PKS: Masih ada dikriminasi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

PKS: Masih ada dikriminasi

Kewujudan pasar raya besar bak cendawan tumbuh menyebabkan rata-rata pengguna memilih untuk berbelanja di sini berbanding kedai runcit. Ramai pengguna menyifatkan kewujudan pasar raya besar ini memudahkan mereka untuk mendapat segala jenis barang dari kelengkapan peribadi hinggalah barang dapur.

Bagaimanapun, lain pula cerita daripada usahawan Bumiputera bawah skim perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kebanyakan mengalami masalah untuk memasarkan produk di pasar raya besar ini. Rata-rata mereka berusaha keras untuk letak pengeluaran mereka sebaris dengan produk antarabangsa agar produk mereka tidak dilupakan orang ramai. Namun sedikit mengecewakan apabila ramai di antara usahawan PKS ini mengeluh mengenai kesukaran menjual produk mereka di pasar raya besar. Ikuti kupasan wartawan Sinar Harian, ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD, NOOR AINULYAKIN MD ISHAK dan SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR mengenai perkara itu.

SYARAT terlalu ketat, bayaran lambat, ruang tidak strategik, itu antara aduan yang sering diterima Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) daripada pengusaha kecil dan sederhana yang mahu masuk ke pasar raya besar.

Mungkinkah wujud diskriminasi? Itu persoalan yang masih kabur untuk dijawab mana-mana pihak.

Namun, Pemegang Amanah Tetap MTEN, Rizal Faris Mohideen berkata diskriminasi terhadap PKS Bumiputera masih lagi berlaku susulan jumlah aduan yang banyak diterima pihaknya.

“Acap kali kami menerima aduan yang sama, jika benar sudah tiada lagi apa-apa sekatan, mana mungkin ada aduan sebegitu, sehingga ada yang mengadu menerima bayaran dalam tempoh 120 hari.

“Bagi pengusaha kecil sukar untuk mereka membuat modal pusingan,” katanya.

Katanya lagi, kekangan yang paling utama adalah syarat yang terlalu ketat sehingga sukar untuk pengusaha kecil memenuhi keperluan itu.

“Perlu diingat bukan sengaja pengusaha kecil ini mahu masuk ke pasar raya, tetapi akibat tekanan ekonomi yang kian mencabar hari ini mereka perlu gunakan pelbagai cara bagi memastikan produk yang dihasilkan terus kekal,” katanya.
0 Komentar untuk " PKS: Masih ada dikriminasi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ