MALAYSIA menduduki tempat ke 53 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013, satu tempat kurang daripada tahun sebelumnya. Ia merupakan satu peningkatan, jika dibandingkan dengan tempat ke-60 yang kita
berada dalam kalangan 176 negara pada 2011.
Kedudukan ini dan apa yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini tidak memberi ruang untuk kita merasa selesa, apa lagi untuk merasa bangga. Banyak lagi yang perlu kita semua lakukan, daripada pihak kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semua pihak berkaitan, termasuk menteri, wakil-wakil rakyat, orang politik dan badan-badan bukan kerajaan, untuk memerangi rasuah
yang jika tidak dihalang, akan menjadi barah yang membunuh kestabilan ekonomi negara.
Kalau rasuah bukan isu berat dalam negara kita, masakan ia menjadi bahan perbalahan dalam kalangan ahli politik yang cenderung kepada kerajaan dan pembangkang, menjadi perdebatan dalam blog-blog dan laman sosial. Berita mengenai rasuah, yang fakta atau pun yang auta, tersebar luas setiap hari dalam laman sosial dan sudah tidak dapat disekat lagi.
Kalau rasuah tidak mencapai paras yang membimbangkan, masakan ia sentiasa ditimbulkan dalam ucapan dan forum dari semasa ke semasa. Bahaya dan kesan buruk rasuah menjadi kebimbangan pelbagai pihak, daripada pemimpin yang bertanggungjawab, pegawai dan kakitangan kerajaan hingga kepada rakyat.
Bahkan raja-raja juga turut memberi perhatian berat terhadap gejala rasuah yang membahayakan ini. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dalam titah ucapan sempena ulang tahun penubuhan SPRM ke-47 awal bulan ini, umpamanya, membuat kritikan mengenai pelbagai kelemahan dan masalah berkaitan amalan rasuah.
Baginda tidak teragak-agak menyentuh sikap tamak kumpulan atasan yang ingin kehidupan mewah, sanggup memperjudikan jawatan penting untuk rasuah. Bagi baginda, agihan tidak seimbang dan jurang pendapatan besar juga akan mewujudkan persekitaran yang boleh menyuburkan budaya rasuah skala kecil.
Setiap kali usaha ke arah mencegah rasuah dibincangkan, satu perkara penting yang dibangkitkan ialah mestilah ada keazaman politik bagi memerangi gejala buruk ini. Tidak boleh dinafikan kejayaan atau kegagalan dalam usaha memerangi gejala rasuah ini bergantung kepada kuat atau tidaknya keazaman politik di sesebuah negara.
Ada pihak, dalam kajian mengenai langkah-langkah pencegahan rasuah di beberapa negara Asia berpendapat, mengekang kegiatan rasuah di Asia bukan sesuatu mimpi kosong, sekiranya terdapat keazaman politik yang diuruskan dengan baik.
Secara ringkas, keazaman politik adalah iltizam daripada pihak kerajaan dan semua pihak yang berkaitan untuk mengambil apa sahaja tindakan wajar untuk mencapai matlamat yang disarankan. Bagi memerangi rasuah, kita rakyat serta mereka yang mewakili kerajaan juga perlu menerima hakikat dan sama-sama isytihar bahawa kita semua tidak mahu bumi yang kita pijak ini binasa akibat rasuah.
Kita tidak boleh membiarkan diri kita menjadi punca kepada kebinasaan itu. Kita selalu dengar pengumuman dan gerakan bagi memerangi gejala rasuah, tetapi laungan sahaja tidak memadai, selagi tindakan yang sepatutnya tidak diambil secara berkesan, ia hanyalah seperti menjirus air ke daun keladi.
Kata orang kampung, jangan cakap tidak serupa bikin! Sementara kita terus laung supaya lebih banyak ikan paus ditangkap, kita sendiri mesti elak daripada menjadi pemberi atau penerima. Rasuah berlaku disebabkan tamak dan tiada amanah.
Mendakwa bahawa rasuah oleh orang biasa itu perkara kecil dan hanya pemimpin yang patut menunjuk contoh yang baik adalah sesuatu yang tidak tepat. Kita perlu ingat, kalau kita sanggup lakukan rasuah yang kecil, jika berpeluang kita juga bersedia melakukan rasuah pada kadar yang yang lebih besar.
Maka menjadi tanggungjawab setiap daripada kita berusaha bagi memperbaiki penghormatan dan kepercayaan orang lain kepada negara kita, sebelum terlambat. Janganlah terus timbul keadaan pemimpin tidak prihatin dengan masalah dan luahan rakyat dan rakyat pula sentiasa menyalahkan pemimpin dalam menangani gejala rasuah di negara ini.
Kejayaan negara yang kita cintai ini dari pelbagai aspek bergantung kepada usaha gigih setiap daripada kita, tidak kira dalam kategori mana pun kita berada.

0 Komentar untuk " Perangi rasuah sebelum terlambat "