Hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik. Setiap orang Islam mesti ada semangat dan cita-cita untuk berubah; berubah dari segala sifat mazmumah kepada mahmudah.
Persoalannya, bagaimanakah jalan yang lurus itu akan kita perolehi kalau kita tidak melakukan perubahan dan pengorbanan? Sudah tentulah banyak perubahan dan pengorbanan yang diperlukan. Oleh sebab itu Islam mengajar kita melakukan Al’amru Bil Ma’ruf Wannahyu’anil Mun’kar.
Antara langkah yang wajib diambil oleh setiap umat Islam adalah hijrah kewangan; meninggalkan riba dan menuju kewangan yang berlandaskan Syariah. Lazimnya, kita sering menitik-beratkan kehalalan rezeki yang kita peroleh daripada pekerjaan yang dilakukan. Tidak kurang pula yang sangat berhati-hati dalam pemakanan seharian bagi memastikan tiada elemen haram yang dijamah oleh ahli keluarga masing-masing. Namun, agak sedikit dalam kalangan mereka ini yang memastikan setiap sen simpanan yang ada tidak bersekongkol dengan riba’ atau istilah yang lebih dominan; faedah.
Bayangkanlah; bersusah payah kita mencari rezeki yang halal untuk seisi keluarga namun kediaman yang didiami bergelumang dengan riba dan saban tahun kita sekeluarga mendiami rumah yang secara teorinya diperoleh bukan melalui kaedah yang dituntut Syariah. Belum lagi diambil kira kenderaan, hasil faedah daripada simpanan konvensional dan sumber-sumber lain. “Sama sahaja” itulah antara respons atau jalan mudah bagi golongan di atas apabila dinasihati. Lebih menyedihkan lagi apabila institusi Islam seperti surau dan masjid masih lagi menyimpan wang kutipan derma di dalam akaun konvensional.
Allah SWT berfirman, “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas: 77)
Hakikatnya, kita perlu merancang kewangan. Justeru, adalah menjadi kewajipan untuk setiap orang Islam untuk merancang kewangan mereka menurut kaedah dan instrumen yang berpaksikan Islam melalui kontrak yang ditawarkan dari semasa ke semasa.
Bagi setiap individu, perkara yang pasti berlaku adalah kematian. Apabila berlakunya kematian, semua aktiviti harian akan terhenti. Tanpa perancangan yang sempurna, akan berlaku kepayahan kepada waris yang telah ditinggalkan dan juga kepada si mati dalam kehidupannya di alam akhirat.
Dalam konteks mengelak kesusahan inilah perancangan yang dibuat menjadi satu bentuk ibadah. Sebenarnya tiada syak untuk menganggap perancangan kewangan sebagai suatu ibadah kerana bukan sahaja kesusahan boleh dielak tetapi al-Falah (kejayaan) juga boleh dicapai melalui perancangan yang baik dan pelaksanaan yang sempurna.
Allah SWT berfirman: “Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu potong biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya” (Surah Yusuf: 47-49).
Ayat di atas dikenali sebagai ayat perancangan yang mengungkap betapa pentingnya untuk merancang sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat awam apabila berhadapan dengan kejadian yang pasti datang di masa hadapan. Oleh itu, pengajaran yang boleh diambil secara dasarnya ialah: seseorang itu mesti berusaha untuk mendapat hasil dan mengumpulkan harta; dan mesti membelanjakan hartanya dengan bijak dan menabung untuk masa hadapan.
Konsep harta sebagai milik mutlak Allah SWT telah banyak ditulis oleh para sarjana Islam. Kita sering menyaksikan bagaimana manusia berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan sehingga menjadi punca segala pertelingkahan sesama manusia. Hal ini berlaku kerana kuasa dan pengaruh yang ada pada harta kekayaan itu. Sesungguhnya, hanya manusia sekular sahaja yang akan sentiasa tertarik kepada kuasa dan pengaruh yang ada pada harta dan kekayaan.
Pengurusan harta yang baik untuk orang Islam tidaklah serumit menguruskan harta untuk sebuah masyarakat Islam. Walau bagaimanapun, seperti dalam banyak hal, pengurusan yang baik memerlukan penguasaan pelbagai cabang ilmu dengan baik. Barangkali dalam konteks inilah sabda Nabi Muhammad SAW bahawasanya “Ilmu adalah roh agama dan tiang iman. Siapa yang mengajarkan ilmu pengetahuan, nescaya Allah menyempurnakan pahalanya: dan barang siapa belajar (mencari ilmu) kemudian mengamalkan, nescaya Allah mengajarkan apa-apa yang belum diketahuinya” dapat difahami dengan lebih jelas.
n Penulis adalah Perunding Kanan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM). Emel: shahizan@ibfim.com
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/hijrah-kewangan-satu-ibadah-1.22835#sthash.QhaVieqb.dpuf

0 Komentar untuk " Hijrah kewangan satu ibadah "