PENDUDUK harus mudah berhubung untuk menjadikan sesebuah perbandaran lebih hidup.
ANTARA peranan warna ialah melahirkan suasana dan membentuk identiti. Kita mungkin sudah lali dengan ungkapan hidup hambar tanpa warna, namun hakikat ini tidak dapat dipertikaikan kerana hitam putih adalah dua keadaan yang sangat bertentangan, tiada pilihan, manakala warna memberikan kepelbagaian dan keseimbangan.
Bukan sekadar itu, warna juga memberikan kesan kepada keadaan seseorang. Ia mewujudkan keceriaan, kelembutan, ketenangan dan ada masanya meningkatkan dan menurunkan suhu seseorang.
Dengan semua kesan diberikan, warna juga berperanan dalam membentuk keperibadian sesebuah bandar, dengan lain perkataan, ia membentuk insan kepada sesebuah bandar.
ANTARA peranan warna ialah melahirkan suasana dan membentuk identiti. Kita mungkin sudah lali dengan ungkapan hidup hambar tanpa warna, namun hakikat ini tidak dapat dipertikaikan kerana hitam putih adalah dua keadaan yang sangat bertentangan, tiada pilihan, manakala warna memberikan kepelbagaian dan keseimbangan.
Bukan sekadar itu, warna juga memberikan kesan kepada keadaan seseorang. Ia mewujudkan keceriaan, kelembutan, ketenangan dan ada masanya meningkatkan dan menurunkan suhu seseorang.
Dengan semua kesan diberikan, warna juga berperanan dalam membentuk keperibadian sesebuah bandar, dengan lain perkataan, ia membentuk insan kepada sesebuah bandar.
Bersandarkan ini, AkzoNobel, mewujudkan Inisiatif Perbandaran Insan dengan melihat, dalam sesebuah bandar itu untuk terus berkembang dan membangun, ia harus terus menarik dan ceria dengan satu daripadanya adalah menjadikannya lebih berwarna.
Bandar tanpa warna suram
Inilah kesan warna kerana ia membentuk peribadi kepada sesebuah bandar dan bandar tanpa warna akan nampak suram serta tidak bertenaga dan ia menjadi perkara nombor satu pada inisiatif diwujudkan.
Inisiatif enam perkara itu, selain memperkatakan mengenai warna, turut mengetengahkan unsur peradaban sebagai ciri insan dalam sesebuah perbandaran dengan penekanan bahawa warisan bandar seharusnya diraikan.
Unsur ini membentuk identiti kepada sesebuah perbandaran dan perlu dipulihara untuk membolehkan apa yang ada pada masa lalu menjadi sebahagian daripada masa hadapan.
Justeru, pembabitannya terhadap unsur ini direalisasikan melalui pemuliharaan Rijksmuseum di Belanda dan pelbagai projek berkaitan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Nilai pada tapak warisan
Ia bagi membuktikan bahawa nilai yang ada pada tapak warisan mampu menarik pelancong, bertindak sebagai sebuah institusi teraju kepada penduduk setempat selain keberadaannya mampu merangsang kepada pembangunan seterusnya.
Antara yang dilakukan di Asia Tenggara termasuklah mewarnakan persekitaran bangunan Stadthuys di Melaka, yang diumumkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Selain itu, ia turut terbabit dalam mewarnakan Muzium Sejarah di Indochina University dan Desa Phuc Xa di Hanoi, Vietnam juga Muzium Fatahillah (muzium Sejarah Jakarta) di Jakarta dan Balai Pemuda, di Surabaya, Indonesia.
Inisiatif ketiga mengungkapkan bahawa untuk menjadikan sesebuah bandar itu lebih hidup dan memenuhi keperluan insan, penduduknya perlu mudah berhubung.
Justeru, infrastruktur pengangkutan yang berkesan sangat penting kerana selain memastikan pergerakan manusia dan barangan sangat cekap, pengangkutan yang cekap membabitkan memperbaiki struktur fizikal pengangkutan, menjadikan ia selamat, lebih mampan, selesa, menarik dan berpatutan.
Inisiatif ini menekankan bahawa pendidikan seharusnya menjadi nadi sesebuah bandar sekali gus memberikan 'warna' dan nilai insan kerana bandar bukan sekadar kepelbagaian struktur dihasilkan daripada pelbagai bahan.
Kejayaan adun inovasi insan, pendidikan
Bandar dapat terus hidup atau menjadi mati bergantung kepada kejayaannya mengadunkan inovasi insan, tetapi inovasi tidak akan wujud tanpa adanya pendidikan.
Untuk itu, sokongan dan pelaburan disediakan bagi pendidikan generasi muda di seluruh dunia bagi membolehkan golongan ini meneroka potensi masing-masing untuk melahirkan inovasi. Keperluan terhadap perbandaran insan juga adalah kerana warganya memerlukan ruang untuk berehat dan bersantai.
Ruang yang disediakan untuk orang awam mengembalikan tenaga dapat meningkatkan daya tarikan sesebuah bandar selain membolehkan sesebuah bandar itu melaksanakan gaya hidup sihat dalam kalangan warganya.
Ruang untuk berkumpul dan berinteraksi melangkaui keperluan serta kehendak insan selain kesan ekonomi. Nasib sesebuah bandar dapat ditentukan dengan sama ada ia menawarkan ruang komuniti ini untuk membolehkan insan yang mendiaminya berinteraksi dengan semua peringkat.
Reka bentuk perbandaran
Apa yang turut ditekankan adalah reka bentuk sesebuah perbandaran mesti melihat kepada perubahan iklim kerana kesan perbandaran dan kekurangan tenaga bergabung dalam satu cara yang agak bahaya di bandar.
Bagi menjadikan sesebuah bandar itu tempat yang selamat untuk bekerja dan tinggal, sumber dunia harus ditangani dengan berkesan.
Untuk itu, strategi Planet Possible dilaksanakan yang mana kerjasama rapat dilakukan antara pelanggan dan pembekal bagi membangunkan penyelesaian yang mapan untuk persekitaran bangunan, termasuk dalam bidang pengurangan volatile organic compound (VOC), ketahanan, kawalan, keselamatan serta kesejahteraan.
0 Komentar untuk " Warna hidupkan denyut nadi bandar "