Kebanjiran warga asing di Cameron Highlands khususnya warga Bangladesh yang didedahkan oleh akhbar ini sudah menjadi isu nasional memandangkan ia turut melibatkan soal penerokaan tanah secara haram sehingga mengakibatkan berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh.
Kerajaan Pusat ternyata tidak berdiam diri apabila melakukan tindakan segera khususnya bagi mengatasi masalah kebanjiran warga asing itu yang disifatkan sudah ‘menawan’ tanah tinggi berkenaan berikutan jumlah mereka yang begitu ramai.
‘Menawan’ bukanlah bermaksud mereka menguasai Cameron Highlands dengan kekerasan melalui tindakan mengangkat senjata atau melumpuhkan anggota keselamatan kita. Kalau ada pihak yang membuat tafsiran songsang sedemikian atau terperangkap dengan kejumudan soal istilah, biarkan sahaja mereka ‘terjun dengan labu-labunya’.
Lagipun kita tidak harus ‘menaikkan darah’ atau ‘tidur tidak lena’ semata-mata mahu berbalah soal istilah. Apa lebih penting sejauh manakah kita menjadikan ‘tragedi’ di Cameron Highlands sebagai pengajaran.
Kita akui masalah kebanjiran warga asing bukan sahaja di tanah tinggi tersebut malah ia juga melanda negeri-negeri lain, begitu juga soal penerokaan tanah secara haram. Tetapi soalnya apakah langkah yang dilakukan bagi menghalang fenomena ini berterusan?
Justeru tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan sebuah suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menangani kebanjiran warga asing adalah langkah yang tepat.
Ini kerana kita tidak boleh membiarkan jumlah mereka bertambah dari semasa ke semasa tanpa kawalan semata-mata kerana berpendapat tenaga warga asing diperlukan bagi menjalankan pekerjaan yang tidak mahu dilakukan rakyat tempatan.
Penulis tidak menafikan hakikat tersebut tetapi penguatkuasaan mestilah tegas dengan memastikan warga asing tidak melakukan pekerjaan yang melanggar permit kemasukan mereka. Pemeriksaan secara berkala perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Jangan mengamalkan sikap tidak mahu menerima hakikat apatah lagi melatah tidak tentu pasal dengan membuat pelbagai tafsiran berhubung pendedahan media. Tanggapan atau tafsiran seumpama itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan merumitkan lagi keadaan.
Isu yang hangat diperdebatkan sekarang adalah soal kebanjiran warga asing dan kemusnahan alam sekitar. Inilah dua masalah pokok yang perlu ditangani segera. Kita sudah bosan apabila masih ada jabatan kerajaan yang masih kekal dengan sikap ‘sudah terantuk baru terngadah’.
Sepatutnya, mereka tidak perlu menunggu campur tangan peringkat kepimpinan tertinggi negara untuk bertindak memandangkan sudah menjadi tugas mereka bagi memastikan kehadiran warga asing dan kemusnahan alam sekitar ditangani sepanjang masa.
Tetapi malangnya sudah menjadi adat dalam kalangan kita, hanya akan kelam kabut dan bertindak apabila sesuatu peristiwa terjadi. Inilah berlaku di Cameron Highlands, selama ini tiada siapapun peduli berapa ramai warga asing di tanah tinggi itu. Kita melihat kehadiran mereka adalah untuk bekerja di ladang-ladang. Kita juga hanya mendiamkan diri apabila melihat satu demi satu bukit bukau dan gunung ganang di kawasan peranginan itu ditarah.
Ia menggambarkan seolah-olah kalau warga asing mahu pekerjaan pergilah ke Cameron Highlands, kalau mahu membuka tanah secara haram jadikanlah tanah tinggi itu sebagai pilihan dan apabila masalah ini didedahkan maka terpancullah tafsiran memualkan ‘media ada agenda’ .
Tak apalah penulis akui pendedahan Utusan Malaysia memang ada agenda iaitu memastikan warga asing tidak terus bermaharajalela dan alam sekitar musnah akibat kerakusan manusia! Kalau ada yang mengaitkan dengan agenda politik...`kambing pun akan tersenyum’.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agenda-dari-cameron-highlands-1.24725#sthash.CsISlDsg.dpuf

0 Komentar untuk " Agenda dari Cameron Highlands "