PENGGUNAAN blog sebagai medium menjana pendapatan dilihat masih lagi relevan dan tidak akan mati walaupun banyak saluran baharu seperti laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter.
Penyelaras Program Pasca Siswazah Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Khairie Ahmad berkata, ini kerana, blog mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk membolehkannya terus bergerak.
“Blog ini ibarat seperti diari dan penulisnya boleh tulis informasi lebih panjang berbanding dengan medium sosial lain yang bersifat lebih ringkas. Mungkin pendapatan blogger akan berkurangan, tetapi ia tidaklah sampai mematikan industri itu sendiri.
“Dengan adanya medium sosial baharu itu, ia sebenarnya menambah lebih ramai segmen khalayak untuk dicapai kerana melalui blog, blogger masih boleh menghubungkan Facebook, Twitter atau Instagramnya pada blog masing-masing,” katanya.
Mohd Khairie berkata, blog yang kebiasaannya mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu topik, berpotensi untuk menarik lebih ramai pengiklan, berbanding medium sosial baharu.
“Penulis blog ada minat yang spesifik contohnya kalau minat sukan, dia akan tulis mengenai sukan, kalau minat politik, cerita mengenai politik pula yang ditulisnya. Kalau laman sosial, ia tiada pengkhususan tertentu.
“Di sini kelebihan kepada blog kerana pengiklan akan berminat untuk mengiklankan produk mereka di dalam medium yang mempunyai sasaran pembelinya. Contohnya, kalau pengiklan jual peralatan sukan, sudah tentu dia akan memilih blog berkaitan sukan, berbanding medium sosial yang lain,” katanya.
Menurutnya, penggunaan blog berkembang di Malaysia sejak penghujung 1990an iaitu antara 1999 hingga 2001.
Katanya, sejarah blog bermula dengan kehadiran laman web sebagai penyebar maklumat, namun ia memerlukan kemahiran teknikal untuk mengendalikannya.
“Ketika itu, usahawan terlibat dengan Internet cari jalan bagaimana memanfaatkan Internet untuk perniagaan masing-masing.
“Pada masa itulah syarikat-syarikat daripada luar negara mula sediakan Internet bukan sekadar cari maklumat, tetapi juga untuk menjana pendapatan. Bagi memudahkan penggunaan laman web, akhirnya blog diperkenalkan,” katanya.

0 Komentar untuk " Blog relevan sebagai punca rezeki "