PUTRAJAYA - Banyak manfaat boleh diperolehi melalui rasionalisasi subsidi yang sedang dilakukan kerajaan.
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Nik Mohd Shariffudin Nik Hassan berkata, dengan hasil penjimatan daripada rasionalisasi subsidi dan kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan dijangka mampu meningkatkan pendapatan boleh guna pembayar cukai melalui pengurangan cukai pendapatan pada masa akan datang.
Menurutnya, kerajaan juga boleh menambah baik dan meningkatkan jaringan keselamatan sosial dengan memperkenalkan insurans kesihatan, memberi pencen kepada pesara sektor swasta, meningkatkan kualiti pendidikan, kesihatan termasuk pengangkutan awam.
“Peruntukan bayaran faedah ke atas pinjaman dan penjimatan juga akan dapat disalurkan kepada projek yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Kesan rasionalisasi subsidi juga akan dapat memberikan fleksibiliti dalam menangani sebarang krisis melalui pelaksanaan rangsangan ekonomi serta memastikan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas,” katanya ketika pembentangan Persidangan Meja Bulat Belia: Rasionalisasi Subsidi Bahan Api, baru-baru ini.
Persidangan itu dianjurkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan.
Nik Mohd Shariffudin berkata, rasionalisasi subsidi dilakukan sebagai proses peralihan secara berperingkat daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar.
Menurutnya, ia juga merupakan pengagihan semula subsidi melalui kaedah yang lebih cekap.
"Ramai mempertikaikan mengapa baru sekarang kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi tetapi tidak memahami keperluan pelaksanaan perkara itu.
"Struktur pemberian subsidi pukal sebelum ini tersasar kerana semua golongan dapat menikmatinya, malah berlaku banyak penyeludupan serta pembaziran.
“Rasionalisasi subsidi dilihat boleh memperbaiki semua kelemahan tersebut antaranya dapat meningkatkan kecekapan dalam perbelanjaan dan meningkatkan ketelusan perolehan termasuk meluaskan asas percukaian,” katanya.
Beliau berkata, keutamaan kerajaan kini adalah meringankan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.
“Banyak bantuan disalurkan kepada golongan terbabit antaranya Baucar Buku 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan dan pendidikan dari segi pembayaran yuran yang rendah," katanya.

0 Komentar untuk " Banyak manfaat rasionalisasi subsidi "