MARHAINI KAMARUDDIN | 17 November 2014 1:41 AM
Presiden Myanmar, U Thein Sein menyerahkan tukul kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai simbolik penyerahan kerusi Pengerusi ASEAN kepada Malaysia di Nay Pyi Taw, Khamis lalu.
"PENAT attend (hadir) ASEAN ni...dari 9 pagi sampai 9 malam, dekat 12 jam (mesyuarat) tak berhenti," kata Datuk Seri Najib Tun Razak kepada wartawan Malaysia, selepas menghadiri upacara penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-25 dan sidang-sidang berkaitan di Nay Pyi Taw, Myanmar, sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Sepanjang dua hari persidangan itu berlangsung sahaja, Perdana Menteri bersama ketua-ketua kerajaan dan negara ASEAN lain perlu menghadiri sembilan sidang kemuncak dan satu mesyuarat perniagaan, di samping acara makan malam - yang juga secara rasmi.
Di luar acara sidang, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang baharu memegang jawatan April lalu; Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe; dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon.
Sungguh pun penat kerana sehari suntuk menghadiri mesyuarat demi mesyuarat, beliau bagaimanapun sempat juga melayan permintaan untuk bergambar kenangan dengan wakil media, para pegawai kedutaan dan kakitangan hotel yang bertugas sepanjang sidang di ‘tanah emas’ ini berlangsung.
Sememangnya sepanjang sidang kemuncak kali ini, Perdana Menteri tidak berkesempatan langsung untuk ‘mengelak’ malah menjadi antara pemimpin pertama memasuki dewan persidangan kerana sebagai bakal Pengerusi ASEAN 2015, beliau banyak kali dijemput oleh tuan rumah untuk memulakan perbincangan.
Dan kemuncaknya adalah apabila beliau menerima gavel atau tukul Pengerusi ASEAN daripada Presiden Myanmar, U Thein Sein sebagai simbolik penyerahan tugas kepada Malaysia selaku kapten baharu yang akan menakhoda pertubuhan rantau itu untuk tempoh setahun bermula 1 Januari depan.
Istimewanya di bawah Kepengerusian Malaysia itu bakal menyaksikan pembentukan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun depan.
Perdana Menteri menekankan bahawa peranan utama Malaysia ketika mempengerusikan ASEAN adalah untuk memastikan pelaksanaan Pelan Hala Tuju bagi Komuniti ASEAN dan pembangunan Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015.
Beliau menegaskan bahawa fokus Malaysia bagi tahun 2015 adalah untuk merealisasikan ASEAN Berpaksikan Rakyat, iaitu membawa pertubuhan rantau itu lebih dekat kepada rakyatnya.
Namun apakah yang dikatakan Komuniti ASEAN? Apa pula manfaatnya bergelar Komuniti ASEAN sebagai penduduk Asia Tenggara dan rakyat Komuniti ASEAN?
Persoalan-persoalan inilah bagi Perdana Menteri yang perlu diperjelaskan dan diberi kesedaran khususnya kepada rakyat Malaysia agar mereka sama-sama dapat meraikan detik bersejarah ketika ASEAN diisytiharkan sebagai satu Komuniti pada 31 Disember 2015. Perlu diakui sehingga kini, dalam usia pertubuhan rantau itu mencecah 47 tahun, masih ramai yang samar-samar tentang ASEAN. Ramai juga yang keliru apakah perbezaan di antara Komuniti ASEAN dan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)?
Hakikatnya, matlamat menzahirkan AEC adalah satu daripada tiga teras atau rangka tindakan di bawah Komuniti ASEAN. Selain rangka tindakan komuniti ekonomi atau AEC, terdapat dua lagi sasaran iaitu di bawah rangka tindakan komuniti politik/keselamatan dan sosiobudaya.
Tumpuan mungkin lebih banyak diberikan kepada AEC kerana ia melibatkan integrasi ekonomi meliputi penghapusan duti import untuk perdagangan rantau ASEAN, pemansuhan had ekuiti dalam pelaburan dan perkhidmatan serta mobiliti tenaga kerja mahir - yang setakat ini menimbulkan kegusaran kepada komuniti perniagaan dan golongan profesional kerana khuatir bakal menggugat kedudukan mereka.
Menyedari kesamaran penduduk Asia Tenggara termasuk di Malaysia terhadap ASEAN, Perdana Menteri yang akan memikul tugas mempengerusikan gagasan itu mulai Januari depan menekankan perlunya pelan komunikasi yang berkesan di samping mengadakan sebanyak mungkin program melibatkan rakyat termasuk golongan usahawan, wanita dan teknokrat.
“Kita berharap dalam konteks Malaysia jadi Pengerusi ASEAN 2015, ia perlu didokong dan mendapat kerjasama rakyat Malaysia kerana jika tidak, sukar untuk menjayakannya semasa kita menjadi tuan rumah.
“Oleh itu sokongan rakyat, media dan semua pihak untuk menjayakan tugas itu perlu dianggap sebagai misi nasional apatah lagi Malaysia mendapat penghormatan sebagai Pengerusi ASEAN dalam tahun yang cukup bersejarah iaitu ketika ASEAN diisytihar sebagai Satu Komuniti,” kata Najib.
Agenda paling utama yang perlu dipastikan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan ASEAN supaya hasrat dan aspirasi Komuniti ASEAN ini menjadi kenyataan.
Dan untuk mencapainya, sebagaimana penduduk Eropah cukup intim dengan EU atau Kesatuan Eropah, ASEAN juga perlu dekat di hati rakyat. Kesedaran tentang ASEAN perlu dihayati oleh segenap lapisan rakyat Asia Tenggara amnya dan Malaysia khususnya.
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2015 yang akan berlangsung di Malaysia iaitu ‘Orang Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita’ - penduduk ASEAN pasca 2015 harus bergerak sepadu dalam satu suara agar kelantangan dan kewibawaannya terus mendapat pengiktirafan dunia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/orang-kita-komuniti-kita-wawasan-kita-1.25555#sthash.iutTiBkK.dpuf

0 Komentar untuk " Orang kita, komuniti kita, wawasan kita "