Tidak salah mengulang tonton filem Dead Poets Society lakonan Robin Williams (berdiri atas meja), berbanding Transformer yang sarat dengan CGI. – GAMBAR HIASAN
Selama dua minggu berturut-turut, saya mengalami kecederaan semasa bermain futsal. Tiada yang serius. Pertama muka terkena bola semasa berebut menanduk bola tinggi. Bengkak bibir.
Kali kedua, jatuh tersembam atas permukaan lapangan futsal selepas kaki kiri tergelincir. Dagu mendarat dahulu, menyebabkan kesakitan rahang sehingga tiga hari baharu hilang. Cubaan meniru gaya Fernando Torres 'berpaling kejar bola laju sambil merembat’ tidak akan diulangi lagi selepas ini di permukaan lantai futsal.
Menganalisis permainan kemudiannya bersama pasukan, kami bersetuju kekerapan kecederaan (rakan lain pun calar-balar) disebabkan penyertaan 50 peratus pemain berusia bawah 25 tahun yang menukar permainan santai menjadi mirip pertandingan, laju dan semua tidak mahu kalah.
Dalam permainan futsal Jumaat lepas, hanya terdapat tiga pemain di bawah usia 25 tahun dan sembilan berusia 30 tahun ke atas dengan semua bersetuju corak permainan adalah memenuhi matlamat asal iaitu 'beriadah sambil bergelak ketawa' dan bukan pertandingan merebut Piala Malaysia.
Semasa sesi perjumpaan dengan tukang urut tradisional Cina, 'Mr. Lim' berulang kali menasihatkan supaya berhenti bermain sukan berat. "Pada umur awak, kena jaga kaki. Terseliuh atau patah, lambat dan susah hendak pulih," katanya. Saya berurut dengan dia susulan insiden kegagalan meniru gaya Fernando Torres. Rahang dah sembuh tapi lutut kiri masih ngilu.
Bukan hendak menyanggah kata-kata Mr. Lim ini sebab daripada pembacaan Internet pun saya faham badan manusia semakin kurang ketahanan mengikut pertambahan usia. Apatah lagi jika terbabit dalam sukan lasak seperti bola sepak, berbasikal, marathon, berenang dan memanjat gunung.
Masalahnya, jika berhenti futsal, ia seperti merampas platform sekali seminggu untuk saya melepaskan lelah, geram dan berpeluh selepas bertapa di pejabat. Lagipun, saya belum mencapai usia 50 untuk serius memikirkan keperluan menggantung but.
Situasi ini, menurut Mr. Lim adalah lumrah lelaki (dan wanita) yang enggan menerima hakikat sebenar usia mereka. Individu yang aktif sejak zaman muda percaya mereka mampu melakukannya sampai bila-bila. Tetapi ini hukum alam. Ahli sukan profesional pun menurunkan tahap permainan mengikut usia, apatah lagi kita yang bukan ahli.
Jadi, bilakah tika dan saatnya anda harus berhenti dan insaf bahawa anda harus akur kepada usia atau dalam erti kata lain, sedar diri sudah tua? Berikut adalah petanda-petandanya:
1 Bila ke karaoke, dulu seronok ajak ramai-ramai sampai penuh bilik. Sekarang ini ajak paling ramai hanya tiga orang. Lebih daripada itu, rasa rimas apatah lagi tahap kesabaran sangat rendah untuk menunggu giliran selepas orang kelapan.
2 Pilihan lagu karaoke anda terhad kepada 1980-an dan pertengahan 1990-an, yang kemungkinan besar tidak pernah didengar oleh Gen.Y hari ini. Lebih sadis, lagu tersebut tiada dalam koleksi pusat karaoke.
3 Sengaja datang ke kenduri kahwin pada saat-saat akhir majlis. Tidak mengapa tidak lihat pengantin, janji bersalam dengan penyambut tetamu depan pintu, serah hadiah atau sampul angpau. Alasan sebenar, lega tidak payah beratur lama mengambil makanan dan senang dapat kerusi di meja makan.
4 Jika dulu harus melalui ujian penilaian untuk menyertai pasukan bola sepak, sekarang anda dijemput rasmi. Pasukan veteran 40 tahun ke atas sentiasa mengalu-alukan 'pemain baru’ dan tidak perlu ujian kaki bangku atau tidak.
5 Gemar tidur petang. Masa muda waktu petang penuh dengan aktiviti, tidur tiada dalam senarai. Bila sudah berusia, waktu antara 2 petang hingga 5 petang semakin kritikal mata sebab kerja makin banyak.
6 Tiba-tiba kereta dipotong dari sebelah kiri. Kalau dulu, mahu dikejar balik pemandu kiasu seumpamanya. Sekarang, biarkan saja. Keupayaan mengawal emosi berada pada tahap kemuncak. Sebenarnya, enggan kejar pemandu kiasu itu sebab sayangkan minyak mahal sekarang ini.
7 Senarai rakan dalam telefon anda semakin ramai 'doktor’, siap dengan notis automatik sehari sebelum jadual perjumpaan mingguan di klinik mereka.
8 Tahap kecederaan tinggi semasa bersukan, termasuk kecederaan sebelum sukan bermula. Seorang rakan baharu hendak keluar rumah terpaksa membatalkan hasrat bermain setelah kakinya terpijak patung permainan anaknya. Patung tak patah tapi dia tersungkur, lebam kaki.
9 Menyukai kopi dan menjadi pakar minuman kopi sehingga menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Inti pati analisis ialah kopi itu memastikan peminumnya tidak terlena semasa sesi ceramah atau tazkirah.
10 Menolak menonton filem Transformer, Iron Man atau Spider-Man. Filem adaptasi komik sudah tiada tarikan. Tetapi tidak kisah menonton berulang kali drama berat Dead Poets Society, The Help, Kramer vs Kramer.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/10-tanda-sudah-tua-1.22465#sthash.ynGJKCag.dpuf

0 Komentar untuk " 10 tanda sudah tua "