala-galanya. Laporan Tahunan memaparkan perkembangan terkini mengenai prestasi dan rintangan yang dihadapi secara menyeluruh. Semua diperlihatkan dalam dokumen ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja, justeru rakyat dapat menilai sendiri prestasi setiap kementerian yang diamanahkan untuk menyampaikan tugas mereka.
Menembak dalam kekaburan
Oleh sebab kami begitu menitikberatkan KPI, kami turut mewujudkan suatu sesi semakan terhadap pencapaian menteri yang diadakan dua kali setahun. Sesi itu tidak boleh dihadiri oleh penjawat awam lain - hanya Perdana Menteri, Menteri berkenaan serta saya sendiri. Menteri berkenaan terpaksalah mengemukakan jawapan bila soalan diajukan oleh Perdana Menteri mengenai pencapaian dan rintangan yang beliau hadapi. Sejurus selepas sesi itu, Menteri berkenaan akan menerima laporan bagi memaklumkan beliau sama ada prestasinya dianggap berjaya atau masih perlu diperbaiki.
Kami turut mengenal pasti dan menyelesaikan masalah. Sekiranya timbul permasalahan yang tidak dapat diselesaikan pada peringkat kementerian, kami akan mengemukakan isu itu kepada Perdana Menteri bagi memuktamadkan suatu keputusan - menggunakan Metodologi Putrajaya Inquisition - yang diadakan setiap enam bulan.
Bagi memberi sedikit petunjuk kepada pengkritik yang masih menembak dalam kekaburan - izinkanlah saya menjelaskan di sini beberapa hal yang tidak bersangkut-paut langsung dengan peranan PEMANDU:
1. Kami tidak menentukan bajet kementerian. Semua perbelanjaan pengendalian kementerian diuruskan oleh Kementerian Kewangan sementara perbelanjaan pembangunan pula diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi.
2. Kami tidak menduplikasi peranan mana-mana agensi kerajaan. Belum pernah sesiapa dalam kerajaan yang mengadu kepada saya mengenai duplikasi peranan. Perdana Menteri mempengerusikan Lembaga Pemegang Amanah PEMANDU yang dianggotai oleh Ketua Setiausaha Kerajaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan. Timbalan Perdana Menteri pula mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Penyampaian yang membincangkan GTP yang turut dihadiri oleh Jemaah Menteri.
Semua mesyuarat Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dipengerusikan oleh Menteri utama yang menerajui bidang itu bersama-sama Ketua Setiausaha masing-masing, sedangkan PEMANDU berperanan sebagai pihak yang menyediakan sokongan semata-mata. Tiada duplikasi langsung di sini.
Bahkan, jika diambil projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) sebagai contoh, terdapat 42 agensi yang terlibat dalam pelbagai aktiviti bagi menjayakan projek ini. PEMANDU bekerjasama dengan semua agensi terbabit bagi menyelaraskan aktiviti serta memberikan sokongan agar sasaran mereka tercapai. Hal yang demikian ini sewajarnya memperjelaskan batas peranan kami membabitkan kerajaan.
3. Kami bukan pihak yang mengeluarkan perangkaan untuk negara. Bank Negara dan Jabatan Perangkaan adalah pihak mutlak yang mengeluarkan data bagi ekonomi negara serta sektor yang menjana ekonomi. Kedua-dua agensi ini menghasilkan data ekonomi selaras dengan standard dengan perakuan akreditasi antarabangsa.
Tiada masa untuk bersantai
PEMANDU hanyalah pasukan kecil yang dianggotai oleh pegawai eksekutif tidak sampai 100 orang. Mereka ini menjalankan urus tadbir agenda transformasi merentasi 12 sektor, tujuh bidang pelaporan dan enam inisiatif membabitkan dasar. Kami bertugas di samping 23 kementerian dan sekurang-kurangnya 169 syarikat.
Saya sengaja mengekalkan bilangan kakitangan yang rendah bagi menghematkan sumber kami dan memastikan organisasi kami terus fleksibel. Kakitangan kami sanggup menggalas beberapa tugas berbeza demi mencapai sasaran ditetapkan.
Saya memang tegas dengan kakitangan saya dan ada yang lelah dibuatnya. Ada yang terpaksa meninggalkan kami kerana tidak terdaya dengan bebanan tugas, tetapi ada juga yang meninggalkan kami kerana berjaya diumpan oleh organisasi lain yang mencari-cari pekerja yang hebat.
PEMANDU bukanlah sempurna, namun kami tidak gentar mengorak langkah walaupun berdepan dengan ketidaksempurnaan. Oleh hal yang demikian, walaupun kami bertungkus-lumus melaksanakan tugas kami, kami tidak alpa dengan kelemahan kami dan terus memperbaikinya. Alang-alang berminyak, biarlah licin.
Hanya tinggal enam tahun saja lagi. Kami memang tiada masa untuk duduk bersantai. Kami akan terus pecut berlari demi merealisasikan matlamat kami.
Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebarang komen yang bersifat adil dan telus amat dialukan di idrisjala @ pemandu.gov.my)

0 Komentar untuk " PEMANDU tak gentar mengorak langkah realisasi matlamat "