LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menggalakkan peniaga menggunakan Caravan Tani bagi memudahkan urusan perniagaan.
Ketua Pengarah Fama, Datuk Ahmad Ishak berkata, penggunaan Caravan Tani memudahkan peniaga membuka dan menutup perniagaan mereka setiap hari.
“Kalau sekarang peniaga terpaksa buka payung, meja dan macam-macam lagi sebelum berniaga, dengan Caravan Tani semua itu tidak perlu lagi, mereka cuma perlu buka caravan dan berniaga.
“Kaedah ini bagus kerana kita dapat menjimatkan tenaga, masa dan juga memastikan persekitaran pasar berada dalam keadaan bersih,” katanya ketika ditemui di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro pelancongan Malaysia (Maha) 2014 dan Hari Peladang,
Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2014 di Serdang.
Menurut Ahmad, buat masa ini, terdapat 126 buah Caravan Tani digunakan oleh peniaga di bawah Fama dan beliau berharap jumlah itu meningkat.
“Oleh itu, kami di Fama menyasarkan 1,000 buah Caravan Tani di seluruh pasar tani menjelang 2020 memandangkan kami sedang menggalakkan peniaga lama bertukar kepada konsep ini,"katanya.
Berkonsepkan perniagaan trak serbaguna Caravan Tani dijual pada harga bermula RM50,000 hingga RM100,000 melalui Fama dan peniaga berminat akan ditapis mengikut kriteria ditetapkan.
“Kami sedia geran RM5,000 untuk peniaga mengubah suai Caravan Tani mengikut konsep perniagaan. Harga ditentukan mengikut model dan peralatan dalamnya disediakan untuk peniaga,” katanya.

0 Komentar untuk " Caravan Tani jimat masa peniaga "