JIKA bukan kerana iklan beras Taj Mahal disiarkan di televisyen, mungkin hingga sekarang jenama Faiza tidak akan didapati di mana-mana pasar raya besar.
Meskipun sudah bertapak sebagai antara pengeluar produk tempatan terkenal sejak 43 tahun lalu, Syarikat Faiza Sdn Bhd tetap menghadapi masalah untuk menembusi pasar raya besar pada mulanya.
Bagaikan dipandang sebelah mata, hanya selepas 11 tahun berusaha keras barulah produk Faiza berjaya dijual di pasar raya besar, kata Pengarah Urusannya, Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
“Sebelum itu, pelbagai usaha dilakukan oleh bahagian pemasaran untuk memujuk pasar raya besar terima produk kami. Namun hanya selepas iklan beras Taj Mahal kami keluar televisyen, barulah mereka buka mata dan mahu menjual produk kami,” katanya.
Selepas melepasi peringkat pertama, mereka terpaksa pula berdepan dengan satu lagi cabaran iaitu bayaran mahal yang dikenakan untuk setiap produk.
“Masa mula-mula masuk memang susah, bayaran sangat mahal. Bagi syarikat yang baru hendak menapak memang tak mampu nak bayar.
“Mahu tidak mahu kita terpaksalah bayar memandangkan itu syarat yang perlu dipatuhi,” katanya.
Enggan mendedahkan jumlah bayaran tersebut, jelas Faiza, setiap jenis produk dikenakan pula bayaran yang berbeza-beza.

0 Komentar untuk " Kadar iklan terlalu mahal "