Beberapa kawasan berbukit yang ditarah sesuka hati oleh peneroka untuk meluaskan kawasan penanaman sayur hingga mengakibatkan berlakunya kerosakan dan tanah runtuh di sekitar Cameron Highlands.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem menganggarkan ada 6.7 juta pekerja asing di negara ini. Daripada jumlah itu 4.6 juta orang adalah pendatang asing tanpa izin (PATI). Yang ada permit menurut beliau, 2.1 juta orang sahaja.
Kebanjiran pekerja asing di negara ini katanya sudah berada pada tahap yang sangat serius. Menyedari betapa serius situasi ini, terbaharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan satu suruhanjaya bebas bagi menangani masalah kebanjiran warga asing di seluruh negara ditubuhkan.
Istilah ‘sangat serius’ ini sebenarnya sudah banyak kali diperkatakan oleh banyak pihak. Tetapi penyelesaiannya masih juga tidak menampakkan jalan. Awal tahun ini sudah ada dua operasi besar-besaran yang dijalankan Kementerian Dalam Negeri. Satunya, pada awal tahun sebelum diteruskan lagi fasa kedua pada 1 September lalu.
Dalam operasi bersepadu itu ramai juga yang ditahan. Bagaimanapun angkanya tidak mencapai puluhan atau ratusan ribu, jauh sekali mencecah satu juta orang. Maknanya ada beberapa juta lagi pendatang tanpa izin masih tinggal, bekerja dan bebas bergerak dalam negara ini. Angka itu mungkin termasuk sekali anggaran 30,000 orang yang bekerja di Cameron Highlands.
Maka di manakah baki kira-kira lima juta lagi pendatang yang masuk ke negara ini secara haram bersembunyi? Cekap benar bersembunyi sehingga pihak berkuasa gagal mengesan dan menangkap mereka. Operasi bersepadu yang menggabungkan seluruh kekuatan beberapa buah agensi penguatkuasaan nampaknya masih tidak berupaya menyelesaikan masalah tersebut.
Majikan yang menggunakan khidmat atau menggaji pekerja tanpa izin mungkin lebih arif. Sebahagian daripada majikan menjadi pelindung kepada para pekerja tidak sah ini. Mereka perlu dilindungi kerana banyak faktor. Yang pasti mereka adalah sumber tenaga buruh murah dan ketiadaan mereka boleh menjejaskan operasi perniagaan masing-masing. Apatah lagi kalau satu-satu industri itu memerlukan tenaga kerja berskala besar seperti dalam sektor pertanian dan perladangan.
Setiap kali pihak berkuasa melancarkan operasi memburu pendatang tanpa izin ini, maka adalah ‘suara-suara sumbang’ yang mengkritik. Bunyi lebih kepada rasa tidak senang dengan tindakan yang diambil pihak berkuasa. Majikan mana yang suka jika tenaga pekerja mereka yang begitu ramai tiba-tiba ‘hilang’ setiap kali operasi. Sudah pasti banyak kerja yang terjejas.
Tidak perlu mencari contoh yang jauh-jauh. Lihat sahaja apa yang berlaku di Cameron Highlands baru-baru ini. Ada segelintir pengusaha kebun sayur mula merungut, mengeluh dan marah-marah. Kalau mereka mengeluh kerana kerugian akibat banjir besar yang merosakkan hasil tanaman ladang dan kebun masing-masing masih boleh diterima. Malah semua orang wajar bersimpati dengan apa yang telah mereka alami. Banjir kilat mengakibatkan kerugian besar dan kemusnahan teruk industri pertanian mereka.
Tetapi yang peliknya ada yang mengeluh kerana kehilangan pekerja yang digaji secara tidak sah. Itu tidak wajar. Mereka menyalahkan operasi besar-besaran bagi membanteras warga asing tanpa izin yang sudah lama membina koloni di situ. Sepatutnya awal-awal lagi mereka sudah tahu perbuatan itu salah. Mereka sepatutnya tidak mengambil risiko menggaji kumpulan pekerja berstatus tidak sah.
Memanglah operasi memburu dan menangkap PATI benar-benar memberi kesan kepada perniagaan mereka. Manakan tidak, jika satu ladang mengupah warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah sebagai pekerja mereka, kesannya sudah tentu besar apabila mereka ditangkap atau melarikan diri bagi mengelak daripada ditangkap. Operasi perniagaan yang menggunakan tenaga buruh yang ramai seperti ladang, kebun pasti menerima kesan buruk. Tidak ada siapa lagi yang tinggal untuk bekerja di situ kecuali pemilik kebun suami isteri sahaja. Tetapi itu adalah pilihan yang mereka sendiri buat.
Untuk seminggu dua ini rasanya tidak ramai warga asing yang berani keluar lagi. Sekarang pun susah melihat kelibat mereka di kawasan kebun, ladang, restoran dan premis-premis perniagaan. Kedai-kedai runcit yang diuruskan oleh mereka juga ditutup terus. Selepas ini mungkin situasi kembali kepada ‘sediakala.’
Yang tidak sedapnya, keluhan dan rungutan sedemikian disertakan sekali kenyataan-kenyataan berbaur ‘lepas geram. ‘ Oleh kerana mereka adalah pengusaha, mereka membayangkan harga produk dari kebun dan ladang akan naik selepas ini. Harga sayur-sayuran, bunga, buah-buahan tanah tinggi mungkin tidak semurah dahulu lagi. Pengeluaran terhad kerana kemusnahan akibat banjir kilat baru-baru ini ditambah dengan masalah ‘kekurangan tenaga kerja.’ Mereka terpaksa membayar kos yang lebih tinggi bagi mendapatkan tenaga pekerja yang sah.
Jika itu keadaannya, amat wajar sekali kerajaan menyediakan satu pelan luar jangka iaitu mengimport produk-produk pertanian seperti sayur-sayuran dari luar negara. Dalam keadaan banyak kebun sayur dan ladang rosak akibat banjir kilat tempoh hari, kerajaan perlu mencari penyelesaian jangka pendek. Lebih-lebih lagi menjelang dua musim perayaan tidak lama lagi.
Bagaimanapun gambaran yang diberikan pengusaha kebun sayur dan produk-produk pertanian dari tanah tinggi berbeza dengan apa yang dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau memberi jaminan bekalan sayur di negara ini tidak terjejas. Menurutnya bekalan mencukupi dan tidak ada alasan bagi pengusaha menaikkan harga.
Jika benarlah operasi besar-besaran memburu pendatang asing tanpa izin di situ tidak menjejaskan sektor tersebut, teruskanlah. Jangan sesekali berhenti selagi tanah tinggi itu tidak dibersihkan. Cameron Higlands perlu bersih daripada ‘segala pencemaran.’ Selain udara, semua orang mahu menikmati pemandangan yang benar-benar bersih di tanah tinggi itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/menanti-cameron-highlands-bersih-1.24728#sthash.UIekmRwq.dpuf

0 Komentar untuk " Menanti Cameron Highlands bersih "