Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dengan segala kebijaksanaan dan ideasnya tidak bermakna ia mampu membawa perubahan seperti diharapkan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan kita apa masalah besar kita di Malaysia. Tetapi masalahnya bukan Khairy. Ia adalah kita, rakyat Malaysia.
Kita terlalu muda terpedaya; terlalu mempercayai; begitu mudah tertipu; terlalu senang menyingkir bukti dan sebaliknya bergantung kepada retorik hangat yang datang sekali-sekala.
Khairy, ahli politik terpelajar berpendidikan daripada Oxford, suara orang muda yang akan menarik Malaysia daripada bucu perkauman dan kemusnahan ekstremis adalah khayalan imaginasi kita.
Sangat bodoh dan tidak bertanggunggjawab langsung untuk percaya seorang ahli politik yang bercita-cita tinggi akan masuk ke dalam ekosistem rasuah dan ekstremis digelar Umno dan akan bukan saja terselamat tetapi mampu menukar segerombolan individu yang mementingkan diri menjadi kumpulan progresif dan jiwa sederhana.
Adakah mungkin ia mustahil walau dalam filem Hollywood? Khairy Jamaluddin bercakap mengenai perubahan dari dalam kepada semua orang tetapi dia gagal. Mengapa perlu seorang ahli politik muda yang tahu dengan bermain cara Umno dan bercakap bahasa Umno dan melaksanakan perintah Umno adalah satu-satunya cara untuk capai kehidupan politik tertinggi di Malaysia, mahu mempertimbang untuk ganggu status quo?
Kenapa? Dia tidak ada alasan berbuat demikian. Kupas semua lapisan – kebijaksanaan, pendidikan, kaitan dengan Tun Abdullah Badawi – dan apa yang kita dapat ialah: ahli politik muda yang mahu jadi perdana menteri Malaysia. Lupakan semua benda mengarut mengenai kesederhanaan, sesekali berbalah dengan Perkasa dan serangan kasar.
Keluarga dan rakan mempertahankannya, dengan berkata dia ahli politik. Dan mereka betul, seolah-olah kita bodoh sangat.
Maka sangat penting untuk Khairy bercakap mengenai keperluan mengekalkan Akta Hasutan, bersetuju dengan partinya. Dia diam mengenai penyalahgunaan Akta Hasutan oleh kerajaan pemerintahan Umno – salah guna yang mencetuskan jeritan untuk memecahkan undang-undang itu.
Patutkah kita mengharapkan mana-mana ahli politik Umno untuk mempertahankan hak Dr Azmi Sharom dan ahli akademik lain untuk bebas bersuara? Sudah tentu tidak. Jadi, kenapa kita menjangka Khairy akan jadi berbeza daripada ahli politik Umno yang lain?
Kerana selama bertahun-tahun, kita membodohkan diri sendiri dengan berfikir lelaki ini dengan “pendidikan Oxford” dan “idea baru” adalah berbeza daripada Datuk Ibrahim atau Datuk Seri Zahid Hamidi atau Datuk Ahmad Maslan.
Lebih cemerlang? Sudah tentu. Berbeza? Sudah tentu tidak.
Tetapi itu bukan masalah Khairy Jamaluddin. Itu masalah kita: kita tertipu dengan diri sendiri apabila berfikir ahli politik yang sebenarnya sedang merancang untuk mendapatkan ganjaran besar itu mampu menjadi ejen perubahan. – 27 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairy-bukan-harapan-rakyat#sthash.RWfBPVXp.dpuf

0 Komentar untuk " Bukan Khairy yang mengecewakan, tetapi kita "