PRODUK pertanian bandar dan kraftangan antara tumpuan pengunjung pada pameran agro pelancongan yang berlangsung dalam Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2014.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri keunikan pameran MAHA 2014 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps).
Pengarah Urusan Laman Kraf Tani Enterprise, Esiah Kaimun berkata, beliau yang menjual kraftangan bunga tekam menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung.
“Saya menjual bunga tekam siap digubah dalam bingkai gambar pelbagai saiz dan penanda buku. Saya bawa 200 unit bunga tekam ke pameran ini, dan sehingga kini, lebih 100 unit berjaya dijual,” katanya ketika ditemui di pameran MAHA 2014, di Serdang.
Esiah yang memulakan perniagaannya pada 9 September 1999 berkata, beliau menggunakan bahan terbuang seperti bunga, daun pisang dan kulit jagung yang sudah dikeringkan untuk menghasilkan gubahan bunga tekam.
“Pada awalnya, saya guna cara lama iaitu mengeringkan bunga gugur di dalam buku, namun warnanya pudar selepas dikeringkan.
“Kemudian, saya minta bantuan jabatan pertanian untuk membimbing saya cara mengeringkan bunga supaya warnanya tidak pudar iaitu dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro dan inkubator. Hasilnya, bunga kering sangat cantik,” katanya.
Sementara itu, produk pertanian bandar iaitu hidroponik dan baja cecair turut mendapat perhatian pengunjung MAHA kali ini memandangkan ia tidak menggunakan tanah.
Menurut Pengarah Eksekutif Kazz Agro Valley Sdn Bhd, Nur Afiqah Ahmad, syarikatnya menggunakan sistem hidroponik jenis domestik tanpa menggunakan pam seperti di kebanyakan negara lain.
“Walaupun tiada kemahiran bertani, sesiapa sahaja boleh menggunakan produk ini. Untuk produk baja cecair, sebanyak 1,000 botol habis terjual dalam tempoh tiga hari pameran dan kami terpaksa mengambil stok baharu,” katanya.
Menurutnya, sempena MAHA 2014, syarikat itu menjalankan promosi istimewa dengan menjual peralatan hidroponik pada harga RM50 dilengkapi dengan satu pakej baja untuk setahun dan dua jenis anak benih.
“Kita juga menyediakan baucar eduponik ‘go green campaign’ sebanyak RM500 untuk pelajar sekolah yang mahu membeli pakej rumah hidroponik. Baja cecair pula dijual RM20 untuk 500 milimeter,” katanya.

0 Komentar untuk " Teruja produk dapat sambutan "