BELANJAWAN negara yang dibentangkan hari ini sewajarnya memberi perhatian untuk memperbaiki peluang pelajar miskin dan di luar bandar terutama ke institusi pengajian tinggi.
Ini penting kerana beberapa dasar yang memberi kesan negatif dan prohibitif boleh menjejaskan mobiliti sosial pelajar, seterusnya mempunyai implikasi terhadap pasaran pekerjaan, pemilikan dan agihan harta serta memperluaskan jurang pendapatan.
Ini bukan perkara baru, malah sejak sekian lama gesaan dibuat banyak pihak yang mahu dasar liberalisasi pendidikan tinggi dan sistem meritokrasi dikaji semula bagi membela golongan yang terkesan, khususnya pelajar Bumiputera luar bandar yang miskin.
Ketika Dasar Ekonomi Baru dilancarkan, universiti awam hanya ada satu. Tapi pada 2007, sudah ada 20 buah. Kuota kemasukan mengikut kaum dulunya ialah 66 peratus Bumiputera dan 34 bukan Bumiputera, berubah menjadi menjadi 55:45 sejak 1980.
Tapi apabila kerajaan meliberalisasikan pendidikan tinggi dan banyak IPT swasta dibuka, ini menjejaskan komposisi kaum di institusi pengajian tinggi.
Statistik menunjukkan lebih ramai pelajar yang masuk IPT swasta berbanding IPT awam. Pada 2007, misalnya bilangan pelajar yang masuk IPT swasta ialah 180,077 berbanding 128,839 yang masuk universiti awam. Bilangan pelajar di IPT swasta tahun itu ialah 391,553 berbanding 382,997 di universiti awam.
Kebanyakan IPT swasta dibina dan ditaja oleh syarikat dan individu Cina yang kaya. Pada 1996, terdapat 354 IPT swasta di negara ini, dan meningkat kepada 525 buah pada 2007. Majoriti pelajar masuk IPT swasta ialah mereka yang berkemampuan dan tinggal di bandar.
Di kebanyakan IPT swasta, sehingga 90-95 peratus pelajar adalah Cina dan India. Bilangan pelajar Cina dan India di IPT swasta dianggarkan empat kali ganda lebih tinggi berbanding Melayu.
Walaupun PTPTN membantu, bilangan pelajar Melayu tidak ramai di IPT swasta kerana kos pendidikan dan pembiayaan yang jauh tinggi berbanding di IPT awam.
Jika diambil kira bilangan pelajar di luar negara, ketidakseimbangan ini lebih ketara. Data 2004 misalnya menunjukkan bilangan pelajar Melayu yang ditaja ke luar negara ialah 5,000 manakala pelajar bukan Melayu di luar negara berjumlah 112,000.
Ini bermakna dalam sektor pendidikan tinggi, orang Cina adalah over represented manakala orang Melayu adalah under represented. Hal ini mesti diperbetul kerana impak ke atas pasaran pekerjaan, jurang perbezaan pendapatan dan pemilikan kekayaan antara kaum di negara ini.
Penggantian sistem kuota dengan meritokrasi sejak 2003 juga menjejaskan peluang dan kedudukan orang Melayu. Tahun 2003 menyaksikan peningkatan pengambilan pelajar Cina ke universiti meningkat 27 peratus dan Melayu meningkat cuma 3 peratus.
Pada 2004, kemasukan pelajar India ke universiti naik 46 peratus dan pelajar Cina 36 peratus berbanding Melayu cuma 10 peratus.
Antara 2002 dan 2010, kemasukan pelajar bukan Melayu ke universiti meningkat 61 peratus dan Melayu hanya 27 peratus. Jelas pelaksanaan sistem meritokrasi lebih banyak memberi manfaat kepada pelajar bukan Melayu. Contohnya, pada 2010, daripada 2,499 calon India yang memohon, seramai 2,304 atau 92.2 peratus diterima masuk.
Kajian Institut Kajian Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia menunjukkan 120,000 calon Melayu yang layak atau 65 peratus gagal permohonan mereka.
Selain itu, bilangan pelajar Melayu dalam bidang kritikal juga merosot. Misalnya dalam kursus farmasi dan undang-undang, bilangan pelajar Melayu yang diterima masing-masing merosot 33 peratus dan 19 peratus.
Walaupun meritokrasi bertujuan memberi peluang sama rata dan memperbaiki mobiliti sosial kaum di Malaysia, nampaknya ia memberi kelebihan kepada pelajar daripada kaum yang lebih berkemampuan dan di bandar.
Bagi pelajar Melayu, keadaan bertambah runcing kerana peratusan bilangan pelajar yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam merosot dari 92 peratus (2007) kepada 50 peratus (2009). Mara yang pernah menaja 21,000 pelajar Melayu ke luar negara pada 2004 telah mengurangkan bilangan pelajar ditaja kepada 2,000 sahaja pada 2005.
Di Malaysia hari ini, 24 peratus rakyatnya berpendidikan tinggi, tapi ini masih rendah berbanding Thailand (41 peratus), Singapura (48 peratus) dan Korea (89 peratus). Daripada 24 peratus ini, hanya 10 peratus yang ada ijazah pertama.
Maknanya, hanya seorang daripada 10 rakyat negara ini yang memiliki ijazah.
Buat masa ini, kos di universiti awam masih rendah kerana kerajaan memberi subsidi 90 peratus, justeru menanggung RM8.5 bilion setiap tahun.
Jika subsidi pendidikan dirasionalisasi pada masa depan, kemungkinan besar ramai pelajar Melayu yang tidak dapat sambung belajar ke universiti awam, apatah lagi ke IPT swasta.
Dalam keadaan 60 peratus rakyat Malaysia tidak memiliki aset kewangan dan 40 peratus isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, masalah ini mesti diberi perhatian segera.

0 Komentar untuk " Perbaiki peluang pendidikan Melayu "