SEBAIK sahaja kita tercelik kerana bunyi jam tepat pukul 5 pagi, kita terus bangun. Kita bangkit kerana telah membuat keputusan untuk bangun pada waktu itu ketika menghidupkan nada dering jam di fonsel pada malam tadi. Bagaimana pun, kita boleh sahaja menarik semula selimut. Apabila kita berbuat begitu, itu tandanya kita telah menukar keputusan untuk bangun tidur kepada menyambung dengkur.
Membuat keputusan. Ia adalah apa yang kita sentiasa lakukan sedari bangun tidur sehinggalah berbaring kembali. Apa yang kita lakukan ketika sedar dianggap sebagai keputusan sah, walhal ketika bermimpi pun kita buat pelbagai keputusan secara bawah sedar.
Setiap keputusan kita ambil itu adalah pilihan yang dianggap terbaik. Yang pasti, kita telah memikirkan beberapa jawapan kepada persoalan kita hadapi sebelum memilih apa yang dianggap sebagai sebuah keputusan paling tepat, sesuai dengan hasrat kita ingini.
Tetapi, dalam degup kehidupan yang semakin pantas dan kompleks, kita dituntut membuat pelbagai keputusan dengan lekas. Lihat sahaja keadaan kita pada hari ini. Jika dahulu, kita boleh menunggu untuk sesuatu itu selesai sebelum membuat sesebuah keputusan, kini ia tidak lagi begitu. Pada banyak ketika dan suasana, setelah kita membuat sesebuah keputusan, tindakan kita pula adalah berlandaskan suatu keputusan baharu yang telah kita tentukan, barangkali sesaat sebelum kita bertindak.
Kita ambil contoh mudah. Apabila kita membuka televisyen dengan niat untuk menonton hiburan muzik, kita boleh sahaja mengubah keputusan apabila siaran perlawanan bola sepak tertayang di skrin. Hanya beberapa saat kita menonton dan perasaan bosan menjelma, kita guna alat kawalan jauh untuk memilih dokumentari di rangkaian berikutnya, kemudian drama, kartun atau berita di saluran-saluran lain tanpa membuka pun siaran muzik seperti niat tujuan asal kita ingin berhibur dengan membuka televisyen.
Pendek kata, dalam situasi pada hari ini, kita boleh sahaja memikirkan masalah, kemudian mencari jalan penyelesaian yang terbaik sebagai keputusan. Tetapi apabila bertindak, kita boleh sahaja melakukan sesuatu yang berlainan dengan apa telah kita putuskan. Inilah realiti perlu kita hadapi dan tangani. Kita tidak boleh lembab membuat keputusan dan bertindak ke atasnya.
Bagaimanapun, jika ia adalah sebuah keputusan mudah seperti memilih rancangan televisyen ataupun apa yang hendak dimakan sebagai sarapan, ia tiada masalah. Tambahan pula ia bersifat peribadi dan hanya memberi kesan kepada kita sendiri sebagai pembuat keputusan itu. Tetapi, apa kata seandainya keputusan dan tindakan itu memberi kesan kepada orang lain, lebih-lebih lagi ia melibatkan kepentingan ramai kerana kita adalah seorang pemimpin?
Di sinilah cabarannya. Sebagai seorang pemimpin, tuntutan pada hari ini berkehendakkan pemimpin itu telus dalam memberitahu kepada para pengikut yang terlibat apakah telah diputuskan dan apakah tindakan sedang dilakukan. Dan, ia mestilah dilakukan secepat yang boleh. Jika lewat menghebahkan apakah tindakan yang bakal diambil, ia akan memberi persepsi bahawa pemimpin itu lembab dalam bertindak.
Kehidupan pada hari ini juga penuh dengan trial and error. Tidak boleh hanya bereksperimen di makmal fikir tetapi terus ke medan amal langsung belajar daripada kesilapan dalam tindakan. Kerana itu, ia memerlukan seseorang pemimpin itu bertindak dan berani melakukan kesilapan serta segera memperbetul kesalahan asalkan apa jua tindakan dilakukan itu mengikut jalur keputusan yang dimatlamatkan. Barangkali, sesebuah tindakan itu boleh sahaja berubah pendekatannya. Ia sama sekali tidak menjadikan pemimpin itu bertindak secara berbolak-balik atau flip-flop asalkan hala tujunya sentiasa tepat kompasnya.
Justeru, keadaan pada hari ini tidak membolehkan pemimpin berfikir terlalu lama untuk menimbangkan keputusan terbaik. Ada pemimpin yang mengumpul sebanyak mungkin maklumat kerana bimbang tersilap membuat keputusan. Seolah-olah dia bertapa dalam pengasingan, membiarkan jawapan kepada segala persoalan bersarang di mindanya sehinggakan pengikut yang tertunggu-tunggu dengan keputusannya itu bingung hingga menimbulkan persepsi bahawa pemimpin mereka itu tidak peduli dengan masalah mereka hadapi. Sikap terlalu berhati-hati pemimpin itu bagai orang yang menghidapi penyakit psikologi obsessive compulsive personality disorder (OCPD) kerana terlalu bermain dengan sistem, peraturan, perincian dan ketersusunan tindakan.
Kemudian apabila bertindak di atas keputusan itu, dia tidak mempedulikan pula maklumbalas pengikut yang terkesan dengan tindakan yang pemimpin itu ambil. Dia seolah-olah begitu yakin tindakannya itu paling berkesan jika dilaksanakan tanpa apa-apa pengubahsuaian.
Inilah yang membuatkan ramai pengikut rimas dan cemas. Mereka bimbang akan hanyut apabila pandangan mereka tidak diambilkira langsung. Padahal, sesiapa sahaja berhak untuk bersuara dan menyumbang idea agar tindakan yang dilakukan itu membahagiakan sesiapa sahaja yang terkesan dengan sesebuah keputusan pemimpin itu.
Maaf cakap... jika kita merenung sejenak dan memerhati ke sekeliling, rupa-rupanya kita punyai semakin ramai pemimpin yang lembab dan lembik sebegini.

0 Komentar untuk " Apabila pemimpin lembab dan lembik "