KALAULAH Haji Abdullah Hukum masih hidup, dia pun mungkin seperti saya - terpinga-pinga - ketika berjalan-jalan di Pavillion petang Isnin lalu.
Masakan tidak, nama-nama pada papan tanda sahaja sudah bukan seperti di Malaysia. Massimo Dutti, Zakka, Aveda, Diptyque, L’Occitane, Maison Francis Kurkidijian dan bermacam-macam nama lagi yang boleh bikin tergeliat lidah kita untuk menyebutnya.
Itulah nama-nama asing dari negeri atas angin yang sudah jadi identiti global. Bagi mereka yang biasa berulang alik ke Paris, Milan, London dan New York, itu bukan setakat biasa tetapi sudah jadi ‘dunia’ mereka. Hidup mereka bergelumang dengan Donna Karan sedangkan kita, hanya setakat Minah Karan.
Isnin 5 Okt, itu kunjungan kali pertama saya yang sudah 20 tahun jadi warga kota ini ke Pavillion. Saya baru pertama kali sedangkan orang kampung saya dari Ulu Mahang, Kedah pun sudah ada yang datang ke Pavillion untuk beli baju raya.
Mengapa saya terpinga-pinga?
Ya, fikiran saya bercampur baur, antara bangga, cemas dan keliru. Bangga kerana seperti orang lain, saya juga melihat itu sebagai petanda kemajuan, bahawa kita sudah ada premis perniagaan bertaraf dunia walaupun bukan lima enam bintang seperti Harrods.
Cemas, kerana saya terfikir di manakah bangsa saya di kompleks yang semegah ini? Jangankan pemiliknya, yang membeli pun rata-rata bukan berkulit seperti saya.
Malah ketika saya masuk ke beberapa kedai, jurujualnya buat endah tak endah sahaja melihat saya. Ya, mungkin mereka nampak di dahi saya ada tertera label “tengok-tengok saja, tidak mampu beli”.
Semua ini membuatkan saya langsung teringat kepada langkah kerajaan merasionalisasikan subsidi minyak yang dalam kata lain, menaikkan lagi harga runcit minyak petrol sebanyak 20 sen baru-baru ini.
Saya bimbang jika ini akan melebarkan lagi jurang antara yang kaya dengan yang miskin melalui kenaikan harga barang yang sering dikaitkan dengan faktor kenaikan harga minyak.
Lebih parah jika ini turut merangsang penguncupan nilai manusiawi, rasa hormat-menghormati sesama kita sekali gus melebarkan lagi jurang sosial dalam masyarakat kita, seperti apa yang saya dan keluarga lalui di Pavillion petang itu.
Itu yang buat saya jadi keliru!
Ketika berjalan melintasi La Bodega, La Boca dan beberapa pub dan bar di sekitarnya, ramai yang duduk minum arak secara terbuka pada siang hari.
Ya, saya kolot mungkin. Mereka itu pelancong ataupun ekspatriat asing. Benar. Tetapi itu berlaku di depan mata anak-anak saya. Bagaimana kita mahu menjamin bahawa budaya yang semacam itu tidak akan berjangkit kepada orang kita yang sedang ghairah hendak jadi maju ini?
Mulanya melihat, dan dianggap biasa. Tanggapan itu akan tertanam dalam minda, kemudian datang naluri mahu mencuba, pun juga akan dianggap biasa.
Lama-kelamaan, budaya mereka akan jadi budaya kita!
Pavillion, Starhill dan sekitarnya adalah tempat di mana kita tak akan temui lagi nilai-nilai Melayu tradisi yang tinggi budi bahasanya.
Apa yang ada hanya gelagat untuk membesarkan lagi kerak hipokrasi dalam menyokong cita-cita pemimpin untuk jadi negara maju.
Maaf, saya mahu bertanya, jika ini dikatakan kemajuan, kita sedang menuju kemajuan yang mengikut acuan siapa? Budaya siapa?
Apakah ini kemuncak hidup kita sebagai orang Islam sedangkan mereka yang sedang dicontohi di Barat itu pun sedang melalui kemuncak yang penuh cacamerba dalam meladeni kemajuan mengikut versi mereka?
Saya kira lebih selamat untuk kita berpada-pada. Wasatiyyah!
Nota:
Haji Abdullah Hukum Abdul Rahim (1835-1943) adalah ketua peneroka di kawasan Pudu dan Bukit Bintang sekarang. Dia pernah berkebun di Bukit Nanas sebelum berpindah untuk meneroka kawasan Sungai Puteh (Jalan Bangsar). Ketika pulang sekejap ke tempat asalnya di Kerinchi, Sumatera, dia pernah merungut akan keadaan Kuala Lumpur apabila melihat masyarakat perniagaan di sana masih dikuasai orang Melayu: “Bukan sahaja penjual dan pembelinya Melayu, bahkan juga warna dan baunya juga semua Melayu.”
Itu 200 tahun dahulu. Sekarang bau Melayu semakin hari semakin hilang bukan sahaja di Kuala Lumpur, malahan bandar-bandar besar lain. Fikir-fikirkan.

0 Komentar untuk " Sepetang di Pavillion "