KITA tentunya berasa sedih dengan pelbagai insiden keganasan yang dikaitkan dengan Islam dewasa kini. Perbuatan membunuh dan memenggal kepala oleh kelompok yang menamakan diri mereka sebagai pejuang negara Islam di Syria dan Iraq ketika ini sememangnya amat menjengkelkan.
Apatah lagi perbuatan tidak bertamadun ini dilakukan atas nama dan label Islam yang kononnya berpandukan syariat yang benar. Tidak cukup dengan itu mereka ini berterusan melakukan keganasan dan mencetuskan kemudaratan kepada mereka yang tidak berdosa demi satu matlamat untuk mewujudkan daulah Islamiah atas negara Islam.
Persoalannya apakah benar Islam membenarkan perbuatan berbentuk keganasan dan kemudaratan demi mencapai matlamat yang murni?
Apa yang pasti Islam tidak pernah menghalalkan cara walau sekudus mana pun objektif dan matlamat yang ingin direalisasikan. Islam juga merupakan agama yang sentiasa menganjurkan kesejahteraan dan keselamatan, jauh daripada perbuatan-perbuatan yang boleh mencetuskan sebarang bentuk keganasan mahupun kemudaratan.
Dalam konteks ini, Nabi SAW jelas mengisyaratkan keperluan menghindari sebarang bentuk kemudaratan sebagaimana disebut: Tidak boleh melakukan ‘dhoror’ dan ‘dhiror’. (Hadis Hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan ad-Daarugutni).
Ulama berselisih pendapat mengenai makna ‘dhoror’ dan ‘dhiror’ yang secara umum membawa maksud kemudaratan. Pendapat paling masyhur dan terkuat mengatakan bahawa makna kedua-duanya adalah berbeza. Makna ‘dhoror’ ialah menyakiti atau menimbulkan kemudaratan kepada orang yang tidak pernah menyakitinya. Manakala makna ‘dhiror’ pula ialah menyakiti atau melakukan kemudaratan kepada orang yang menyakitinya secara tidak benar.
Hadis ini begitu jelas menggambarkan prinsip Islam yang secara tegas menolak sebarang bentuk perlakuan songsang yang boleh menimbulkan kemudaratan. ALLAH menegaskan secara jelas dalam al-Quran: Dan tidaklah kami utuskan kamu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai pemberi rahmat kepada seluruh umat manusia (Al-Ambiya: 107)
Menurut Imam As-Suyuti dalam bukunya Al-Asybah Wan Nazooir daripada Mazhab Syafie, prinsip menolak kemudaratan sebagaimana terungkap dalam hadis di atas telah membentuk kaedah utama fekah iaitu ‘Ad-Dhororu Yuzalu’ bermaksud kemudaratan mesti dilenyapkan.
Bahkan jika berlakunya pertembungan antara kebaikan dan kemudaratan, kaedah fekah jelas menukilkan ‘dar’u mafasid muqaddam ‘ala jalbi al-masalih’ iaitu menolak kemudaratan mestilah didahulukan daripada mengambil kebaikan.
Malah, dalam kaedah fekah lain menyebutkan bahawa satu kemudaratan tidak boleh dilenyapkan dengan kemudaratan yang lain. Sebab itulah tidak ada sandaran syarak untuk seseorang melakukan tindak balas keganasan dengan menjustifikasikannya atas alasan membalas provokasi yang dilakukan oleh pihak yang lain. Tidak kiralah sama ada keganasan itu dimulakan oleh musuh-musuh Islam yang lebih ganas dan tidak berperi-kemanusiaan.
Sehubungan ini jugalah ada keperluannya pihak berkuasa mengambil pendekatan lebih tegas menghalang sesiapa sahaja yang berhasrat untuk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti boleh mencetuskan kemudaratan lebih besar.
Sememangnya keterlibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti yang dianggap mereka sebagai ‘jihad’ di luar negara ketika ini perlu segera dibendung. Kesalahfahaman mengenai konsep jihad hingga membawa kepada perlakuan yang salah juga perlu segera dijernihkan.
Umat Islam perlu diberikan kefahaman yang jelas mengenai konsep jihad dan benar-benar menghayati fekah keutamaan. Fekah keutamaan atau fiqh awlawiyyat adalah salah satu disiplin ilmu penting bagi setiap umat Islam agar difahami yang mana perlu diutamakan dan dikemudiankan.
Dalam konteks jihad mahupun perjuangan memartabatkan Islam, masih banyak keutamaan lain yang lebih besar perlu dilangsaikan di dalam negara, terutamanya dalam membangunkan modal insan dengan pendidikan yang tuntas mengenai Islam sejati.
Kesimpulannya, Islam sebagai agama yang menganjurkan keamanan dan kesejahteraan tidak sesekali menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu matlamat. Sekudus mana pun matlamat yang digariskan atau setulus mana pun perjuangan yang disasarkan, semuanya tidak bernilai mengikut pandangan Islam kiranya pendekatan yang diambil hanya menjurus kepada tercetusnya kemudaratan yang lebih besar.
* Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Matlamat tidak halalkan cara "