Produk bukan Bumiputera monopoli pasar raya - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Produk bukan Bumiputera monopoli pasar raya

BAGI melihat sendiri senario produk usahawan Bumiputera di pasar raya besar di sekitar Bandaraya Shah Alam, wartawan Sinar Harian mengambil inisiatif membuat tinjauan.

Tinjauan di tiga pasar raya besar menunjukkan produk Bumiputera sedikit berbanding produk lain.

Baik produk sejuk beku, produk makanan basah dan kering, produk kosmetik, mahupun produk kesihatan, semuanya lebih dimonopoli produk bukan Bumiputera.

Mungkin hanya tiga peratus produk Bumiputera atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpamer di tiga pasar raya itu.

Di pintu masuk pasar raya pertama, tiada satu pun produk Bumiputera terpamer.

Di bahagian makanan, hanya produk berbentuk makanan dan minuman ada meletakkan produk Bumiputera.

Dalam satu barisan ada tiga empat produk Bumiputera, seperti kicap, sos dan beras.

Untuk produk makanan kering seperti keropok, kekacang atau jajan, semuanya dimonopoli oleh syarikat bukan Bumiputera.

Di bahagian sejuk beku pula, hanya ada dalam tiga produk Bumiputera.

Ada satu bahagian di hujung pasar raya terdapat papan tanda menyatakan ruangan produk PKS. Semua produk PKS dan Bumiputera dipamerkan di situ.

Namun apa yang mencacatkan adalah produk seperti makanan dicampur ruangannya dengan produk makanan haiwan serta pembersih lantai.


Tinjauan kedua mengukuhkan kurangnya produk Bumiputera

Kami seterusnya meninjau pula pasar raya besar yang dikatakan lebih ambil berat terhadap produk Bumiputera atau PKS. Produk makanan memang sama seperti apa kami temui di pasar raya pertama dari segi jumlahnya.

Apa yang lebih banyak adalah produk seperti kicap dan sos. Kelebihan pasar raya ini menjual ubat-ubatan daripada pengusaha Melayu justeru memberi kelebihan kepada pasar raya itu berbanding pasar raya lain yang tidak mengambil produk sedemikian.

Itu sahaja dilihat membezakan jumlah produk Bumiputera yang berada di pasar raya itu dengan pasar raya besar lain seperti minyak urut orang kampung, minyak bayi, jamu, produk penjagaan diri dan kesihatan wanita.

Itu pun di pamer di satu barisan rak sahaja di pasar raya tersebut.

Untuk produk sejuk beku pula, jenama yang ditemui sama sahaja dengan produk lain di pasar raya pertama.

Persoalan yang timbul, mengapa perkara ini berlaku. Jika produk Bumiputera terhad, bagaimana orang ramai mahu mendapatkan produk tersebut.

Mungkin semua pihak baik kerajaan, pembekal, pengusaha, NGO dan agensi perlu berganding bahu bagi menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya agar segala persoalan dapat dijelaskan.

0 Komentar untuk " Produk bukan Bumiputera monopoli pasar raya "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ