1. Tetapkan sehari dalam sebulan sebagai hari perbincangan kewangan
Gunakanlah masa ini untuk berbincang tentang perkaraperkara yang melibatkan wang ringgit anda berdua. Kemas kini simpan kira anda berdua. Buat bedah siasat terhadap akaun kewangan anda berdua pada bulan lepas. Semak kelemahan dan kebaikan. Inilah masanya untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya ada masalah kewangan. Begitu jugalah jika anda berdua ingin membeli sesuatu benda, fikirkan dahulu kepentingan barangan tersebut kepada anda dan keluarga.
2. Berkongsilah 3 maklumat kewangan anda dengan pasangan
Yang dimaksudkan dengan 3 maklumat kewangan ialah tentang maklumat kad kredit, perbelanjaan dan simpanan. Pastikan anda saling memberitahu tentang keluar masuk wang anda berdua. Apa yang anda beli, berapa yang anda simpan dan berapa kali kah anda gunakan kad kredit untuk membeli? Semua ini penting agar anda berdua boleh saling ingat mengingati antara satu sama lain agar tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya. Lagipun, mencegah lebih baik
daripada mengubati. Mengelakkan daripada membeli lebih baik daripada terpaksa membayar hutang setiap bulan.
3. Tetapkan matlamat kewangan anda
Ajak pasangan menetapkan matlamat kewangan anda berdua. Misalnya, dalam tempoh setahun, berapa jumlah simpanan yang perlu ada dalam akaun anda berdua. Begitu jugalah dengan perancangan untuk menghadapi hari-hari selepas pencen kelak. Menjelang umur 60 tahun, berapa tabungan yang anda berdua inginkan? Dengan perancangan seperti ini, anda berdua akan lebih peka terhadap setiap sen yang dibelanjakan dan tidaklah terlalu mudah mengeluarkan duit untuk perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai kemahuan.
4. Beritahu pasangan tentang apa sahaja kebimbangan anda berkaitan kewangan
Inilah yang sebaiknya. Jika risau, berkongsilah kerisauan itu dengan pasangan anda. Hal ini penting bagi mengelakkan anda menanggung kerisauan seorang diri. Lagipun, inilah yang dikatakan perkongsian hidup. Berkongsi susah dan senang. Kalau anda ada masalah, dia bantu dan kalau dia ada masalah, anda bantu.
5. Berbincang tentang perancangan pembelian masa hadapan
Sekiranya, anda berdua berhasrat untuk membeli sesuatu barangan, berbincanglah dahulu dengan pasangan. Misalnya, anda ingin membeli alat penghawa dingin untuk ruang tamu kediaman pada bulan depan. Tanya diri sendiri dan pendapat pasangan tentang keperluan barangan tersebut kepada keluarga anda. Selain memikirkan keperluannya, fikirkan juga tentang bagaimana anda ingin membayarnya. Dari manakah sumber kewangannya? Adakah anda mampu untuk memilikinya. Adakah perbelanjaan lain yang mungkin meningkat akibat penggunaan barangan tersebut. Jika semua ini anda kaji sebelum mengambil keputusan untuk membeli sesuatu barangan, pasti akaun kewangan anda tidak akan negatif.
Tips Bonus: Kembangkan duit simpanan kita dengan cara yang halal. Sebagai contoh melabur dalam bursa saham. Tetapi mesti ada ilmu yang cukup. Dunia sekarang serba moden dan boleh belajar saham secara percuma. Banyak informasi percuma di forum dan blog. Contoh blog yang mengajar cara-cara melabur di bursa saham: http://www.mainsaham.net/blog/"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hassaidi
0 Komentar untuk " 5 Cara Kukuhkan Kewangan Rumah Tangga "