RTC dibina merancakkan lagi pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar. - Gambar hiasan
Sering kali ketika dalam perjalanan, saya akan berpeluang bertemu dengan pelbagai ahli perniagaan dan ekonomi. Sesetengahnya ialah pakar ekonomi dan penganalisis pelaburan terkemuka dunia, ahli akademik yang terkenal, malah mereka yang cukup berpengaruh dan berwibawa dalam bidang perniagaan.
Sebagai contoh, minggu lalu, sehari suntuk saya berada di Ibu Pejabat Bank Dunia di Washington menghadiri satu demi satu mesyuarat untuk menyampaikan taklimat berkenaan perjalanan transformasi Malaysia.
Saya dijemput menjadi ahli panel bersama-sama Profesor Christian Ketels dari Universiti Harvard dan Profesor Charles Sabel dari Universiti Columbia; mereka telah menjalankan kajian mengenai program transformasi Malaysia bagi pihak Bank Dunia. Saya turut dijemput menyampaikan taklimat yang serupa di Universiti Harvard di Boston dan di pejabat Fitch Rating di New York.
Sering kali ketika dalam perjalanan, saya akan berpeluang bertemu dengan pelbagai ahli perniagaan dan ekonomi. Sesetengahnya ialah pakar ekonomi dan penganalisis pelaburan terkemuka dunia, ahli akademik yang terkenal, malah mereka yang cukup berpengaruh dan berwibawa dalam bidang perniagaan.
Sebagai contoh, minggu lalu, sehari suntuk saya berada di Ibu Pejabat Bank Dunia di Washington menghadiri satu demi satu mesyuarat untuk menyampaikan taklimat berkenaan perjalanan transformasi Malaysia.
Saya dijemput menjadi ahli panel bersama-sama Profesor Christian Ketels dari Universiti Harvard dan Profesor Charles Sabel dari Universiti Columbia; mereka telah menjalankan kajian mengenai program transformasi Malaysia bagi pihak Bank Dunia. Saya turut dijemput menyampaikan taklimat yang serupa di Universiti Harvard di Boston dan di pejabat Fitch Rating di New York.
Sebahagian daripada mereka ini agak tajam dalam bicara mereka. Namun, saya tetap mendengar pandangan dan penilaian mereka - baik dan buruk, dan saya berbesar hati kerana berpeluang mendengar pengalaman mereka ketika menghadapi perubahan pasaran serta cabaran sama seperti kita.
Tahniah kepada Malaysia
Mereka merakamkan tahniah buat Malaysia kerana kita tidak goyah dalam mengendalikan teras ekonomi, malah berupaya mendepani cabaran dari segi struktur demi melaksanakan dasar serta inisiatif yang dirancang.
Akan tetapi, ucapan tahniah itu rupa-rupanya ada syaratnya. Menurut mereka, walau betapa sukar sekalipun perjalanan yang ditempuh, suka atau tidak suka, kerajaan Malaysia tidak boleh gentar, malah kerajaan perlu meneruskan dasarnya dengan penuh tanggungjawab. Hal yang demikian ini bagi memastikan kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah lebih pantas daripada kadar perbelanjaan negara. Dalam erti kata lain, pendapatan diperoleh sewajarnya meningkat lebih cepat atau sekurang-kurangnya secepat perbelanjaan yang dibuat.
Dasar utuh
Dalam kalangan ahli ekonomi, ada pepatah yang bermaksud 'situasi kukuh mencetuskan dasar yang rapuh, situasi yang rapuh mencetuskan dasar yang utuh'. Namun, selepas krisis pada tahun 1997, beberapa negara beriltizam untuk membuat 'dasar yang utuh ketika situasi sedang kukuh'. Malaysia turut mengambil iltizam yang sama. Kami menguruskan belanjawan secara berhemat atau counter-cyclical, yakni kami mengurangkan perbelanjaan dan berusaha untuk mengurangkan defisit walaupun keadaan ekonomi sudah pulih.
Cukup dengan pelbagai iktibar yang boleh kita ambil- negara yang suatu ketikanya begitu gah - tetapi akhirnya kecundang disebabkan kemelut politik, pertikaian membabitkan kepentingan dan perbalahan sesama sendiri. Akibatnya, mereka gagal memantau, memperkasa justeru mengawal selia sebuah ekonomi yang mantap berasaskan pasaran. Lantaran kegagalan mempertahankan daya saing, negara itu terjerut dengan perbelanjaan yang tidak terkawal, simpanan yang semakin susut, malah hasil negara turut merosot.
Sekiranya teras ekonomi negara tidak diperkukuh, ia mudah terjejas akibat risiko dan kejutan dari dalam serta luar negara. Apabila hal ini berlaku, semua rakyat berdepan dengan kesukaran, apatah lagi golongan miskin.
Sudah berulang kali kita menyaksikan perkara sama. Menurut seorang pakar ekonomi, sebelum Perang Dunia Kedua, Argentina adalah salah satu negara terkaya di dunia. Ujar beliau, meskipun dianugerahkan dengan banyak sumber negara, Argentina tidak berupaya berdepan dengan perubahan zaman yang menuntut transformasi terhadap ekonominya.
Seorang pengkritik ekonomi juga menyebut bahawa Venezuela pernah memiliki sebuah syarikat petroleum terulung di dunia. Bagaimanapun, aliran politik negara itu berubah menjadi populis lantas menjejaskan keupayaan dan keutuhan industri pet-
roleumnya.
roleumnya.
Tambah beliau lagi, selepas Perang Dunia Kedua, Burma dianggap sebagai ekonomi yang paling berpotensi di Asia Tenggara berlatarkan sumber kayu jati, industri pertanian serta kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan rakyatnya. Malangnya, pengambilalihan kuasa oleh tentera mengakibatkan keruntuhan ekonominya sehingga jatuh ke tahap paling bawah. Hingga hari ini, Myanmar masih tergolong negara yang tidak membangun.
Bajet 2015 pertahan tunjang ekonomi
Tatkala saya mendengar ucapan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri di Parlimen, saya berasa gembira kerana mandat yang menjadi tunjang ekonomi terus dipertahankan. Terdapat empat aspek Bajet 2015 yang menarik hati saya.
Pertama, Bajet 2015 terus memacu pertumbuhan ekonomi sejajar dengan program transformasi ekonomi. Kedua, ia sebuah bajet berciri inklusif justeru menyediakan pelbagai manfaat bagi segenap segmen dalam kalangan rakyat. Ketiga, ia sebuah bajet yang menitikberatkan tadbir urus fiskal, justeru menjanjikan pengurangan defisit fiskal.
Keempat, ia menitikberatkan keseimbangan antara dua istilah yang disebut oleh Perdana Menteri iaitu capital economy dan people economy. Jelasnya, kerajaan tetap meneruskan langkah rasionalisasi subsidi dan akan melaksanakan GST menjelang April tahun depan, meskipun tindakan itu tidak popular.
Namun, langkah mengurangkan subsidi minyak secara beransur-ansur sehingga mencecah harga pasaran sudah tentu mempunyai keistimewaan tersendiri. Bayangkan betapa jumlah RM22 bilion yang diraih nanti mampu memanfaatkan industri pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan kebajikan negara!
Permohonan peruntukan yang kami lanjutkan berjumlah RM3.7 bilion sebagai perbelanjaan NKRA Pembangunan Luar Bandar di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) berjaya kami peroleh. Wang ini bukannya wang belanja bagi PEMANDU, sebaliknya ia wang yang akan disalurkan kepada kementerian berkaitan bagi melaksanakan projek infrastruktur di daerah-daerah luar bandar. Saya tahu ada pengkritik yang bukan main berani mereka-reka cerita kononnya wang ini diperuntukkan khusus buat PEMANDU. Ini suatu pembohongan semata-mata.
Selaku orang Sarawak, tentunya saya peka terhadap cabaran yang dihadapi dalam usaha membangunkan Sabah dan Sarawak. Peruntukan sebanyak RM3.7 bilion untuk NKRA pembangunan luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertujuan membangunkan projek infrastruktur - sebahagian besarnya di Sabah dan Sarawak - untuk jalan kampung, bekalan elektrik, air bersih dan perumahan kos rendah.
Rakyat Borneo boleh tersenyum
Rakyat Borneo sudah boleh tersenyum kerana tidak lama lagi, mereka dapat menikmati jalan kampung yang akan dibina menjangkau 635 km, bekalan elektrik untuk 15,000 rumah, air bersih untuk 15,000 rumah dan bangunan serta pemulihan semula bagi 9,500 rumah yang sudah usang.
Pembangunan kawasan luar bandar bagi seluruh negara mencakupi pembangunan ekonomi untuk masyarakat Orang Asli, menambah baik prasarana infrastruktur dan perumahan serta membina lebih banyak jalan raya bagi meningkatkan akses penduduk luar bandar ke pusat-pusat ekonomi utama.
Tidak kurang juga pihak yang membikin kecoh susulan peruntukan BR1M; penentang skim ini memperlekehkannya atas alasan ia tidak membantu mengatasi masalah kemiskinan.
Hakikatnya, BR1M bukan suatu mekanisme bagi mengatasi masalah golongan miskin. Matlamat pemberian BR1M adalah semata-mata untuk meringankan bebanan apabila ekonomi sedang menjalani transformasi yang sudah pastinya diiringi dengan pelbagai cabaran. Kepesatan pertumbuhan sesebuah ekonomi sekali gus membawa kepada kepesatan perubahan dalam ekonomi itu; sudah tentulah golongan yang terpaksa melakukan pengubahsuaian akan lebih terkesan.
Berlatarkan sebuah bajet yang tidak alpa terhadap golongan miskin, dan berlandaskan kegigihan kerajaan meneruskan matlamat transformasi, saya amat berharap hanya selepas satu generasi, kita sudah mampu mengatasi permasalahan ekonomi, menggalakkan pertumbuhan serta menyediakan bekal yang cukup agar generasi seterusnya yakin dengan masa hadapan negara.
Jika ditanya 'pelaburan' paling dekat di hati saya, jawapannya pastipembangunan luar bandar. Saya bangga dengan keberanian kerajaan mengambil ketetapan serta kebertanggungjawaban fiskal meskipun jalannya penuh onak dan duri.
Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebarang komen yang bersifat adil dan telus amat dialukan di idrisjala@ pemandu.gov.my
0 Komentar untuk " Malaysia mendepani cabaran, teruskan transformasi ekonomi "